Showing posts with label my master. Show all posts
Showing posts with label my master. Show all posts

Thursday, 27 November 2014

Ohh handset ku! :(


Salam semua.

Dua hari lepas, Allah bagi ujian sikit pada hambaNya yang terleka ni.

Handphone S3 yang disayangi rosak. Cara dia rosak sangat la membuatkan diri ni rasa terkilan.

Pagi tu buat lab.  Dah pakai labcoat semua macam biasa handset S3 tu letak kat poket kanan dan handset yg satu lagi kat poket kiri.

Tengah duk buat eksperimen tu, tak tau la macam mana tangan tersangkut dengan wayar pH meter.  Time tu tangan tengah pegang bikar yang ada sulphuric acid.  Makanya tumpahlah acid tu terkena la kat tangan, labcoat dan kain sampai lah kaki yang sebelah kanan.

Dan bila tersedar yang dalam poket kanan tu ada handset S3 tu perasaannya.... Masya Allah.... Nak menangissss.. huhuhu

Cepat-cepat la amik tisu lap semua.  Try on tapi semua dah terlambat.  Dah tak boleh on dah handset tu.

Dah try jemur kat tempat panas.  Dah try keringkan dengan hairdryer.  Tapi buat masa sekarang tak berhasil lagi.

Rasa-rasanya kena hantar kedai jugak kot baiki.  Tapi tak tau la boleh dibaiki lagi ke tak.  Uwaaa.. Sedihnya.

Buat masa sekarang pakai no yg 013 tu je la satu. Takde wasap, takde internet.  Tak tau la bila nak hantar kedai baiki sebab nye duit takde.. haha.  Baru je lepas hantar format dan servis laptop pada hari yg sama handset tu rosak.  RM70 dah melayang untuk laptop.  So, nak baiki handset tu kena hold dlu la.

Semoga dapat diselamatkan lagi...

Ermm.. Tapi benda dah berlaku kan.  Dah tak boleh nak buat apa dah. Insya Allah ada hikmah disebalik semua ni. :)

Till then, bye.


Monday, 10 November 2014

Semangat, datanglah kepadaku!


Salam.

Baru lepas jumpa SV tadi.. Dah dua hari duk blurr, gelap dan kelam tak tau nak buat apa.. So, kena la jumpa SV utk dapatkan cahaya yang terang untuk menerangi jalan ini.

Asbab jumpa dan duk bincang-bincang dengan SV tadi, Allah bagi peluang untuk hati rasa sedikit tenang.. Nampak dengan jelas la sikit jalannya.. Tau la apa yang kena buat, dan apa yang tak perlu..

Tak sabarnya nak habiskan study master ni.. Banyak sangat dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi.. Dan sekarang ni bila dah semester 5 tapi still tak grad lagi, mulut orang sekeliling pun dah mula berbicara..  

Wahai hati, bertabahlah.. Insya Allah, tak lama dah..






Disebabkan rasa rindu sangat nak konvo, tadi belek-belek la gambar konvo time degree dulu.. Sayu je hati tengok senyuman mak abah dalam gambar-gambar tu.. Gembiranya mereka tengok anak bongsu dia ni konvo..  Mak Abah, insya Allah, tahun depan mak abah datang lagi tau Nor konvo..

Mohon doa dari semua ye.. Insya Allah.. Aamiin..

Monday, 3 November 2014

Konvokesyen UTM yang ke 53


Assalamualaikum..

It had been a longggg time since my last entry..  Super busy.. haha.. Tiap-tiap minggu ada je aktiviti.. Macam dah lama tak duk sesaje melangut kat bilik during weekend.. huhu..

Sekarang ni kat UTM tengah musim konvo.. Konvokesyen yang ke 53 dah.. Semoga time Konvokesyen yang ke 54 atau 55 nanti nama aku adalah salah sorang yang tersenarai dalam list penerima ijazah tu.. Aamiin.. Insya Allah..


Kak Saadiah.. Geng lab.. Kami bawah supervisor yang sama..

Azack.. Geng dr time degree lagi.. Tahniah dh konvo master!

Del.. Kawan anis.. Last2 jadi satu geng dgn kitaorg jugak.. Arkitek ni tau!

