Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Wednesday, 9 September 2015

Hutan Lipur Gunung Belumut


5 September 2015

Plan yang agak tiba-tiba dengan labmates.  Alhamdulillah menjadi jugak.

Air terjun Gunung Belumut ni terletak di Kluang. Kalau dari UTM ni dalam 2 jam jugak la drive.

Bayaran masuk adalah RM2 seorang dan RM2 untuk parking kereta. Dan toilet adalah 50sen setiap kali masuk.. Haha

Sebelum gerak dari UTM

Ni sebelum mula trekking

Ada jambatan gantung kat sana

Dah jumpa port yang sesuai untuk picnic

Lepas makan terus mandi

Main susun2 batu jangan bagi jatuh









Mencabar jugak sebenarnya picnic kami kali ni.  Macam-macam haiwan kitaorang jumpa. Mula-mula sampai tu tetiba ternampak babi hutan.  Time tu kitaorang tengah breakfast.  Risau takut dia datang dekat tapi nasib baik la tak.  Huhu..

Tengah-tengah berendam pulak jumpa katak.  Terus rasa geli geleman nak berendam sebab aku memang anti dengan katak. Geliiii.. T_T

Lepas tu paling kelakar tetiba datang seekor babun mengganggu ketenteraman kami.  Dah la time tu tengah syok duk selfie.  Memula datang babun tu amik ais kitaorang satu plastik.  Kitaorang dah lega dah sebab takpe la just ais kan..  Tetiba babun tu datang balik amik plastik lain plak.  Kali ni plastik tu ada roti.  Habis la sebungkus roti kitaorang.  Tak sempat pun kitaorang nak makan roti tu. Huhu.. Tapi nasib baik jugak la dia tak amik barang-barang lain.  Lepas babun tu pegi kitaorang terus naik dan kemas-kemas barang dan terus balik.  Sebabnya takut babun tu datang lagi.. Haha

Babun tengah mencuri.. Haha

Sebelum balik kitaorang sempat singgah minum petang kat Kluang RailCoffee ni. Kedai ni sangat famous dengan menu roti bakarnya.  Roti nya simple je.. Just roti bakar disapu dengan butter atau margerine dan kaya.  Tapi sedappp.. Roti dia sangat lembut dan garing.


Roti bakar yang sedap

Kitaorang gerak balik dalam pukul 5 petang dan sampai UTM dalam pukul 7.  Penat.. Tapi besttt..  Terima kasih kawan-kawan for this nice trip.. :)

Wednesday, 5 November 2014

Big Food Cafe


Assalamualaikum semua.

Alkisahnya semalam keluar makan2 dengan kawan. Sempena meraikan salah seorang kawan kitaorang yang baru konvo.  Ada yang bagi cadangan nak makan kat Big Food Cafe ni.  So, saya yang tak tau Big Food Cafe ni macam mana setuju je la.. Hihi..

So, lepas maghrib tu kitaorang pun gerak la ke sana.. Big Food ni terletak di Taman Nong Chik, Johor Bahru.  Cafe ni baru jugak la dibukanya.  Dia dua tingkat so boleh pilih nak duk bawah ke atas.  Deko cafe ni bagi saya biasa-biasa je.  Takde la gempak atau cantik sangat.  Tapi okey la kalau nak makan2 dengan kawan atau nge'date' kan.. Hehe

BigFood Cafe (gambar dari SINI)

Menu (gambar dari SINI)

Bagi saya harga makanan kat sini agak mahal la.. maklum la student lagi kan.. kedek sikit.. haha.. tapi makanan dia dalam portion yang agak besar..  so okey la kot dengan harga dia tu..

Semalam saya order spaghetti meatball bolognese.. Kawan ada jugak yang order spaghetti meatball cabonara.  Pastu ada yang order chicken chop dan nasi goreng jugak.. semua makanan dia sedap la.. licin je kitaorang makan semua walau pun in large portion.. haha..

