Wednesday 25 December 2013

Splendid Journey - Japan Escape Part 11 : Okonomiyaki


Ini adalah cerita 3 November 2013 yg lalu ye kawan2..

Maaf laa..lambat beno updatenye..huhu..

Ni xde ape pn sebenarnya..just cerita saya pegi makan okonomiyaki dengan kawan-kawan je..ni first time saya dengar pasal okonomiyaki ni..haha..jakun sangat kan?huhu

Bawah ni ada info psl okonomiyaki ni..dari en wikipedia.. :)

Okonomiyaki is a Japanese savoury pancake containing a variety of ingredients. The name is derived from the word okonomi, meaning "what you like" or "what you want", and yaki meaning "grilled" or "cooked" (cf. yakitori and yakisoba). Okonomiyaki is mainly associated with the Kansai or Hiroshima areas of Japan, but is widely available throughout the country. Toppings and batters tend to vary according to region. Tokyo okonomiyaki is usually smaller than a Hiroshima or Kansai okonomiyaki.

Okonomiyaki ni die macam2 jenis tau..yg first kitaorang order tu inti kat dalam die sayur2 dengan seafood..yang second order ada mee lagi..haha..tapi dua dua pun sedap..

Satu lagi keunikan okonomiyaki ni kita kena masak sendiri..mula-mula tu kita order nak yang macam mana..lepas tu diaorang akan bagi bahan2nya dan kita masak laa..steps untuk masak tu die ada bagi la..just follow the steps.. :)















Sekian..see you in next entry! :-)

Saturday 21 December 2013

Rinduuu


Mak rindu sangat kat anak dara die rupenya..

Anak dara die pun sbnrnya lagiii la rindu..

Huhuhu..

3 bulan setengah lagi nk balik..

Tak sabarnyaaa..


Notakaki : kak linda is my mum's officemate. :)

Tuesday 17 December 2013

Dysania



Now I know that I'm suffering this disease..

Huhu..

Ingatkan masalah biasa-biasa je..




Sekarang ni tido la awal ke lambat ke tetap susah jugak nak bangun..

Pernah tido sampai 12 jam..dahsyat sangat!

Uwaaa..

Help me !!!



Thursday 12 December 2013

Bila?


Suhu malam ni..wuwuwu

Bila snow nak turun?

Tak sabar nak mengalami keadaan tu..

maklum laa orang tak pernah lagi merasa snow kan..

Jakun laa..

hehe...

at 1 pm on last tuesday..

Gloomy..but I love this weather.. :)

Dua gambar kat atas tu adalah gambar hari selasa hari tu..

Kat sini dah lama tak hujan di siang hari..

Hampir sebulan kot..

Dan itu laa suasana sekarang ni..

Pokok-pokok dah tak de daun dah..

Semua sudah makin bersedia menghadapi winter..

Menunggu kedatangan snow dengan sabarnya..

(^_^)v

Saturday 7 December 2013

Nasi ayam


Semalam berjaya merajinkan diri masak nasi ayam..seminggu ni mood memasak jatuh merudum..xtau nak masak ape dh..dah bosan makan sotong..nak beli udang mahal..ikan plak jauh nak beli kalau yang jenis biasa tu..kalau ikan pelik-pelik tu banyak la jual kat supermarket..ayam lagi laa susah nak dapat..huhu..sedih je rasa..

First time ni buat nasi ayam sendiri..biasanya makan kat kedai je..hehe..Alhamdulillah..menjadi la jugak..hehe..tapi still kene improve lagi next time.. :) 

My very first 'nasi ayam' in life!

Ayam yang dah siap digoreng..

Resepi nasi ayam yang saya guna ni saya amik kat facebook je sebenarnya..resepi yang paling simple..maklum laa duk sini banyak bahan-bahan yang takde..terhad sangat..so, yang mana ada tu sy letak..yang takde tu pandai-pandai la cover dengan benda lain..

Ni link asal resepi ni ye..KLIK SINI..

Resepinya..

Semalam masak agak banyak la jugak..sebab dah niat kalau menjadi nasi ayam ni nak ajak kawan-kawan makan sekali..rindu nak makan ramai-ramai macam selalu buat kat utm tu..tapi ayam nye xde banyak sangat..tapi boleh la setakat nak merasa sikit-sikit sorang tu..