Sayu je hati bila tengok orang lain dah habis study dan dah konvo.. Diri sendiri ni dah sem 5 dah ni.. Tak tau lagi bila nak habisnya.. Tapi takpe la.. Jangan pernah berputus asa dan menyesal dengan jalan yang kita pilih.. Jangan pernah mengeluh dengan apa yang terjadi dalam hidup kita.  Yakin lah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya..  Allah swt Maha Berkuasa dan Maha Adil terhadap hambaNya.. Teruskan berusaha.. Insya Allah kita semua boleh berjaya.. :)

Wednesday, 21 May 2014

Semangat baru


Salam..

Lama tak menulis. Last adalah cerita di musim autumn. Sekarang dah 3/4 musim spring. Dan rasanya cerita-cerita kenangan sewaktu di Jepun tak akan tertulis lagi di sini. Tapi doa-doakan la semoga akan ada kerana saya rasa ruginya kalau tak dapat nak abadikan pengalaman-pengalaman tu semua kat dalam blog ni. Huhu.

Saya dah pulang ke Malaysia pada 31  March 2014 yang lalu. 1 April Alhamdulillah sampai di Kota Bharu. Dan 5 April pula selamat kembali ke UTM semula. Maksudnya dh sebulan setengah la saya start study balik. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Semoga saya dapat habiskan master saya ini dengan jayanya insya Allah. Aamiin.

Walau baru sebulan setengah balik UTM, tapi dah banyak yang saya buat dan yang terjadi. Antaranya :

- BBQ di Air Terjun Pulai dengan kawan-kawan
- Trip ke Universal Studio Singapore
- Trip Melaka dengan kawan-kawan satu lab
- Uruskan program fakulti (EndNote & Turn-it-in)
- Attend conference di UTM KL (IRCIL-2014)

Selepas balik dari Jepun tak tahu kenapa tapi semacam ada rasa dan semangat baru dalam diri. Rasa lebih menghargai status sebagai seorang pelajar dan juga status 'single'. Rasa macam rugi sangat sebab dah sia-siakan masa setahun master yang sebelum pergi Jepun tu. Sia-siakan tu adalah dalam konteks hanya mengfokuskan hidup dengan ulang-alik pergi lab tanpa aktiviti lain. Tak ada aktiviti kerohanian (majlis-majlis ilmu & agama), tak ada aktiviti berpersatuan dan lain-lain. Bagi saya, menjadi seorang pelajar ni kita perlu jadi pelajar yang versatile, yang ada nilai tambah, yang ada kelebihan berbanding pelajar-pelajar lain. Makanya, dari kesedaran ni saya mengambil keputusan untuk terlibat dalam Post-Graduate Student Society  (PGSS) FKK.  Semoga ianya dapat memberi manfaat insya Allah.  Dan semoga sy lebih rajin untuk menghadiri majlis-majlis ilmu selepas ni.

Dayah.. Muda 4 tahun dari saya.
Beruntung dia dapat peluang study degree kat Jepun.

Dalam konteks menghargai status 'single' pula, sy tersedar yang sy perlu grab sebanyak mungkin peluang yang ada untuk enjoy my single life. Sepanjang di Jepun, sy berkenalan dengan ramai orang-orang yang berjaya dan hebat-hebat belaka. Ada yang dah berkahwin, dah ada anak, dan ada juga yang dah bercucu. Dari pengalaman-pengalaman yang mereka kongsi, memberikan saya satu rasa yang saya perlu menggunakan masa yang saya ada sebelum berkahwin ini dengan lebih bermanfaat. Perlu mempersiapkan diri dengan ilmu perkahwinan dan keibubapaan sebelum memasuki gerbang perkahwinan itu. Perlu mempersiapkan diri dengan sifat sabar yang tinggi (sangat penting sbb sy kan garang orangnya nnt kesian suami dan anak-anak sy).  Selain itu, saya nak enjoy my life dengan beraktiviti bersama kawan-kawan dan keluarga tercinta. Selepas berkahwin, semestinya la keutamaan seorang isteri adalah suami dan anak-anaknya.  Kawan-kawan dah tak tahu berada nombor berapa dalam list time tu kan.  So, selagi boleh spend time dengan kawan-kawan ni sy nak buat macam-macam aktiviti dengan mereka. Travel, backpacking, picnic, bbq, makan-makan, masak-masak, menjahit dan semua la saya nak buat. Saya pasti kenangan bersama kawan-kawan ni sangat berharga dan manis untuk dikenang sepanjang masa.

