Saturday 23 November 2013

Alkisah puding roti di Tsukuba


Hai hai hai..lama tak bersua kan..hehe..mood nak menulis ke laut skang ni..

Pagi tadi jalan-jalan pegi Lala Garden..Pegi sorang-sorang je..hehe

Niat sebenar pergi Lala Garden ni adalah nak pegi Daiso dengan nak pegi satu kedai kat situ yang jual sayur-sayur dan buah yang agak murah..tp bila pegi kedai tu tak de plak sayur yang berkenan..so, pegi Daiso je la..

Tapi, on the way nak ke Daiso tu ternampak la satu kedai ni jual kasut murah-murah..apa lagi, masuk laa..tengok punya tengok, last-last rembat la satu kasut ni..sebenarnya tak suka sangat pun dengan design kasut ni tapi sebab murah dan still xde kasut yang selesa untuk musim sejuk ni so beli jela..

Kasut 1000yen..haha

Last week dh beli satu kasut sebenarnya..mahal plak tu..tapi kurang selesa kalau nak jalan banyak-banyak..maybe sebab kasut ni ada heels kot..almaklum laa..saya ni mana biasa pakai kasut-kasut tinggi ni..haha

Kasut 3980yen..

Lepas beli kasut tu terus masuk Daiso..dan ni laa antara hasil tangkapan di Daiso hari ni..ada lagi sebenarnya yang tak termasuk dalam gambar ni..haha

Dari kiri : pengasah pisau, hand mixer, bateri, kitchen timer dan ramekin..

Pinky semuanyaaa..hihi..sejak duk sini mostly barang yang dibeli adalah warna pink..kat sini susah nak jumpa colour purple yang cantik..so, xde purple pink pun boleh.. :D

Sebenarnya beli kitchen timer tu sbb xnak kejadian macam nasi impit hangus tu berulang..so, perlu lebih berhati-hati lepas ni..beli ramekin tu sebab ramekin ni tahan suhu tinggi dan kita boleh guna untuk mengukus, masuk dalam microwave dan oven juga..Hand mixer tu pulak sebab sejak dua menjak ni rasa sangat nak makan puding dan kek..so, dengan bantuan ramekin dan hand mixer ni harap-harap tercapai la hajat nak makan puding dan kek tu.. :D

So, time beli barang-barang tu memang dalam kepala dah terbayang-bayang dah puding roti..balik tu singgah aeon sebab nak cari sayur, lauk dan fresh milk..

Pegi la bahagian fresh milk tu..tengok punya tengok dengan yakin nya amik la satu botol ni..dah dapat semua barang yang dihajati tu terus bayar dan balik hostel la..sampai-sampai bilik terus bukak botol susu tu, tuang dalam gelas dan minum..guest whatt??Nak tersembur balik tau time minum tu sebab MASAM sangat..rupa-rupanya,salah beli..tu bukan fresh milk tapi air yogurt yang macam nestle bliss tu..uwaaaa..sedih giler rase.. :( 

Ku sangkakan fresh milk..tapi....hurmmm..
padahal die dh tulis kat situ "nomu yo-guruto"..maksudnya minuman yogurt..
tapi tak perasan pun..huhu

Tapi, tak kira..nak jugak buat puding roti..

Dan tadaaaa...

Sebelum dikukus


Selepas dikukus dan ready untuk dimakan..


Walaupun salah bahan, tapi menjadi jugak puding roti saya..haha..sedappp..
 
Tinggal ni je lagi..sempat ke tak ntah nk simpan breakfast esk ni..

Resepi puding roti
1 keping roti
1 biji telur
1 sudu kecil marjerin
Gula (depends pada anda..sy guna banyak sbb nak cover rasa masam air yogurt tu..)
Air yogurt/fresh milk

- Roti direndam dengan air yogurt secukupnya sehingga kembang..
- Pukul telur dan gula menggunakan hand mixer comel seperti di atas..
- Masukkan marjerin kedalam campuran telur dan gula dan pukul lagi..
- Tuangkan campuran telur ke dalam roti yang telah kembang tadi..
- Gaul sebati dan boleh la nak tabur pape yang disukai (kismis,coklat chips, buah-buahan)..
- Kukus sehingga masak..

