Thursday 17 October 2013

Splendid Journey - Japan Escape Part 5 : Lapar? Silalah masak..


Salam kawan-kawan..

Kali ni mari bercerita mengenai makanan pula..

Pejam celik pejam celik, hari ni dah hari yang ke 24 saya berada di Jepun ni..  Kadang-kadang rasa macam cepat je masa berlalu..tapi ada jugak time rasa lambat tu..

Duk kat sini bagi saya dugaan utama adalah mengenai makanan dan solat.. Nak cari yang halal sangat la susah.. kalau pergi supermarket tu ingredients semua dalam tulisan jepun..saya xtau bahasa jepun..memang tak leh nak baca la..jadinya kalau lapar, balik bilik masak la sendiri..sejak datang sini kebanyakannya saya masak lauk telur je la..sebab telur paling murah dan senang nak simpan..kalau tak jenuh la nak keluar tetiap hari nak beli ikan atau seafoods sebab saya tak de peti ais nak simpan..telur ayam kat sini harga 198 yen (RM6.40) untuk 10 biji..

mee udon kacau dgn telur x masak berharga 330 yen (RM10.65)..
xboleh nak telan pun..
fobia trus nk try makanan jepun..haha

Meh nak tayang ape yg dah saya masak sepanjang duk sini untuk mengelakkan dari kebuluran..haha

kuah masak lemak dari brahim..then letak je ikan masin dalam tu..

Telur dadar + sayur air sawi..
tu nasi guna beras jepun..terseksa tekak nak makan nasi tu..huhu

Ubi kentang goreng..ni kes terliur fries McD..haha

Ikan kicap + kubis dan sawi goreng

Ni marjerin yang dikatakan insya Allah halal kat sini..

kotaknya..

marjerinnya..

Ni plak roti yang dikatakan insya Allah halal..

Roti ni berharga 75 yen sahaja..

roti + scrambled eggs + sos cili

nasi air + ikan bilis goreng + telur masin

sotong goreng bersama sayur kubis

spagetti goreng

Telur masak pedas

udang 297 yen (RM 9.60).. sayur tu 100 yen..
perencah tu bawak dari malaysia..
 dan tadaaaa...

tomyam udang + udang goreng bersayur

Kos hidup kat sini bagi saya tinggi..jadinye bila nak membeli tu jangan la 'convert'kannya ke duit malaysia..kalau tak, tak beli semuanya..haha..anggap je 100 yen tu sama dengan RM 1..baru la rasa okey skit..ye laa..gula kat sini 500gram pun dah 138 yen..bawang besar sebiji 38 yen..bwg putih 2 labu 78 yen..tak ke nak nangis rasanya..

okey laa..rasanya ni je untuk kali ni..jumpa lagi in the next entry ya! :-)

0 comments :