Wednesday 24 December 2014

Trip ke Utara Part 1


Hai semua.

Harini terasa nak cerita pasal trip ke utara sebulan yang lalu.. hehe.. tapi cerita secara ringkas je la sebab nanti panjang berjela-jela plak kalau nak cerita semua..

Trip kali ni bersama dengan kawan-kawan satu lab. Kiranya ni geng dekat lab la. Kitaorg pergi berlima. Guna kereta Kak Ida. Kereta myvi putih tu.

Hari 1 (13 November 2014)
Kitaorang bertolak dari UTM dalam kul 8.45 am selepas sarapan kat cafe Pak Lah. Tengah hari tu berhenti kat RnR (lupa dah RnR mana) untuk makan dan solat.  Harini jugak sebenarnya birthday Kak Ida. So kitaorg dah prepare kek sesiap utk sambut birthday Kak Ida ni. hihi

Lepas tu kitaorang teruskan perjalanan sampai la ke Perlis. Just berhenti sekejap-sekejap je untuk isi minyak, tukar driver dan pegi toilet.  Kali ni saya drive dari area Perak yang dekat2 dengan sempadan Kedah yang mula-mula tu sampai la ke Perlis. Kami sampai Perlis dalam kul 7.30 pm. Kat Perlis kitaorang tumpang rumah kawan kitaorang, Kak Mira.





Hari 2 (14 November 2014)

Hari ni kitaorang ke Langkawi. Plan nya nak amik feri yang first kul 7 am tu. Tapi angan-angan je la sebab gerak dari rumah Kak Mira nak ke jeti Kuala Perlis tu pun dah nak kul 7. Hihi

Jadinya kitaorang amik la feri kedua. Sepatutnya kul 8.15 am. Tapi delay dlm 8.45 am baru gerak. huhu. Tiket feri RM18 seorang untuk sehala. Kitaorang booked kereta sesiap dekat jeti ni lagi sebab nak jimatkan masa. Kereta Wira auto dengan harga RM50 untuk sewa sampai petang.

Kat Jeti Kuala Perlis tgh tunggu feri

Dalam feri
Sampai Langkawi dalam kul 10 am dah. Cepat-cepat pergi kaunter tiket untuk beli tiket balik. Kitaorang beli tiket feri yang paling last, kul 7 pm. Sebenarnya dalam plan kitaorang nak pergi mangrove tour. Tapi sayangnya sebab sampai dah lambat bot yg pergi sana dah gerak. Bot nak ke sana hanya ada kul 9 je.

So kitaorang tukar plan la. Just pergi Dataran Lang, pastu Cable Car, Pantai Cenang dan shopping coklat kat Haji Ismail Group.

Dataran Lang

Kereta Kabel Langkawi ni terletak di Gunung Mat Chinchang. Time kitaorang pergi ni tak de la ramai orang sangat. Maybe sebab hari Jumaat dan bukan cuti sekolah.

Tiket cable car. tak ingat dah brapa harganya.

Beratur untuk naik cable car


Selfie dalam cable car

Pemandangan dari cable car






Turun dari tempat cable car ni kitaorang terus pergi Pantai Cenang. Dekat je dua tempat ni. Dalam 10-15 minit dah sampai.





Last sekali kitaorang pergi ke Haji Ismail Group ni untuk beli souvenir Langkawi dan semestinya coklat la kan.



Lepas dah habis beli barang kat sini, kitaorang solat jamak zohor dan asar pastu terus gerak ke jeti kuah dan hantar kereta balik.  Nasib baik la feri yang balik ni tak delay. hehe.

Bersambung....

Tuesday 2 December 2014

Panic attacked!


Salam.

Dari minggu lepas sebenarnya hati ni tak keruan. Merancang nak balik kampung weekend haritu tapi terpaksa ditunda. Insya Allah esok malam balik.

Punca hati tak keruan? Sebabnya insya Allah, hari Jumaat ni kalau tak ada aral melintang ada orang nak bertandang ke rumah. Alah, orang datang rumah je kan? Rilek laa.. Haha

Tapi hati tengah gundah gulana sebab tengah fikir nak masak apa untuk tetamu nanti dan nak bagi apa untuk tetamu bawak balik nanti.  Tak kan tetamu balik tangan kosong kan.  Hehe

Niat di hati nak baking.  Nak bagi something macam kek, puding atau pavlova tu.  Tapi masalahnya saya ni tak pandai mana pun baking2 ni.  Risaunya laa takut tak menjadi. Huhu.

Mesti korang kata alaa beli je la.. Ape susahnya kan. Hihi..

Tapi taknakk.  Saya nak bagi something yang saya buat sendiri.  Tak kisah la walaupun benda tu simple.  Yang penting dari air tangan sendiri.

Dalam list sekarang ni ada laa beberapa benda yang terlintas nak buat tu :

1- Pavlova
2- Kek coklat
3- Puding triffle
4- Kek gula hangus

Erm, tak tau la nak buat yang mana.  Risau sangat takut tak menjadi ni.  Buat malu je nanti kalau nak bagi orang tapi tak sedap.  Hihi

Ada kawan suggest suruh buat pavlova.  Tapi saya ada bad experience dengan pavlova ni.  Dulu2 pernah buat sekali tapi tak menjadi.  Whipping cream dia tak nak kembang.  Tak tau kenapa.  Huhu.  Sekarang rasa fobia nak buat lagi sekali.

Pavlova yang tak berapa nak menjadi :p

Erm, korang ada idea tak nak buat apa yang simple tapi nampak cantik nak bagi kat orang?? Plisss, share2 la kat sini. Huhu.

Till then, bye.

Monday 1 December 2014

Kacip Fatimah Phyto Plus dengan harga RM80 sahaja sebotol


Salam semua.

Tadi saya saja duk google2 pasal kacip fatimah ni.  Sekali terjumpa banyak info-info tentang kebaikan ekstrak kacip fatimah yang ada certain2 tu sy sendiri pun tak tahu pasal tu.

So, kat bawah ni saya ada share beberapa links yang boleh la kita sama-sama baca untuk menambah pengetahuan bersama.  Hehe. 









Ni plak posts saya yang sebelum2 ni pasal Kacip Fatimah ni :




So, sesapa yang nak try produk Kacip Fatimah Phyto Plus dan Tongkat Ali Phyto Plus keluaran IBD UTM ni boleh la contact saya ye.  

0137931025 (Shahirah)

Harga still sama macam sebelum ni.  RM80 sebotol.  Postage RM6 (Semenanjung) untuk 1-3 botol di alamat yang sama.

*kalau beli banyak insya Allah harga boleh runding lagi :)

Till then, bye. :)