Saya guna pisang untuk tabur kat atas tu..sedap sebab saya memang suka pisang..tapi pisang kan die cepat bertukar jadi kaler hitam-hitam tu..oxidize ke ape ntah orang panggil..tapi ade aku kisah?asal makan sedap belasah je..haha :D

Till then, bye.. :-)

Tuesday 12 November 2013

Random post 3 :)


Assalamualaikum..


Gedebukkk kena kat batang hidung sendiri..

Hurmm..

Berapa ramai lelaki yang cuba mendekati aku?
- 1, 2, 3, 4...rahsiaa..hehe

Berapa ramai yang aku katakan "Saya minta maaf bla bla bla...."?
- 1, 2, 3, 4..rahsiaa jugak..hehe

Berapa kali aku solat istikharah dalam hal ni?
- Sejujurnya, diri ini tak pernah solat istikharah berkenaan hal ni.. ;(

Berapa kali khatam al-Quran?
- Biarlah rahsia..huhu

Berusaha menutup aurat?
- Masih merangkak and I'm trying hard on this..Semoga aku istiqamah..Doakan!

Berapa kuat aku berusaha menolak nafsu dan perasaan sendiri demi menjaga diri dan cinta hanya untuk yang halal?
- Yang ni juga masih berusaha sekuat mungkin..tapi kadang kala tewas juga..sesungguhnya amat berat untuk menjaga batas pergaulan ni terutama bab chatting di fb dan whatsapp..Tapi whatsapp dah terkawal sebab kat sini tak boleh nak online kat phone sangat..

Bila tengok semua ni nampak la yang diri ni sebenarnya tak bersedia lagi untuk memikul tanggungjawab yang besar tu..mungkin sebab tu Allah tak izinkan lagi untuk aku bertemu dengan jodoh aku..

So, Shahirah..Silalah berubah..Silalah perbaiki diri..Bukan untuk bertemu dengan jodoh tapi yang paling utama adalah untuk meraih redha Illahi..Doakan diri ini ya wahai sahabat sekalian.. :-)

Monday 11 November 2013

Splendid Journey - Japan Escape Part 9 : Weekend di Tsukuba


Weekend kali ni (19 Oktober 2013) saya jalan-jalan area Tsukuba center ni je..

Pegi Wonder Rex sebab aim sebenarnya nak cari seterika..Wonder Rex ni sebenarnya kedai barang-barang secondhand..kedai die besar sangat..3 tingkat kalau tak salah..First floor pakaian dan kasut..Second floor handbag dan barang-barang elektrik (rice cooker, heater, microwave, oven etc)..Third floor kebanyakkannya gitar, kamera, dan toys.Tapi sebesar-besar Wonder Rex ni seterika tu tak ada jugak..huhu..

Lepas dah habis pusing-pusing Wonder Rex ni, kitaorang pergi Lala Garden plak..Lala Garden ni dia ada banyak shopping lots..antaranya Uniqlo, Tommy Hilfiger, Daiso dan etc..

Belakang kitaorang tu adalah Lala Garden..





Bangunan tinggi kat belakang tu la Wonder Rex nya..
Lepas dah pusing-pusing Lala Garden tu kitaorang singgah Coco's Restaurant untuk lunch..Saya order pizza yang kat bawah tu share dengan Kak Linda..

Lunch kami..
Petang tu tak de buat apa, saya dengan atiqah pusing-pusing naik basikal pergi masjid..saja je sebenarnya pergi sana sebab nak tengok macam mana masjid kat Tsukuba ni..Dari hostel nak ke masjid ni dalam 20 minit kalau naik basikal..

Ni ruang solat lelaki




Belakang kami tu adalah masjid..


