Thursday, 27 November 2014

Ohh handset ku! :(


Salam semua.

Dua hari lepas, Allah bagi ujian sikit pada hambaNya yang terleka ni.

Handphone S3 yang disayangi rosak. Cara dia rosak sangat la membuatkan diri ni rasa terkilan.

Pagi tu buat lab.  Dah pakai labcoat semua macam biasa handset S3 tu letak kat poket kanan dan handset yg satu lagi kat poket kiri.

Tengah duk buat eksperimen tu, tak tau la macam mana tangan tersangkut dengan wayar pH meter.  Time tu tangan tengah pegang bikar yang ada sulphuric acid.  Makanya tumpahlah acid tu terkena la kat tangan, labcoat dan kain sampai lah kaki yang sebelah kanan.

Dan bila tersedar yang dalam poket kanan tu ada handset S3 tu perasaannya.... Masya Allah.... Nak menangissss.. huhuhu

Cepat-cepat la amik tisu lap semua.  Try on tapi semua dah terlambat.  Dah tak boleh on dah handset tu.

Dah try jemur kat tempat panas.  Dah try keringkan dengan hairdryer.  Tapi buat masa sekarang tak berhasil lagi.

Rasa-rasanya kena hantar kedai jugak kot baiki.  Tapi tak tau la boleh dibaiki lagi ke tak.  Uwaaa.. Sedihnya.

Buat masa sekarang pakai no yg 013 tu je la satu. Takde wasap, takde internet.  Tak tau la bila nak hantar kedai baiki sebab nye duit takde.. haha.  Baru je lepas hantar format dan servis laptop pada hari yg sama handset tu rosak.  RM70 dah melayang untuk laptop.  So, nak baiki handset tu kena hold dlu la.

Semoga dapat diselamatkan lagi...

Ermm.. Tapi benda dah berlaku kan.  Dah tak boleh nak buat apa dah. Insya Allah ada hikmah disebalik semua ni. :)

Till then, bye.


2 comments :

seraa rose said...

sedihnya.. harap bertabah ya sya

shahirah said...

Uwaaa.. sedih2.. tapi sabar je la.. huhuhu