Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Tuesday, 12 November 2013

Random post 3 :)


Assalamualaikum..


Gedebukkk kena kat batang hidung sendiri..

Hurmm..

Berapa ramai lelaki yang cuba mendekati aku?
- 1, 2, 3, 4...rahsiaa..hehe

Berapa ramai yang aku katakan "Saya minta maaf bla bla bla...."?
- 1, 2, 3, 4..rahsiaa jugak..hehe

Berapa kali aku solat istikharah dalam hal ni?
- Sejujurnya, diri ini tak pernah solat istikharah berkenaan hal ni.. ;(

Berapa kali khatam al-Quran?
- Biarlah rahsia..huhu

Berusaha menutup aurat?
- Masih merangkak and I'm trying hard on this..Semoga aku istiqamah..Doakan!

Berapa kuat aku berusaha menolak nafsu dan perasaan sendiri demi menjaga diri dan cinta hanya untuk yang halal?
- Yang ni juga masih berusaha sekuat mungkin..tapi kadang kala tewas juga..sesungguhnya amat berat untuk menjaga batas pergaulan ni terutama bab chatting di fb dan whatsapp..Tapi whatsapp dah terkawal sebab kat sini tak boleh nak online kat phone sangat..

Bila tengok semua ni nampak la yang diri ni sebenarnya tak bersedia lagi untuk memikul tanggungjawab yang besar tu..mungkin sebab tu Allah tak izinkan lagi untuk aku bertemu dengan jodoh aku..

So, Shahirah..Silalah berubah..Silalah perbaiki diri..Bukan untuk bertemu dengan jodoh tapi yang paling utama adalah untuk meraih redha Illahi..Doakan diri ini ya wahai sahabat sekalian.. :-)

Tuesday, 12 March 2013

Ikhlas


Assalamualaikum.. :)



Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya. Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan. Semua ini tak mudah. Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan aku?  Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana?
seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita. Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”. Ya, ikhlas lah. Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini. Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan. Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini.
Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita. Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita? Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya? Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”.
- dipetik dari artikel ini -



di akhir artikel di atas, ada diselitkan dengan maksud ayat Surah At-Talaq ini..banyak kelebihan ayat ini..marilah kita beramal dengannya..insya Allah..
boleh klik di sini untuk membaca antara kelebihan-kelebihan ayat Seribu Dinar ni..

So, word of the day untuk hari ini adalah IKHLAS.. :)


Friday, 1 February 2013

Bercinta sebelum kahwin?



Saya yakin, kita semua bersetuju cinta adalah haram, berdosa, apabila mengganggu ibadah dan kehidupan.
Adakah kita harus memadamkan terus perasaan cinta? Tidak.
........
Bagaimanapun, perasaan cinta digerakkan ke arah perkahwinan.  Berusaha secara serius mempersiapkan diri.  Berusaha menyegerakan perkahwinan dengan berusaha menyegerakan pemantapan peribadi.  Berusaha mencapai mampu.  Berusaha menggapai matang.  Itu adalah bukti cinta.
........
Saya sentiasa percaya yang cinta sebelum kahwin itu halal dan ada.
Batasnya adalah ia mesti membawa ke syurga dan apa-apa yang membawa ke neraka itu bukan dinamakan cinta.
-hilal asyraf-sebelum aku bernikah-

Apakah terlarang bercinta sebelum kahwin?
Jom baca kat sini untuk lebih kefahaman..klik SINI ye.. :')

Thursday, 24 January 2013

mawar berduri


Jadilah mawar berduri
















"orang perempuan tu depend pada dia nak berkawan seberapa ramai..
by chance akan ada la salah sorang dari ramai-ramai tu yang minat kat dia..
tapi orang lelaki biasanya cari perempuan yang tak sosial sangat..so pandai-pandai la.."

a nice advice and reminder from a friend of mine..
laju-laju check balik diri sendiri..
hurmmm..
where did I stand?
sama-sama muhasabah diri balik..

Friday, 11 January 2013

Bersama kesulitan, ada kemudahan..


Sekiranya kita ditolak, 
kemudian Allah datangkan pula orang lain, 
tandanya orang itu adalah yang terbaik..

Sekiranya kita diuji,
tandanya ujian itu adalah yang terbaik untuk kita..


Kita tidak tahu.. 
Namun, Allah Maha Tahu..

Allah menyatakan dalam surah al-Baqarah, ayat 216,

"Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu adalah perkara yang kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 

Bersangka baik kepada Allah. Apa yang Dia beri, itu yang terbaik buat kita sebagai insan..
-Hilal Asyraf-Sebelum Aku Bernikah-


So, be chill!
I'm greatful with my life now...
terima kasih Allah atas segala yang Engkau berikan kepada aku selama ini..
terima kasih untuk keluarga, sahabat dan rezeki yang Engkau kurniakan kepada aku..
Alhamdulillah.. :)

Tuesday, 1 January 2013

Welcome 2013



sudah menginjak ke tahun baru 2013..semoga segala nya bertambah baik dari sebelum nya..semoga keimanan kita juga dapat ditingkatkan..

harapan 2013?sangat banyak..

paling utama semestinya untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik..lebih baik bagaimana?biar lah Dia dan daku sahaja yang tahu..

kedua..semoga aku dapat mengharungi dugaan dunia research ini dengan penuh ketabahan..diberi kekuatan luar biasa untuk bertahan dan menamatkan pengajian dengan jayanya..berdoa juga supaya dapat dihabiskan dalam lingkungan masa setahun setengah..

ketiga..urm,something yang agak nampak macam gatal..haha..biasa laa bila umur sudah menginjak 23 tahun..sahabat2 kiri dan kanan juga sudah memulakan fasa kehidupan baru..hati ini juga terdetik untuk merasai saat itu..dan daku berdoa semoga dipertemukan dengan insan yang akan menemani hidupku ini dunia akhirat..

papepun, kita hanya hamba yang mampu merancang sahaja..berusahalah sehabis daya..kemudian serahkan kebergantungan kita pada yang Maha Esa..

"Put your utmost trust in Allah and seek for his guidance..Remember that Allah is the best planner.."


Semoga 2013 membawa keberkatan buat saya dan anda semua..insya Allah.. :)


Friday, 23 November 2012

renungan #1




Kasih sayang Allah begitu indah 
dan istimewa kerana kasihNya
 sentiasa mendahului kemurkaanNya