Acik Su @ Dr Suhaidah (bertudung hitam sebelah saya).
Anaknya 11 orang dan sudah bercucu.
Saya sangat kagum dengan dia. Hebat orangnya.

Antara gambar bunga Sakura yang sempat di 'snap' sebelum balik haritu

Erm, rasanya cukup la bebelan saya untuk kali ni kan. Panjang sangat dah ni. Hehe. Insya Allah kita jumpa lagi di next entry. :)

Monday, 21 October 2013

ICoST 2013


Assalamualaikum..hari nak bercerita pasal conference yang saya join haritu..conference ni start 19 september 2013..beberapa hari sebelum saya datang ke Jepun..sebab tu la saya busy dan stress sangat hujung-hujung nak datang jepun tu..hehe..

untuk conference kali ni, semua nye saya buat last minute..huhu..paper dan slide semua siap hanya pada hari kejadian..sebelum present tu rehearsal sekali je kat bilik..tapi Alhamdulillah..semua nya okey2 je.. :)

Participant..

Ni sebelum present..tengah nervous tu..

with mardhiah..

 dan tiba laa masa yang ditunggu-tunggu..presentation time..fuhhh..ketaq lutut..

tengah present..

Present nye sekejap je..15 minit kot..lupa dah..lepas dah present and Q&A session tu, masya Allah..rasa legaaaa sangat2..rasa cam terangkat beban yang besar sangat..ringan terus rasa bahu ni..

lepas present tu terus dapat sijil ni..

bergambar bersama presenters lain dan lecturer serta profesor yang hebat2..
yang paling kanan adalah professor dari satu universiti di jepun..

muka lega lepas habis present.. :D

Ni adalah dayang-dayang saya haritu..kak saadiah dan mardhiah..terima kasih awak berdua-dua teman saya seharian haritu..at least xde la saya terkontang-kanting menahan debaran sorang-sorang..hehe

Kak Saadiah dan mardhiah..

 Malam nya semua peserta-peserta ICoST dijemput untuk menghadiri majlis makan malam..saya mesti la join kan..makan free kat hotel plak tu..haha

bergambar memang feveret kami.. :)

Gala dinner ICoST 2013


makanan kami..


dalam lif pun bolehhh..haha

Erm, rasanya ni je kot coretan untuk cerita ICoST 2013 saya..jumpa lagi di next entry ya! :-)

Wednesday, 4 September 2013

uwaaaa...


About 2 weeks left..and i'm so stress out with all the things..uwaaaaaaaa...

Paling merunsingkan adalah berkenaan ICoST 2013..seriously, rasa nak tarik diri..rasa cam tak sempat dan kalut sangat nak prepare semua benda..Paper untuk conference tu tak start buat lagi..Experiment pun tak siap lagi..Analysis pun tak tau lagi nak buat kat mana..uwaaaa...camne ni?? :( Registration fee dah bayar..kalau tarik diri rugi la RM600 fee yang dah dibayar tu..huhu


Pasal pinjaman MARA pun menyerabutkan kepala jugak..pening kepala fikir nak tangguhkan atau nak teruskan pinjaman tu..kenapa la orang-orang dekat pejabat mara ni susah sangat nak dihubungi??nak isi borang untuk sambung pinjaman tu pun banyak benda jugak nak kene buat..entah sempat ke idok tak tau la..huhu.. :(


Barang-barang pun tak siap packing lagi ni..kalau ICoST tu dh start, tak sempat dah nak uruskan pasal packing2 barang ni..so, kene siap packing sebelum 19hb ni la..tapinya, barang-barang pun banyak lagi yang tak beli..camne nak start packing nye kan..uwaaaa...sedih-sedih.. :(

So, kesan dari semua benda-benda ni, saya jadik stress..serabut..geram..mudah marah..mudah bad mood..mudah nangis..

Touch me and you die! haha..

so, tolong laa..at least sehingga 23hb ni, jangan la carik masalah dengan saya..jangan la pm2 dkt fb mesej macam-macam..please jangan nak masuk campur sangat dengan hal-hal peribadi saya..sekali awak mesej sy tak reply, paham-paham la..tak payah tunggu sampai saya blocked fb baru nak sedar kan..pastu mesej marah-marah orang plak..awak yang mulakan, then you deserve it..bila sampai sy blocked2 orang tu maksudnye i'm on my limit..


