Thursday 24 October 2013

Splendid Journey - Japan Escape Part 6 : Hanabi di Tsuchiura


Weekend 5 Oktober 2013 yang lepas, saya berpeluang tengok hanabi di Tsuchiura.. 'Hanabi' tu adalah 'fireworks' ye kawan-kawan..dari hostel saya naik bas ke Tsukuba center..lepas tu naik bas dari Tsukuba center ke Tsuchiura tu..rasanya tambang die 380 yen kot..lupa dah..hehe..

Saya pegi dengan 7 ke 8 orang lagi kawan lain..sebenarnya saya menumpang satu group lab ni..hehe..nak gi sndri memang xreti la kan..so buat muka tak malu join diaorang..haha..

Kitaorang sampai sini dalam kul 1.30 petang..fireworks ni start nya kul 6 petang..haaa, tak ke awal kan sampainya..tapi walaupun sampainya dah awal, tempat dah nak penuh tau kene cop dengan orang-orang yang datang lagi awal dari kitaorang ni..semangat benar diaorang kan?


kedai pn byk yg tak bukak lagi time sampai tu..
Jalan-jalan cari port yang sesuai..



Nasib baik ada lagi ruang untuk kami semua..




mereka..

makcik2 dan pakcik2 yang datang lagi awal dari kitaorang..


semangat!

sotong pelik..

banana choc..

Takoyaki..terliur je tengok..


ini adalah stesen minyak..



Lepas dh solat asar dan maghrib, baru la pegi hanabi ni nak start..lama weh nunggu nye..haha




mereka dr bangladesh dan indonesia..

tqa with our vietnam's friend

japan and vietnam
okey, yang bawah-bawah ni semua gambar hanabi tu..












Dan yang bawah ni ada satu video ye..


The end..kesimpulannya, berbaloi jugak la datang tengok hanabi ni..pengalaman di tempat orangkan..hehe..

see u in next entry!

Monday 21 October 2013

ICoST 2013


Assalamualaikum..hari nak bercerita pasal conference yang saya join haritu..conference ni start 19 september 2013..beberapa hari sebelum saya datang ke Jepun..sebab tu la saya busy dan stress sangat hujung-hujung nak datang jepun tu..hehe..

untuk conference kali ni, semua nye saya buat last minute..huhu..paper dan slide semua siap hanya pada hari kejadian..sebelum present tu rehearsal sekali je kat bilik..tapi Alhamdulillah..semua nya okey2 je.. :)

Participant..

Ni sebelum present..tengah nervous tu..

with mardhiah..

 dan tiba laa masa yang ditunggu-tunggu..presentation time..fuhhh..ketaq lutut..

tengah present..

Present nye sekejap je..15 minit kot..lupa dah..lepas dah present and Q&A session tu, masya Allah..rasa legaaaa sangat2..rasa cam terangkat beban yang besar sangat..ringan terus rasa bahu ni..

lepas present tu terus dapat sijil ni..

bergambar bersama presenters lain dan lecturer serta profesor yang hebat2..
yang paling kanan adalah professor dari satu universiti di jepun..

muka lega lepas habis present.. :D

Ni adalah dayang-dayang saya haritu..kak saadiah dan mardhiah..terima kasih awak berdua-dua teman saya seharian haritu..at least xde la saya terkontang-kanting menahan debaran sorang-sorang..hehe

Kak Saadiah dan mardhiah..

 Malam nya semua peserta-peserta ICoST dijemput untuk menghadiri majlis makan malam..saya mesti la join kan..makan free kat hotel plak tu..haha

bergambar memang feveret kami.. :)

Gala dinner ICoST 2013


makanan kami..


dalam lif pun bolehhh..haha

Erm, rasanya ni je kot coretan untuk cerita ICoST 2013 saya..jumpa lagi di next entry ya! :-)

Thursday 17 October 2013

Splendid Journey - Japan Escape Part 5 : Lapar? Silalah masak..


Salam kawan-kawan..

Kali ni mari bercerita mengenai makanan pula..

Pejam celik pejam celik, hari ni dah hari yang ke 24 saya berada di Jepun ni..  Kadang-kadang rasa macam cepat je masa berlalu..tapi ada jugak time rasa lambat tu..

Duk kat sini bagi saya dugaan utama adalah mengenai makanan dan solat.. Nak cari yang halal sangat la susah.. kalau pergi supermarket tu ingredients semua dalam tulisan jepun..saya xtau bahasa jepun..memang tak leh nak baca la..jadinya kalau lapar, balik bilik masak la sendiri..sejak datang sini kebanyakannya saya masak lauk telur je la..sebab telur paling murah dan senang nak simpan..kalau tak jenuh la nak keluar tetiap hari nak beli ikan atau seafoods sebab saya tak de peti ais nak simpan..telur ayam kat sini harga 198 yen (RM6.40) untuk 10 biji..

mee udon kacau dgn telur x masak berharga 330 yen (RM10.65)..
xboleh nak telan pun..
fobia trus nk try makanan jepun..haha

Meh nak tayang ape yg dah saya masak sepanjang duk sini untuk mengelakkan dari kebuluran..haha

kuah masak lemak dari brahim..then letak je ikan masin dalam tu..

Telur dadar + sayur air sawi..
tu nasi guna beras jepun..terseksa tekak nak makan nasi tu..huhu

Ubi kentang goreng..ni kes terliur fries McD..haha

Ikan kicap + kubis dan sawi goreng

Ni marjerin yang dikatakan insya Allah halal kat sini..

kotaknya..

marjerinnya..

Ni plak roti yang dikatakan insya Allah halal..

Roti ni berharga 75 yen sahaja..

roti + scrambled eggs + sos cili

nasi air + ikan bilis goreng + telur masin

sotong goreng bersama sayur kubis

spagetti goreng

Telur masak pedas

udang 297 yen (RM 9.60).. sayur tu 100 yen..
perencah tu bawak dari malaysia..
 dan tadaaaa...

tomyam udang + udang goreng bersayur

Kos hidup kat sini bagi saya tinggi..jadinye bila nak membeli tu jangan la 'convert'kannya ke duit malaysia..kalau tak, tak beli semuanya..haha..anggap je 100 yen tu sama dengan RM 1..baru la rasa okey skit..ye laa..gula kat sini 500gram pun dah 138 yen..bawang besar sebiji 38 yen..bwg putih 2 labu 78 yen..tak ke nak nangis rasanya..

okey laa..rasanya ni je untuk kali ni..jumpa lagi in the next entry ya! :-)