Spaghetti meatball bolognese

Nampak tak besarnya portion dia tu? Haha

Geng dinner semalam.. Tengok la pinggan kitaorang licin semua.. Hihi

So, kesimpulannya Big Food Cafe ni okey la kalau nak makan-makan sekali sekala dengan kawan atau family.  Tempat dia selesa dan makanan pun ada western dan nasi jugak. Kek2 pun ada as dessert kalau nak.  Tapi kalau saya prefer Monster Cafe yang kat Bukit Indah tu lagi kot berbanding BigFood Cafe ni.  Sebab nya harga makanan kat 2 cafe ni lebih kurang je tapi deko dan suasana Monster Cafe lagi menarik dan hiasan makanan2 dia pun lagi cantik. Hehe

Oh, ye.. Ni full address cafe kalau korang nak pegi ya.

BigFood Cafe
Jalan Kolam Air 1, Taman Nong Chik, Johor Bahru.

Till then, bye.. :)

Monday, 3 November 2014

Konvokesyen UTM yang ke 53


Assalamualaikum..

It had been a longggg time since my last entry..  Super busy.. haha.. Tiap-tiap minggu ada je aktiviti.. Macam dah lama tak duk sesaje melangut kat bilik during weekend.. huhu..

Sekarang ni kat UTM tengah musim konvo.. Konvokesyen yang ke 53 dah.. Semoga time Konvokesyen yang ke 54 atau 55 nanti nama aku adalah salah sorang yang tersenarai dalam list penerima ijazah tu.. Aamiin.. Insya Allah..


Kak Saadiah.. Geng lab.. Kami bawah supervisor yang sama..

Azack.. Geng dr time degree lagi.. Tahniah dh konvo master!

Del.. Kawan anis.. Last2 jadi satu geng dgn kitaorg jugak.. Arkitek ni tau!

Sayu je hati bila tengok orang lain dah habis study dan dah konvo.. Diri sendiri ni dah sem 5 dah ni.. Tak tau lagi bila nak habisnya.. Tapi takpe la.. Jangan pernah berputus asa dan menyesal dengan jalan yang kita pilih.. Jangan pernah mengeluh dengan apa yang terjadi dalam hidup kita.  Yakin lah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya..  Allah swt Maha Berkuasa dan Maha Adil terhadap hambaNya.. Teruskan berusaha.. Insya Allah kita semua boleh berjaya.. :)

Tuesday, 20 August 2013

Izzati's E-Day


Hai hai hai...

Ini cerita 9 Ogos 2013 yang lalu..

One of my BFF were getting engaged already!

Tahniah Izzati..Selamat menjadi tunangan orang..Selamat menempuhi dugaan di alam pertunangan dengan jayanya..Semoga kekal ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat.. :)

Mari-mari kita tengok kemeriahan majlis mereka..hehehe

The pelamin dan hantaran

Cantik dan suwit sangat pelaminnye kan..saya suka....

see what i got?sireh junjung..haha
\
Izzati & Fitrie..may Allah bless your relationship always..

the friends..

uwaaa..kenapa mata saya macam tu??


us!love all of you forever..

fifi..sori mata awak terpejam..hehe

tahniah awak! :)

Amik berkat..haha


buat kacau dalam bilik orang sebelum majlis bermula..haha

who's next??

Kami yang tumpang excited..hihi

kawan time kat MRSM PC..izyan dan azyan.
from five, two had being taken..tinggal lagi tiga orang..so, who's next??hehehe :D

p/s : k.zie, sori..banyak plak my face yang ter'captured' in your pic..tak terniat pun nak interframe banyak-banyak tu..hihihi

Sunday, 28 July 2013

23 tahun


20 Julai 2013..11 Ramadhan 1434 Hijriah..

Genap 23 tahun diri ini dilahirkan ke dunia..
Terima kasih mak..terima kasih abah..terima kasih abang-abang..terima kasih semua..
Semoga dengan bertambahnya usia ini akan menjadikan diri ini lebih matang dan lebih dekat kepadaNya..insya Allah..Aamiin..