Dan sekian sahaja bebelan saya untuk kali ini..haha :D

Thursday, 7 February 2013

macaroons,kluang,ayer hitam..


salam semua..

apa khabar awak awak yang disayangi?semoga semua nye sihat walafiat ye..

minggu ni tak de semangat dah nak buat kerja..sebab hati dah kat rumah..tak sabar nak balik..hehe

tadi pegi JB..teman kawan beli tiket train..sambil tu kami ronda-ronda dulu city square aka CS..banyak dah berubah cs ni after renovation..

lepas pusing-pusing dalam cs tu singgah lavender..sebenar nye nak beli mini fortune yang sedap tu je..tetiba ternampak macaroons kat sana..ape lagi kan..sambar je la..hehe..seketul macaroon tu berharga RM4..makan skit-skit n jarang-jarang boleh la mende alah ni..sebab manissss...


Macaroons

dan ini saya punya :')

semalam pegi kluang..asalnya nak temankan kawan pergi amik sample waste water kat satu kilang kat sana..synthomer sdn bhd..last-last dah jadi macam unofficial plant visit dah..macam-macam ilmu baru dapat semalam..dan rasa macam tak menyesal pun sambung master dan buat research pasal waste water tu..sebab nya, permintaan dalam bidang ni sangat la tinggi sekarang ni..semua company ada waste water ni..and  it is a must for the company to treat their waste water..so, they need expertise in this field..:)

lepas melawat kilang tu, kitaorang pusing-pusing ayer hitam plak..tapi kejap je kat ayer hitam ni..borong kerepek banyak-banyak sebab nak bawak balik kelantan nanti..hehe..lepas dah beli kerepek-kerepek tu, terus balik utm je..tak singgah mana2 dah..

erm, rasa nya ni je kot dulu untuk entry kali ni..jumpa lagi untuk next entry plak ye..:)

Wednesday, 2 January 2013

with love to kL ♥


Assalamualaikum sahabat2 yang saya kasihi.. :)

okey, harini saya nak tulis entry pasal trip saya selama seminggu ke Kuala Lumpur haritu..entry ini hanyalah kisah travelog sy sepanjang di sana..hanya untuk kenangan diri sendiri coz insya Allah it will be one of the best memory ever for me and i don't want to forget this memories.. :)

trip kali ni bagi saya amat laa bermakna dan mengujakan..sebab tu saya namakan post kali sebagai "with love to kL"..sebab memang full of love laa..hihi

Sebelum tu, sori sebab entry ni panjang..huhu..klu rajin silakan baca..klu x, abaikan saja..tak penting pun..:)

21/12/2012 (Jumaat)

naik bas lbh kurang kul 1ptg dekat sri putri..thanks roomate sebab hantar sy ke sana..dalam kul 4.15ptg sampai kat hentian serdang..saya turun kat sini..pastu my dear friend zaty datang amik and bawak saya jalan2 kat The Mines..kat sana jumpa k.long..tp jumpa jap je..pastu masing2 dengan haluan masing2..hehe..

kat sini zaty belanja saya makan ni..1st time makan..sedappp...

hot & roll
pas solat maghrib, zaty bawak plak pegi maulana..makan mee rebus ayahnya yang super duper marveolous kat sana..lama kitaorang duk b'bual kat sana sebab xleh balik..kawasan perumahan zaty banjir time tu..hihi..mencabar..

hari ni jugak baby fateemah selamat dilahirkan..anak sedara yang ketiga..Alhamdulillah.. :)

22/12/2012 (Sabtu)

harini pagi2 lagi saya dah bersiap-siap sebab saya sangat2 excited..harini nak jumpa kawan2 yang dah lama sangat x jumpa..sahabat2 yang saya sayang sangat2..dalam kul 10 cmtu gerak pegi UPM..kat sana saya jumpa iduanis..pastu saya,iduanis ngan adiknya nek ktm pegi sogo..dah janji ngan k.zie nak jumpa kat sogo..

lebih kurang kul 1 lebih, k.zie sampai..ingatkan reunion kami sampai sini je..tapi tetiba k.zie tanya xnak jumpa pokkem ko?haaa, ape lg kan..mesti laa nak..then, start la deal2 cari tmpt yg sesuai..in the mean time, kitaorg  solat n lunch dlu kt sni..pastu pusing2 jalan TAR..

