Wednesday, 17 January 2018

Buang habuk



Fuhh fuhh fuhh

Tiup2 buang habuk sikit..

Berkurun dah tak berblog..

Haha

Dah kahwin 2 tahun lebih

Dah konvo master setahun lebih yang lalu


Dan dah ada baby yang berumur 8 bulan sekarang

Sekian, quick update.

Till then. Bye.


Tuesday, 16 August 2016

Saya jual mini cheese tart Kota Bharu


Assalamualaikum..

Untuk orang2 Kelantan.. Kami sedia menerima tempahan mini cheese tart dari anda! 

Terdapat dalam 4 perisa yang sangat yummy iaitu strawberry, blueberry kiwi dan coklat.. 😄😄

Sila PM atau whatsapp 0107607561 untuk tempahan anda.. Jangan lupa follow ig @arisha_cheesetart untuk update terkini ya! 😍😍

COD di Jelawat, Binjai, Pasir Tumboh, Kubang Kerian dan Tumpat.. Tempat2 lain kita boleh bincang ya.. Pape just whatsapp saya!

Mini cheese tart Kota Bharu

Tuesday, 31 May 2016

Saya jual softcopy props stick untuk tunang dan kahwin!


Assalamualaikum.

Rentetan dari ENTRY INI..  Tak sangka mendapat sambutan sangat post ni.  

Untuk makluman semua, setakat ni saya jual tiga jenis softcopy props iaitu untuk wedding, engagement dan dinner atau party.  Props nya adalah seperti dalam gambar di bawah ya.

Wedding

Engagement

Dinner atau Party

Contoh propstick ni bila dah siap di print..


So, kalau anda semua berminat untuk membeli softcopy ni, boleh contact saya melalui email nur_shahirah90@yahoo.com.  Harganya hanyalah RM10 sahaja untuk satu set softcopy ni.  Nanti saya akan reply email anda dan bagi maklumat untuk pembelian softcopy ini.

Perlu diingat bahawa saya hanya menyediakan softcopy ini dalam bentuk PDF sahaja. Bertujuan untuk memudahkan pihak anda print. Sebab kalau bagi dalam bentuk Words, nanti anda print dia akan lari dan ada shape yang bertindan.

Terima kasih.

Monday, 21 March 2016

I'm officially married now!


Assalamualaikum.

Setelah berbulan tanpa new entry, tetiba hari ni rasa nak up post ni. 

23 Disember 2015 (9.30 pm).

Alhamdulillah.  Kami sah bergelar suami isteri pada tarikh dan saat itu.




Semoga rumah tangga yang dibina ini kekal hingga ke syurgaNya, dimurahkan rezeki dan dalam redha Allah swt sentiasa.  Insya Allah.

Doakan kami selalu ya kawan-kawan.

Wednesday, 9 September 2015

Hutan Lipur Gunung Belumut


5 September 2015

Plan yang agak tiba-tiba dengan labmates.  Alhamdulillah menjadi jugak.

Air terjun Gunung Belumut ni terletak di Kluang. Kalau dari UTM ni dalam 2 jam jugak la drive.

Bayaran masuk adalah RM2 seorang dan RM2 untuk parking kereta. Dan toilet adalah 50sen setiap kali masuk.. Haha

Sebelum gerak dari UTM

Ni sebelum mula trekking

Ada jambatan gantung kat sana

Dah jumpa port yang sesuai untuk picnic

Lepas makan terus mandi

Main susun2 batu jangan bagi jatuh









Mencabar jugak sebenarnya picnic kami kali ni.  Macam-macam haiwan kitaorang jumpa. Mula-mula sampai tu tetiba ternampak babi hutan.  Time tu kitaorang tengah breakfast.  Risau takut dia datang dekat tapi nasib baik la tak.  Huhu..

Tengah-tengah berendam pulak jumpa katak.  Terus rasa geli geleman nak berendam sebab aku memang anti dengan katak. Geliiii.. T_T

Lepas tu paling kelakar tetiba datang seekor babun mengganggu ketenteraman kami.  Dah la time tu tengah syok duk selfie.  Memula datang babun tu amik ais kitaorang satu plastik.  Kitaorang dah lega dah sebab takpe la just ais kan..  Tetiba babun tu datang balik amik plastik lain plak.  Kali ni plastik tu ada roti.  Habis la sebungkus roti kitaorang.  Tak sempat pun kitaorang nak makan roti tu. Huhu.. Tapi nasib baik jugak la dia tak amik barang-barang lain.  Lepas babun tu pegi kitaorang terus naik dan kemas-kemas barang dan terus balik.  Sebabnya takut babun tu datang lagi.. Haha

Babun tengah mencuri.. Haha

Sebelum balik kitaorang sempat singgah minum petang kat Kluang RailCoffee ni. Kedai ni sangat famous dengan menu roti bakarnya.  Roti nya simple je.. Just roti bakar disapu dengan butter atau margerine dan kaya.  Tapi sedappp.. Roti dia sangat lembut dan garing.


Roti bakar yang sedap

Kitaorang gerak balik dalam pukul 5 petang dan sampai UTM dalam pukul 7.  Penat.. Tapi besttt..  Terima kasih kawan-kawan for this nice trip.. :)