So, pagi tadi kitaorang breakfast sama-sama..makan nasi ayam..pastu saya goreng jugak cekodok pisang sikit..airnya air teh O je..hehe..

Breakfast tadi..

Duk sini alat-alat memasak tu ada yang basic-basic je..so, memang tak semenggah laa lauk-lauk dan nasi semua hidang dalam periuk je..haha..maaf la ye kawan-kawan.. :D

Kepada sesiapa yang baru-baru nak belajar buat nasi ayam ni, resepi kat atas tu memang okey..try la buat..insya Allah menjadi.. :)

Selamat mencuba!

Tuesday 3 December 2013

Welcome December!


Pejam celik pejam celik sekarang ni dah sampai bulan terakhir untuk tahun 2013 ni..lagi 28 hari akan melangkah ke tahun 2014..cepatnya masa berlalu..

Datangnya December juga bermaksud daun-daun merah dan kuning akan mula gugur..pokok-pokok mostly tak berdaun..

So, we can say good bye to autumn and welcome winter.. :)

Jalan dari bus stop nak ke hostel..


Selain tu, bulan December ni banyak perkara yang perlu dilalui..due date kerja-kerja semuanya pun nak letak dalam bulan ni..siap ada exam lagi..huhu..

Semoga Allah permudahkan segalanya bagi aku..

Selain tu, kalau sebut je December mesti terbayang musim winter..kalau winter semestinya laa sejuk.. huhu..dan tahun ni macam tak percaya aku sedang melalui keadaan tu..setiap hari perlu menempuh rasa kesejukkan yang teramat..nak buat pape kerja yang berkaitan dengan penggunaan air macam mandi atau masak memang kene fikir 7 8 kali laa..air kat sini sejuk sangat..boleh cramp tangan ni..huhu..

Disember punya planner..

Semoga Disember berlalu dengan jayanya..Semoga aku dapat siapkan semua kerja-kerja tu juga dengan jayanya..insya Allah..

Pray for me ya!

Monday 2 December 2013

Splendid Journey - Japan Escape Part 10 : Gathering with Malaysian people


Seperti biasa..nak bercerita tentang cerita basi..haha

cerita ni berlaku pada 26 Oktober 2013 yg lalu..dh sebulan lebih dh..tak xkira..nak cerita jgk..

Alkisahnya time ni ada dua orang pegawai BTN dari malaysia datang ke tokyo..so, diaorang saja la datang ke tsukuba untuk jumpa dengan orang-orang malaysia yang duk kat tsukuba ni..

Tengah hari tu kitaorang pun ber'picnic' la kat satu taman tu..saja buat gathering kumpul ramai-ramai sambil makan-makan..menu utama makanannya adalah nasi ayam..sedap sangat..pastu ada yg bawak potluck jugak..ada mee goreng, pizza, croissant, buah-buahan dan etc..





Antara yang datang time gathering tu..

Lepas maghrib tu kitaorang pegi main bowling plak..dah lupa dah nama tempat ni..maappp..haha..tapi saya tak main pun..penonton je..



Lepas main bowling, kitaorang terus gerak pegi dinner..Dinner kali ni kat West House Restaurant..


pumpkin sempena Halloween..


antara menu yang ada kat West House ni..

kat restoran ni sebenarnya famous dengan parfait..parfait ni adalah sejenis dessert yang ada aiskrim + whipped cream + buah-buahan..So, semestinya laa kitaorang order parfait tu kan..dia ada dua saiz ketinggian..tapi kitaorang order yang kecik je..kalau order yg besar tu mmg xhabis rasanya..yang ni pun share 6 orang tau..

PARFAIT yang sangat3 nyummy!

ni laa 6 orang yg berusaha gigih habiskan parfait ni..hehe


Sebenarnya kitaorang bukan order parfait ni je..kami order jugak spagetti sebagai main dishes..parfait tu dessert je uolls..hahaha



nampak macam biji-biji tu adalah telur ikan ye kawan2..

Lepas semua dah kekenyangan, kitaorang pun terus je balik rumah masing-masing..sebab time tu dah agak lewat dah..dah la sejuk..xde makna nye nk berjalan lagi..


Saturday 23 November 2013

Alkisah puding roti di Tsukuba


Hai hai hai..lama tak bersua kan..hehe..mood nak menulis ke laut skang ni..