kul 4.30ptg, kami gerak pegi jumpa pokkem..janji nya jumpa kat Citta Mall..so, terus je la jumpa kat sana..sampai sana solat asar then pusing2 beli chatime ngan cupcake kat wondermilk..byk surprise berlaku kat citta mall ni..first nye,tetiba ada orang decided nak belanja kami makan steamboat malam tu..ape lagi kan, kami on je..second, ain kol cakap nak jumpa sebelum sy balik johor..huhu..terharu..third, apih muncul kat citta mall ni..hahaha..memang reunion sungguh la kali ni..

dalam 6.30 ptg kitaorang berenam pun gerak la nak gi makan steamboat kat maeps upm serdang..tapi nya kereta yang saya naik makan langsat la plop..hahaha..yang 1 kereta tu sampai cerah lg..kitaorang sampai dh nak dkt kul 8 rasa nya..hihi..xpe la kan..jauh perjalanan luas pemandangan.. :p

lama kitaorang ber'steamboat' malam tu..sampai kul 10 lebih rase nya..lepas tu, pokkem dengan baik hatinya bawa kitaorang pusing2 putrajaya plak..time ni apih dah balik dulu sebab dia ada hal..memang rasa cam pelancong laa seharian hari ni..hehe

saya sayang anda semua selamanya ♥

kat putrajaya..cantikkan lampu kat belakang tu.. :)
lepas amik gmbr skit2 kat putrajaya tu, pokkem anta saya ngan iduanis balik upm..malam tu saya bermalam kat upm..sampai je bilik, terus bukak sesi luahan perasaan..sampai kul brapa ntah baru abis sesi tu..haha..k.long dah tau banyak dah rahsia saya skang ni..

23/12/2012 (Ahad)

harini plak saya pegi wedding kawan saya kat putrajaya..alhamdulillah, yam selamat bertemu dengan jodoh nya..semoga awak bahagia dunia akhirat dengan suami tercinta.. :)

Si pengantin yang sangat cantik..tahniah yam! :)

lepas wedding tu pusing2 area kajang..pastu balik shah alam umah kakak mida..malam nya lepas dinner mida hantar balik umah abang..najlaa ngan azack pun balik umah abang jugak..

24/12/2012 (Isnin)

Hari ke empat kat kL..harini saya, najlaa dan azack pegi berjaya times square je..seharian duk pusing2 BTS sampai lenguh kaki..haha..lunch kali ni kitaorg try vivo..not bad laa for me..

air yg paling kanan tu paling sedap

my lunch

Photo: Jalan2

sebelum balik tu, tetiba terasa nak makan crepe2u ni..sedappp sangat..

crepe2u ice cream..nyumnyum
25/12/2012 (Selasa)

Hari ni pun hari yang paling menggembirakan sepanjang holiday kali ni..sebab hari ni saya jumpa ain..rumate saya time kat mrsm pc..dah 5 tahun tak jumpa..akhirnya harini dapat jumpa..happy sangat..macam x percaya je..huhu..jumpa ain kali ni kat sunway pyramid..thanks sangat2 kat 'awak' yang tolong amik saya kat umah abang dan bawak saya ke sana harini..I owe you a lot..nanti datang johor, saya bayar balik ye..insya Allah..:))

lunch harini kitaorang makan kat manhattan fish market..and again, thanks awak sebab belanja kami..

lepas lunch, kami decide nak tgk wayang..tp klu nak tgk wayang kat sunway pyramid ni paham2 jer laa kan...ramai giler orang..so, kitaorang pegi shah alam..tengok kat space u8..haha..aman damai sebab tak ramai orang kat sini..kali ni kitaorang tengok crite CZ12..serius best cite ni..klakar sangat2..:)

lepas solat maghrib, hantar ain kat rumah dia..pastu kami pegi subang bestari jap sebab nak amik barang..tapiii nye, xjadi kejap pun sebab 'makan langsat' banyak sgt..b'pusing2 cari rumah kat subang bestari tu..haha..kenangan sungguh..dah amik barang tu, terus pegi rumah uncle dia nak hantar barang tu..tapi uncle xde..so, terus je dia hantar saya balik umah abang..