Dari yang saya dengar, bangunan masjid ni dulu-dulu adalah tempat memproses getah..pastu orang Islam kat sini kumpul duit sama-sama dan beli bangunan ni..


Malamnya ada orang pelawa untuk kuar dinner..so, kami join je la..ye la, orang dah ajak join je la kan..nak gi sendiri memang tak dapat la sebab mana ada kenderaan and nak order nanti tak reti..hihi..



Cantikkan kedai dia?
Kedai ni femes dengan makanan nama 'Soba'..Soba tu something yang  macam mi tu..

My dinner..


Geng dinner malam tu.. :)


Makan tak habis..tak leh nak terima..huhu

Splendid Journey - Japan Escape Part 8 : Aidiladha di Tsukuba


Hai semua..

Ini cerita Aidiladha yang lalu..kenangan saya yang pertama kali beraya di perantauan..Aidiladha tahun ni jatuh pada hari Selasa (15 Oktober 2013) dan kat sini tak cuti pun pada haritu..saya pun ada kelas di pagi hari raya tu..makanya geng-geng Tsukubans semua sepakat nak buat sambutan raya ni pada malam hari raya..

Kitaorang buat potluck..so, masing-masing bawak makanan sikit-sikit..saya bertiga buat karipap..gigih tak?haha..Tuan rumah masak rendang ayam, nasi impit, ayam sambal dan nasi beriani kot..pastu tetamu-tetamu plak ada yang bawak mee goreng, roti jala, kari ayam, cheese cake, spagetti dan macam-macam lagi laa..semua sedap-sedap plak tu..

Karipap kami! :)

Antara juadah yang ada..





Sebahagian dari kami di Tsukuba ni..




Budak comel! hihi


Dah penat main..

Sebelum balik posing dlu..hehe


Ini je laa cerita raya saya..Semayang raya pun tak sebab pagi tu kan ada kelas so tak sempat pun nak pegi masjid..Harap-harap tahun depan dapat raya kat rumah..hihi :-)

Cuai


Alkisah harini adalah kisah kecuaian diri ini..huhu..

Pagi tadi rebus nasi impit sambil-sambil tengah breakfast dan layan movie..Lepas dah letak kat dapur nasi impit tu, saya pun masuk la bilik nak breakfast..Sambil breakfast layan movie and konpem korang tau kan ape yg terjadi kan bila dah layan movie tu..

Saya lupaaa..lupa terus pasal nasi impit yang tengah saya rebus kat dapur tu..huhu

Bila dah teringat tu, terus lari-lari pegi dapur dan tengok api dapur gas tu dah padam..lega jap..tapi rupenyaaa, dah rentung dah nasi impit tu..uwaaa..terkejut giler..

Tapi terima kasih la kat sapa yang tolong padamkan api dapur gas tu..kalau tak, tak tau laa ape yang akan terjadi..huhu..

Sebenarnya, ni dah second time berlaku..sebelum ni saya masak air..lepas letak kat atas dapur tu saya masuk bilik..lepas sejam macam tu saya baru teringat..keluar bilik tengok air dh nak kering..tinggal sikit je..huhu..

Nasi impit versi baru.. :p
Ni kalu ada secret admire aku yang baca cerita ni konpom lepas ni dh xde hati kat aku..hahahaha :D

Tapi walaupun hangus nasi impit tu, tetap ku makan jua sebagai dinner malam ni..hihi

Nasi impit + serunding + sambal terung..

Dan ni plak supper untuk malam ni..hohoho..kalau dah gemuk tu memang gemuk laa..xpayah nak kata duk oversea jadi kurus la.. :p

Potato fries..
Hurmmm..harap-harap lepas ni dah tak terjadi dah perkara macam ni..dan memang lepas ni kena set alarm bila masak tu..hihihi.. :D

Friday 1 November 2013

Splendid Journey - Japan Escape Part 7 : Akihabara, Ueno Street dan Tokyo


Ini adalah cerita 12 Oktober 2013 yang lalu..haha..dh hampir tiga minggu baru nak update kat blog kan..maappp..xberkesempatan laa..hihi

Time ni saya pergi jalan-jalan kat akihabara dan sekitar Tokyo..perginya berlima..naik train..tiket train dari tsukuba station ke akihabara adalah 1150yen..so, pergi balik 2300yen..kalau tak salah perjalanannya selama 45 minit..kitaorang naik train yang semi rapid time ni..