Pagi tadi jalan-jalan pegi Lala Garden..Pegi sorang-sorang je..hehe

Niat sebenar pergi Lala Garden ni adalah nak pegi Daiso dengan nak pegi satu kedai kat situ yang jual sayur-sayur dan buah yang agak murah..tp bila pegi kedai tu tak de plak sayur yang berkenan..so, pegi Daiso je la..

Tapi, on the way nak ke Daiso tu ternampak la satu kedai ni jual kasut murah-murah..apa lagi, masuk laa..tengok punya tengok, last-last rembat la satu kasut ni..sebenarnya tak suka sangat pun dengan design kasut ni tapi sebab murah dan still xde kasut yang selesa untuk musim sejuk ni so beli jela..

Kasut 1000yen..haha

Last week dh beli satu kasut sebenarnya..mahal plak tu..tapi kurang selesa kalau nak jalan banyak-banyak..maybe sebab kasut ni ada heels kot..almaklum laa..saya ni mana biasa pakai kasut-kasut tinggi ni..haha

Kasut 3980yen..

Lepas beli kasut tu terus masuk Daiso..dan ni laa antara hasil tangkapan di Daiso hari ni..ada lagi sebenarnya yang tak termasuk dalam gambar ni..haha

Dari kiri : pengasah pisau, hand mixer, bateri, kitchen timer dan ramekin..

Pinky semuanyaaa..hihi..sejak duk sini mostly barang yang dibeli adalah warna pink..kat sini susah nak jumpa colour purple yang cantik..so, xde purple pink pun boleh.. :D

Sebenarnya beli kitchen timer tu sbb xnak kejadian macam nasi impit hangus tu berulang..so, perlu lebih berhati-hati lepas ni..beli ramekin tu sebab ramekin ni tahan suhu tinggi dan kita boleh guna untuk mengukus, masuk dalam microwave dan oven juga..Hand mixer tu pulak sebab sejak dua menjak ni rasa sangat nak makan puding dan kek..so, dengan bantuan ramekin dan hand mixer ni harap-harap tercapai la hajat nak makan puding dan kek tu.. :D

So, time beli barang-barang tu memang dalam kepala dah terbayang-bayang dah puding roti..balik tu singgah aeon sebab nak cari sayur, lauk dan fresh milk..

Pegi la bahagian fresh milk tu..tengok punya tengok dengan yakin nya amik la satu botol ni..dah dapat semua barang yang dihajati tu terus bayar dan balik hostel la..sampai-sampai bilik terus bukak botol susu tu, tuang dalam gelas dan minum..guest whatt??Nak tersembur balik tau time minum tu sebab MASAM sangat..rupa-rupanya,salah beli..tu bukan fresh milk tapi air yogurt yang macam nestle bliss tu..uwaaaa..sedih giler rase.. :( 

Ku sangkakan fresh milk..tapi....hurmmm..
padahal die dh tulis kat situ "nomu yo-guruto"..maksudnya minuman yogurt..
tapi tak perasan pun..huhu

Tapi, tak kira..nak jugak buat puding roti..

Dan tadaaaa...

Sebelum dikukus


Selepas dikukus dan ready untuk dimakan..


Walaupun salah bahan, tapi menjadi jugak puding roti saya..haha..sedappp..
 
Tinggal ni je lagi..sempat ke tak ntah nk simpan breakfast esk ni..

Resepi puding roti
1 keping roti
1 biji telur
1 sudu kecil marjerin
Gula (depends pada anda..sy guna banyak sbb nak cover rasa masam air yogurt tu..)
Air yogurt/fresh milk

- Roti direndam dengan air yogurt secukupnya sehingga kembang..
- Pukul telur dan gula menggunakan hand mixer comel seperti di atas..
- Masukkan marjerin kedalam campuran telur dan gula dan pukul lagi..
- Tuangkan campuran telur ke dalam roti yang telah kembang tadi..
- Gaul sebati dan boleh la nak tabur pape yang disukai (kismis,coklat chips, buah-buahan)..
- Kukus sehingga masak..

Saya guna pisang untuk tabur kat atas tu..sedap sebab saya memang suka pisang..tapi pisang kan die cepat bertukar jadi kaler hitam-hitam tu..oxidize ke ape ntah orang panggil..tapi ade aku kisah?asal makan sedap belasah je..haha :D

Till then, bye.. :-)