*sedih sebab dah balik rumah baru teringat yang sekeping gambar pun x amik harini..hurmmm.. :(

26,27/12/2012 (Rabu,Khamis)

2 hari ni saya duk umah abang je..jadi penjaga budak kecik..hehe..main2 dengan maryam dan fateemah je..hehe..hari khamis tu pegi prince court..sebab baby fateemah ngan maryam ada check up kat sana.. :)

Photo: Buat2 tdo hug adik. #maryam #fateemah
Maryam ♥ Fateemah

28/12/2012 (Jumaat)

Dan tibalah hari Jumaat..saya balik UTM hari ni..nek bas kul 10.30pg..berat hati sebenar nya nak balik..sebab kalau boleh x nak b'pisah dan jauh dari sahabat2 yang saya sayangi ni..tapi apakan daya kan..saya masih ada misi dan tanggung jawab yg perlu dilaksanakan di bumi utm tercinta ni..dan kembalilah saya ke sini membawa segunung harapan di hati bersama..hanya satu yg saya boleh buat, berdoa kepada Allah semoga dimakbulkan rasa di hati itu.. :) insya Allah, mudah-mudahan..

kepada semua sahabat2 yang terlibat, terima kasih atas layanan anda semua sepanjang saya di sana..terima kasih atas masa, tenaga dan wang yang kamu semua luangkan untuk saya..terima kasih sangat2..dan saya sangat2 menunggu kedatangan anda semua ke sini plak suatu hari nanti..lastly, semoga persahabatan ini kekal abadi selamanya..saya sayang awak semua..♥ ♥ ♥

Tuesday, 1 January 2013

Welcome 2013



sudah menginjak ke tahun baru 2013..semoga segala nya bertambah baik dari sebelum nya..semoga keimanan kita juga dapat ditingkatkan..

harapan 2013?sangat banyak..

paling utama semestinya untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik..lebih baik bagaimana?biar lah Dia dan daku sahaja yang tahu..

kedua..semoga aku dapat mengharungi dugaan dunia research ini dengan penuh ketabahan..diberi kekuatan luar biasa untuk bertahan dan menamatkan pengajian dengan jayanya..berdoa juga supaya dapat dihabiskan dalam lingkungan masa setahun setengah..

ketiga..urm,something yang agak nampak macam gatal..haha..biasa laa bila umur sudah menginjak 23 tahun..sahabat2 kiri dan kanan juga sudah memulakan fasa kehidupan baru..hati ini juga terdetik untuk merasai saat itu..dan daku berdoa semoga dipertemukan dengan insan yang akan menemani hidupku ini dunia akhirat..

papepun, kita hanya hamba yang mampu merancang sahaja..berusahalah sehabis daya..kemudian serahkan kebergantungan kita pada yang Maha Esa..

"Put your utmost trust in Allah and seek for his guidance..Remember that Allah is the best planner.."


Semoga 2013 membawa keberkatan buat saya dan anda semua..insya Allah.. :)


Thursday, 20 December 2012

alkisah si domino's berharga 10sen


Assalamualaikum..

korang pernah tak tertengok offer ni kat fb?mesti pernah kan?hee..dah lama dah duk tertunggu-tunggu bila la turn taman u punye ni..

Photo: Hey everyone! Have you gotten a taste of our Domino's 10 Cents Regular Pizza yet? Well, here's your chance! Be there at these locations to claim your favourite flavour at an affordable price! http://bit.ly/DominosPizza10sen In conjunction with #DominosMY100stores

Tadi balik dari lunch, my rumate online..tetibe ternampak offer ni..kitaorang pun apa lagi kan..zappp terus bersiap pegi serang domino kat taman u tu..sampai2 orang dah beratur panjang dah jugak..tapi yakin je yang kitaorang ni bukan laa orang yang ke 101..haha..so tunggu la dengan sabar nya sebab kitaorg sampai belum pun kul 2 time tu..

Last-last nak sampai turn kitaorang diaorang men kotor dengan menyerang kakak yang bagi nombor tu..dh xde beratur2 dah..semua tolak2..at last my rumate je yang berjaya dalam perebutan nombor itu..haha..daku kecundang..


nombor bertuah :)

tunggu punya tunggu dapat la kami berdua makan domino's pizza saiz regular dengan harga RM0.10..hehe..berbaloi jgk laa berebut-rebut tu..

cempedak goreng vs domino's 10sen

time jalan2 on the way nak ke kereta tu tibe-tibe terbau cempedak goreng..apalagi kan, terus laa beli..dah lama teringin nak makan cempedak goreng ni sbnr nya..sedappp..nnt nak pegi beli lg laa kat situ..hee :)




ehhh, tetibe ade gambar baby plak kan..hehe..gmbr curi kat fb mama die..hehe :D

saya rindu budak tecik ni...rindu nye nak peluk cium awak..huhu..nanti ade rezeki kite jumpa ek..ciksu miss u so much!mmmuah...

