Salam.
Dari minggu lepas sebenarnya hati ni tak keruan. Merancang nak balik kampung weekend haritu tapi terpaksa ditunda. Insya Allah esok malam balik.
Punca hati tak keruan? Sebabnya insya Allah, hari Jumaat ni kalau tak ada aral melintang ada orang nak bertandang ke rumah. Alah, orang datang rumah je kan? Rilek laa.. Haha
Tapi hati tengah gundah gulana sebab tengah fikir nak masak apa untuk tetamu nanti dan nak bagi apa untuk tetamu bawak balik nanti. Tak kan tetamu balik tangan kosong kan. Hehe
Niat di hati nak baking. Nak bagi something macam kek, puding atau pavlova tu. Tapi masalahnya saya ni tak pandai mana pun baking2 ni. Risaunya laa takut tak menjadi. Huhu.
Mesti korang kata alaa beli je la.. Ape susahnya kan. Hihi..
Tapi taknakk. Saya nak bagi something yang saya buat sendiri. Tak kisah la walaupun benda tu simple. Yang penting dari air tangan sendiri.
Dalam list sekarang ni ada laa beberapa benda yang terlintas nak buat tu :
1- Pavlova
2- Kek coklat
3- Puding triffle
4- Kek gula hangus
Erm, tak tau la nak buat yang mana. Risau sangat takut tak menjadi ni. Buat malu je nanti kalau nak bagi orang tapi tak sedap. Hihi
Ada kawan suggest suruh buat pavlova. Tapi saya ada bad experience dengan pavlova ni. Dulu2 pernah buat sekali tapi tak menjadi. Whipping cream dia tak nak kembang. Tak tau kenapa. Huhu. Sekarang rasa fobia nak buat lagi sekali.
Pavlova yang tak berapa nak menjadi :p |
Erm, korang ada idea tak nak buat apa yang simple tapi nampak cantik nak bagi kat orang?? Plisss, share2 la kat sini. Huhu.
Till then, bye.
0 comments :
Post a Comment