Terima kasih kawan-kawan untuk sambutan ini..Terima kasih jugak untuk kek dan hadiah-hadiah itu..Terima kasih sangat-sangat..semoga Allah merahmati kalian semua..




Birthday girl with the cake..

I'm blessed to have all of you as my friends..


Kek karamel..nyummy..


Thanks a lot for all of this! :')

kreatif sangat anda semua ni.. :)

Najlaa - sweet sangat siap print gambar bersama lagi letak dalam frame..

Na - kreatif! Bagi voucher ye..Tak sabar nak tebus voucher tu nanti..hehe

Ella - Thank you utk benda alah muzik tu..lama giler dah saya nak benda macam tu..sejak tengok cerita my girl lagi..hihi

Del - terima kasih untuk pan bebear yang comeyyyy sangat tu..dan stokin tu insya Allah sy simpan utk pakai musim winter nanti tau..hihi :D

Mar - Thank you untuk kad, lilin dan stokin itu..sweet sangat! :)

Uwaaaa..doesn't expected to receive all this presents..anda semua sangat baik hati..terharu saya..huhu..malam tu time bukak hadiah duk senyum sorang-sorang sebab happy sangat.. :')

Lastly, terima kasih untuk semua yang wish samada kat facebook, twitter, instagram, wasap, line, wechat message dan sebagainya la..terima kasih sangat-sangat tau..Semoga ukhwah antara kita kekal untuk selamanya..insya Allah.. saya sayang anda semua.. 

Sunday, 27 January 2013

Selamat hari lahir bibie ♥


Salam awak semua..

Hari ni, 27 Januari 2013..hari lahir sahabat saya yang disayangi..Bibie Narhayu..Julai 2008 pertama kali kite kenal..time forecast, saya tak kenal awak bibie..sebab kita seksyen lain-lain time tu..hihi..pejam celik pejam celik, dah 4 tahun setengah kita kenal..

sepanjang kita kenal, awak banyak tolong saya..terutamanya time saya kena 'dump' dulu..time tu saya rasa lost sangat..dah la dalam masa 2 minggu tu kita akan menghadapi final exam untuk sem 6..seminggu tu saya tak mampu nak buat pape pun..menangis saje sepanjang hari..dan awak la tempat saya mengadu tu..sampai la kita habis degree..kalau ade je masalah berkaitan perasaan ni, bibie la yang setia mendengar bersama roomatenya, iela..hihi..thanks a lot ye kamu berdua..sekarang ni dah tak boleh dah nak meluahkan perasaan kat korang..huhu.. :'(

Okey, jom kita tengok balik gambar-gambar sepanjang kita kat UTM terchenta ni..haha :D

15 Disember 2008 -Kami dinner- *serius teruk muka ku dalam gambar ni*haha


10 Oktober 2009 -Kami berhari raya-

16 Januari 2010 -Kami ber'bowling'-

8 Julai 2010 -Kami di pantai-

12 Mac 2011 -Kami pengantin yang cantik- :)

22 Mei 2012 -Kami ber'steamboat'-

20 Jun 2012 -Kami ber'bbq'-
12 Oktober 2012 -Kami konvo-

in this 4 years time, all of us are changing in being  a better person..everybody is heading to a more mature life..everybody is struggling to have a better life..but one thing will remain forever..FRIENDSHIP..it will last forever..until Jannah..ukhwah fillah abadan abada..insya Allah.. :))

"Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku (Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku (Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)" (HR Ahmad)

To bibie..
Happy birthday my dear..May Allah always shower your life with joy and happiness..and also His blessing.. kuatkan semangat mu dalam menempuhi dugaan hidup ini..insya Allah, kebahagian menanti mu di hadapan sana..
p/s:nanti dah sampai masa jangan lupa bagi saya kad kahwin awak ye..hihihi..rindu bibie.. :'(