Monday, 3 December 2012

Wake up shahirah!


Assalamualaikum semua.. :)

Hari ni pagi-pagi lagi saya dah pegi jumpa my sv..sebab hari rabu ritu Dr dah pesan nak saya jumpa beliau hari ni..so, start hari rabu tu saya dah duadapdupdap laa..hehe..dupdapdupdap pun, hari ahad tu baru start study betul-betul and prepare ape2 yang perlu..haha..tapi semalam kul 2.30pagi baru tidur..pastu pagi tadi pun bangun awal..semata-mata nak prepare betul2 tu laa..

so, kul 10 tadi saya pun muncul la kat bilik Dr..tung tang tung tang tung tang discuss ngan Dr, sampai laa conclusion nya and kitaorang decide laa ape2 yang perlu..

and guess what?

sebelum saya keluar bilik Dr tu Dr cakap GOOD....!saya sangat sangat sangat happy laa...rase nak senyum sampai ke telinga time tu jugak...bukan sekali je tau Dr cakap good tu..TIGA kaliiii...haaa, sape tak hepi kan bila kerja yang kita buat tu dihargai.. :))



Nak tau ape rahsia kejayaan hari ni??hee..meh saya share..

sebenarnya last week sy tersangat laa down..banyak sangat masalah..pertamanya, mesin grinder yang saya nak guna tu rosak..pastu, nak jumpa Dr tapi takut sebab tak siapkan task yang Dr bagi..progress pun tak de nak tunjuk kat Dr..time tu plak ade masalah skit dgn sponsor..semua tu mix up and sy sangat stress fikir pasal masalah-masalah ni..Last-last call mak menangis giler-giler tersedu-sedan..buat malu sajor dah besar panjang nangis sebab benda-benda kecil camni ni..haha..tapi ni laa saya..saya akan menangis bila saya terlampau takut dan risau.. ;(

Dalam takut tu, saya tetap jumpa jgk dengan my sv hari rabu lepas..okey je sebenar nya time jumpa tu..sy je yang takut melebih nya..haha..ape daa..

Disebabkan tak nak dah benda yang sama berulang, so saya amik laa pengajaran dari semua tu..lepas jumpa Dr tu, saya tekad yang saya akan try my best untuk fulfill apa yang Dr suruh saya buat lepas ni..apa je task yang Dr suruh, saya akan try buat sehabis baik and berusaha untuk siapkan sebelum deadline nya..Dan, alhamdulillah...berhasil...

So, moral of the story sila prepare betul-betul sebelum nak jumpa sv..dan kita kena yakin yang kita boleh buat kerja tu..jangan mudah cakap tak boleh..kalau sv set the date suruh anta pape, try our best untuk siapkan dan anta kerja-kerja tu on that date..sentiasa berfikiran positif..dan jangan mengelak atau segan nak jumpa dengan sv kita..mak cakap, anggap laa Dr tu macam mak jugak..walaupun mak marah ke ape ke, mak tetap sayang kita..same goes to Dr..kalau Dr tegur apa-apa, terima dengan positif.. :))


sekian bebelan untuk hari ni..till we meet again ya! :)

Friday, 30 November 2012

Sedih




sangat berkecil hati dengan orang-orang di sekeliling waktu ini...berkecil hati sampai menangis sendiri..tak mampu di tahan rasa sedih tu..Ya Allah, kenapa?

try google2..mana la tahu kot2 terjumpa apa2 yang boleh mengubat rasa itu..

dan terjumpa ayat di bawah....


tersentak...terima kasih ya Allah kerana memberi aku peringatan...

mungkin saya bukan sahabat yang baik..ya..saya mengaku..


maaf atas segala keterlanjuran bicara ku selama perkenalan kita..maaf..maaf..dan maaf... :(

notakaki:sangat merindui sahabat2 ku yang dulu..i need you so much now...