Friday 22 March 2013

Penajaan MARA untuk lepasan SPM 2012


Hai adik-adik..
hari ni result SPM diumumkan kan?
amacam?okey kan?
pape pun, bersyukur lah dengan apa yang adik-adik dapat tu ye..
semua nye terselit 1001 hikmah yang kita belum ketahui..
insya Allah, suatu hari nanti kita akan sedar dan bersyukur sangat-sangat dengan semua ketentuan ini.. :)

okey, kat sini saya nak share link untuk adik-adik yang berhasrat untuk dapatkan pinjaman MARA bagi melanjutkan pelajaran nanti terutamanya untuk ke oversea.

untuk link, sila klik di sini ye.. Portal Rasmi MARA..

lepas tu akan keluar macam gambar kat bawah tu..adik-adik tengok kat bahagian 'Terkini dan Pengumuman' tu tau..


Portal rasmi MARA


Permohonan ni dibuka dari 21 Mac 2013 sehingga 28 Mac 2013 je tau..so, cepat-cepat grab this chance okey!

Good luck adik-adik semua.. :)

ikhlas dari kakak yang telah ditaja oleh MARA dari tingkatan 1 sehingga laa Master sekarang ni..10 tahun dah MARA membantu diri ini..

Thursday 14 March 2013

Random post :)


Di pagi hari yang tenang, tibe2 terbaca artikel ni plak..
- Dugaan Hawa Melamar Adam -




Menawarkan diri atau melamar lelaki yang SOLEH adalah tindakan terpuji lagi mulia, bahkan kalau tidak diterima sekalipun anda tidak perlu bersedih kerana itu petanda besarnya jiwa dan hebatnya cinta anda kepada agama.

Jika belum ada rezeki, teruslah ambil yang positif dari tempoh masa 'menunggu' yang diberikan Allah kepada anda.

Boleh jadi Allah mahu anugerahkan sesuatu kepada anda dalam tempoh tersebut.  Boleh jadi juga Allah mahu elakkan sesuatu bencana atau musibah dari anda jika berkahwin dengan orang tersevut.  Percaturan Allah sentiasa rahsia, dan tanggungjawab kita adalah untuk sentiasa berbaik sangka.

Lelaki ditolak oleh wanita, wanita ditolak oleh lelaki, kedua-duanya ada duka.

Namun motivasi diri siapa yang lebih tinggi, merekalah yang akan lebih dulu merasa bahagia!


Perancangan Allah adalah perancangan yang paling hebat. Sentiasalah kita berlapang dada menerima segala dugaan yang mendatang..dan paling penting, redha dengan segala ketentuan setelah kita berusaha sehabis mungkin..Mari jadi lebih bermotivasi agar lebih cepat merasa bahagia itu! :))

Tuesday 12 March 2013

Ikhlas


Assalamualaikum.. :)



Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya. Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan. Semua ini tak mudah. Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan aku?  Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana?
seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita. Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”. Ya, ikhlas lah. Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini. Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan. Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini.
Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita. Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita? Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya? Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”.
- dipetik dari artikel ini -



di akhir artikel di atas, ada diselitkan dengan maksud ayat Surah At-Talaq ini..banyak kelebihan ayat ini..marilah kita beramal dengannya..insya Allah..
boleh klik di sini untuk membaca antara kelebihan-kelebihan ayat Seribu Dinar ni..

So, word of the day untuk hari ini adalah IKHLAS.. :)


Friday 8 March 2013

Puding Triffle


Hai hai hai...lama nye kita tak bersua kan..maaf kalau ada yang rindu..*perasan*..haha

walaupun dh lama tak bersua, tapi still tak ada ape yang berubah pun..masih di UTM tercinta..masih meneruskan pengajian di sini..dan paling penting, masih single mingle..muahahahaha :D

tapi masuk sem 2 ni semakin busy..tak sempat nak ber'blog'..blogwalking pun dah jarang..

hari ni tak tau kenapa..tapi rasa rindu sangat nak menulis.. :)

tak tau pun nak tulis pasal ape sebenarnya..

kebetulan semalam buat puding triffle ni..so, kali ni saya nak share resipi puding triffle yg sedap tapi cara nak buat nye sesenang ABC ni ngan kawan-kawan semua..sharing is caring la katakan..hihi


Puding Triffle

okey, jom kita tengok resipi dan cara-caranya..

BAHAN-BAHAN
1 kek gulung
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair
1 tin air 
3 sudu besar penuh tepung kastard
2 sudu besar gula
1 paket agar-agar NONA (original)
400 ml air (untuk masak agar-agar) 

CARA-CARA

1) Potong kek gulung dan susun dalam bekas.
2) Lembabkan kek dengan sedikit air fruit cocktail.
3) Satukan susu cair, 1 tin air dan tepung kastard di dalam periuk. kacau hingga tepung kastard larut dan tidak berketul.  Masukkan 2 sudu gula dan 3 sudu besar air fruit cocktail.  Masak di atas api yang perlahan.  Kacau sehingga bancuhan ini menjadi pekat dan berkilat.
4) Curahkan bancuhan ini ke atas kek gulung tadi.
5) Sementara kastard masih belum keras, susun buah-buahan cocktail di atas nya mengikut kreativiti anda.
6) Untuk lapisan yang paling atas, masakkan agar-agar NONA mengikut arahan seperti dibelakang pek.  Masukkan 3 sudu besar air cocktail ke dalam bancuhan ini.
7) Biarkan sejuk lebih kurang seminit dan curahkan agar-agar ini ke atas kastard yang dah disusun dengan buah-buahan tadi.
8) Sejukkan dan masukkan ke dalam fridge..tadaaa...sedia untuk dimakan.. :)

Sebelum dipotong..

Setelah dipotong.. :)

Selamat mencuba kawan-kawan.. :)