Wednesday 5 November 2014

Big Food Cafe


Assalamualaikum semua.

Alkisahnya semalam keluar makan2 dengan kawan. Sempena meraikan salah seorang kawan kitaorang yang baru konvo.  Ada yang bagi cadangan nak makan kat Big Food Cafe ni.  So, saya yang tak tau Big Food Cafe ni macam mana setuju je la.. Hihi..

So, lepas maghrib tu kitaorang pun gerak la ke sana.. Big Food ni terletak di Taman Nong Chik, Johor Bahru.  Cafe ni baru jugak la dibukanya.  Dia dua tingkat so boleh pilih nak duk bawah ke atas.  Deko cafe ni bagi saya biasa-biasa je.  Takde la gempak atau cantik sangat.  Tapi okey la kalau nak makan2 dengan kawan atau nge'date' kan.. Hehe

BigFood Cafe (gambar dari SINI)

Menu (gambar dari SINI)

Bagi saya harga makanan kat sini agak mahal la.. maklum la student lagi kan.. kedek sikit.. haha.. tapi makanan dia dalam portion yang agak besar..  so okey la kot dengan harga dia tu..

Semalam saya order spaghetti meatball bolognese.. Kawan ada jugak yang order spaghetti meatball cabonara.  Pastu ada yang order chicken chop dan nasi goreng jugak.. semua makanan dia sedap la.. licin je kitaorang makan semua walau pun in large portion.. haha..

Spaghetti meatball bolognese

Nampak tak besarnya portion dia tu? Haha

Geng dinner semalam.. Tengok la pinggan kitaorang licin semua.. Hihi

So, kesimpulannya Big Food Cafe ni okey la kalau nak makan-makan sekali sekala dengan kawan atau family.  Tempat dia selesa dan makanan pun ada western dan nasi jugak. Kek2 pun ada as dessert kalau nak.  Tapi kalau saya prefer Monster Cafe yang kat Bukit Indah tu lagi kot berbanding BigFood Cafe ni.  Sebab nya harga makanan kat 2 cafe ni lebih kurang je tapi deko dan suasana Monster Cafe lagi menarik dan hiasan makanan2 dia pun lagi cantik. Hehe

Oh, ye.. Ni full address cafe kalau korang nak pegi ya.

BigFood Cafe
Jalan Kolam Air 1, Taman Nong Chik, Johor Bahru.

Till then, bye.. :)

1 comments :

Papa-NtiQ said...

Hi..cakap pasal bigfood nih saya baru je upload gambor2 masa makan kt situ baru2 ni ngan famili. Not bad. Happening gitu kan. Bila free to jenguk la yer blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com
Topik2 dalam blog saya semua citer pasal makan, makan dan makan takde topik lain hehe...dan kalu minat tu register la sebagai follower ok TQ bebanyak