Sampai akihabara kebetulan lalu depan katun-katun ni..time ni die ada buat macam pameran la..so, kitaorang pusing-pusing sini jap..tapi sayangnya saya bukanlah peminat katun-katun atau anime..so tengok semua ni macam tak de perasaan la..sebab tak tau kan..haha


Lepas tu semua dah lapar so kitaorang pergi lunch dekat Star kebab ni..sedap sangat kebab kat sini..




My lunch..share dengan adil..sedap!






Lepas dah kenyang makan tu kami teruskan perjalanan la..jalan-jalan teman sorang kawan tu dia nak beli souvenir sebab dah nak balik malaysia dah..


Kat kedai ni byk jual keychain, fridge magnet dan lain-lain yang sesuai dijadikan souvenir..

Orang jepun memang suka main benda alah ni..
Lepas tu kitaorang pegi Ueno street plak..Dari akihabara tu amik train pegi Ueno ni..xingat dah brape harga tiket ni..maybe lebih kurang dalam 160yen kot..

Beli tiket train..

Kami..tengah tunggu train..

Dalam train pun bolehhh..haha



Turun je train tu terus jalan pergi Ameyoko..Ni info pasal Ameyoko ni ye..KLIK SINI..




Banyak sgt jual kasut2 macam ni kat sini..


Menakutkan betul tengok sotong tu..huhu


Kat sini ada kedai yang jual perfume murah..berkenan dengan satu perfume tu..insya Alah ada rezeki nanti nak beli kalau ada peluang datang sini lagi..






Lama jugak kitaorang pusing-pusing kat sana..lenguh kaki ni..rambang mata tengok macam-macam benda ada..haha..

Lepas tu kitaorang decide pergi Tokyo plak..dari sini nak ke tokyo tu kitaorang kena naik train lagi..yang ni harganya 150yen..

Ni beratur nak beli tiket ke tokyo plak..

Tiket train..

Sampai je kat station tu kitaorang naik kat satu tempat ni..tapi lupa dah nama nya ape..kat sini kitaorang boleh nampak overall bandar Tokyo ni la..tapi xde la overall sangat..hehe..


Cantikkan daun-daun kat belakang tu?hidup tau pokok tu..


Tengok ape ntah la tu..
Lepas tu kitaorang pergi kat satu tempat tu dia ade jual macam-macam barang kartun..die ade banyak-banyak kedai..pastu setiap kedai tu fokus kat satu kartun je..kalau kedai tu jual hello kitty, semua barang dalam kedai tu adalah barang hello kitty..tapi saya tak tau la namanya ape tempat tu..antara yang ada adalah doraemon, ultraman, kartun LINE, lego..


Lepas tu semua dah kepenatan..plan nak singgah Asakusa dan Tokyo Skytree pun tak menjadi sebab takut rushing sangat nak kejar train balik tu..lagipun kaki memang dah sakit-sakit tak larat nak jalan dah..so, kitaorang decide untuk balik je la..then terus amik train ke akihabara dan dari akihabara amik train lagi ke tsukuba station..

On the way balik ke tsukuba..pose terakhir untuk trip kali ni.. :)
Makanya berakhir la trip ke tokyo ni..Insya Allah kalau ada kesempatan memang nak pergi lagi ke sana..teringin nak ke Odaiba, Asakusa, Tokyo tower, Tokyo skytree, Harajuku and many more..uwaaa..banyak lagi tempat yang beratur dalam waiting list ni..harap-harap dapat la pergi nanti..Aamiin..