Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Wednesday, 8 January 2014

Bakwan


Haiiiii..

Harini nak share resepi BAKWAN..hehe..tau tak bakwan tu ape?sebenarnya bakwan ni panggilan bagi cucur kalau kat Indonesia..kalau kita kat Malaysia panggil cucur udang @ cucur bawang tu kan..kalau di Indonesia mereka panggil bakwan udang @ bakwan sayur..

Resepi ni sebenarnya saya dapat dari kawan-kawan Indonesia saya kat sini..So, ni memang resepi original dari Indonesia..hehe..dan rasanya memang sama dengan cucur udang yang dijual kat gerai-gerai Malaysia tu..

Makan dengan kuah kacang..memang terbaik laa!

Okey, ni resepinya ye.. :-)

Bahan-bahan :
- kubis
- carrot
- udang
- bawang putih
- cili merah
- tepung gandum
- serbuk lada sulah @ serbuk lada hitam
- garam
- air

Cara-cara :
- hiris kubis dan carrot halus-halus.
- tumbuk bawang putih dan cili hingga lumat.
- bancuh tepung gandum, serbuk lada sulah, garam dan air.  Bancuhan ni biar agak cair ye.
- kemudian masukkan hirisan lobak dan kubis serta bawang putih dan cili yang dah ditumbuk       tadi ke dalam bancuhan tepung gandum tadi.
- kemudian, sendukkan adunan tadi ke dalam minyak yang panas dengan api yang sederhana   dan letakkan udang diatasnya.
- goreng hingga kekuningan dan siap!

nyum nyum.. :-)

Selamat mencuba semua! :-)

Saturday, 7 December 2013

Nasi ayam


Semalam berjaya merajinkan diri masak nasi ayam..seminggu ni mood memasak jatuh merudum..xtau nak masak ape dh..dah bosan makan sotong..nak beli udang mahal..ikan plak jauh nak beli kalau yang jenis biasa tu..kalau ikan pelik-pelik tu banyak la jual kat supermarket..ayam lagi laa susah nak dapat..huhu..sedih je rasa..

First time ni buat nasi ayam sendiri..biasanya makan kat kedai je..hehe..Alhamdulillah..menjadi la jugak..hehe..tapi still kene improve lagi next time.. :) 

My very first 'nasi ayam' in life!

Ayam yang dah siap digoreng..

Resepi nasi ayam yang saya guna ni saya amik kat facebook je sebenarnya..resepi yang paling simple..maklum laa duk sini banyak bahan-bahan yang takde..terhad sangat..so, yang mana ada tu sy letak..yang takde tu pandai-pandai la cover dengan benda lain..

Ni link asal resepi ni ye..KLIK SINI..

Resepinya..

Semalam masak agak banyak la jugak..sebab dah niat kalau menjadi nasi ayam ni nak ajak kawan-kawan makan sekali..rindu nak makan ramai-ramai macam selalu buat kat utm tu..tapi ayam nye xde banyak sangat..tapi boleh la setakat nak merasa sikit-sikit sorang tu..

So, pagi tadi kitaorang breakfast sama-sama..makan nasi ayam..pastu saya goreng jugak cekodok pisang sikit..airnya air teh O je..hehe..

Breakfast tadi..

Duk sini alat-alat memasak tu ada yang basic-basic je..so, memang tak semenggah laa lauk-lauk dan nasi semua hidang dalam periuk je..haha..maaf la ye kawan-kawan.. :D

Kepada sesiapa yang baru-baru nak belajar buat nasi ayam ni, resepi kat atas tu memang okey..try la buat..insya Allah menjadi.. :)

Selamat mencuba!

Saturday, 23 November 2013

Alkisah puding roti di Tsukuba


Hai hai hai..lama tak bersua kan..hehe..mood nak menulis ke laut skang ni..

Pagi tadi jalan-jalan pegi Lala Garden..Pegi sorang-sorang je..hehe

Niat sebenar pergi Lala Garden ni adalah nak pegi Daiso dengan nak pegi satu kedai kat situ yang jual sayur-sayur dan buah yang agak murah..tp bila pegi kedai tu tak de plak sayur yang berkenan..so, pegi Daiso je la..

Tapi, on the way nak ke Daiso tu ternampak la satu kedai ni jual kasut murah-murah..apa lagi, masuk laa..tengok punya tengok, last-last rembat la satu kasut ni..sebenarnya tak suka sangat pun dengan design kasut ni tapi sebab murah dan still xde kasut yang selesa untuk musim sejuk ni so beli jela..

Kasut 1000yen..haha

Last week dh beli satu kasut sebenarnya..mahal plak tu..tapi kurang selesa kalau nak jalan banyak-banyak..maybe sebab kasut ni ada heels kot..almaklum laa..saya ni mana biasa pakai kasut-kasut tinggi ni..haha

Kasut 3980yen..

Lepas beli kasut tu terus masuk Daiso..dan ni laa antara hasil tangkapan di Daiso hari ni..ada lagi sebenarnya yang tak termasuk dalam gambar ni..haha

Dari kiri : pengasah pisau, hand mixer, bateri, kitchen timer dan ramekin..

Pinky semuanyaaa..hihi..sejak duk sini mostly barang yang dibeli adalah warna pink..kat sini susah nak jumpa colour purple yang cantik..so, xde purple pink pun boleh.. :D

Sebenarnya beli kitchen timer tu sbb xnak kejadian macam nasi impit hangus tu berulang..so, perlu lebih berhati-hati lepas ni..beli ramekin tu sebab ramekin ni tahan suhu tinggi dan kita boleh guna untuk mengukus, masuk dalam microwave dan oven juga..Hand mixer tu pulak sebab sejak dua menjak ni rasa sangat nak makan puding dan kek..so, dengan bantuan ramekin dan hand mixer ni harap-harap tercapai la hajat nak makan puding dan kek tu.. :D

So, time beli barang-barang tu memang dalam kepala dah terbayang-bayang dah puding roti..balik tu singgah aeon sebab nak cari sayur, lauk dan fresh milk..

Pegi la bahagian fresh milk tu..tengok punya tengok dengan yakin nya amik la satu botol ni..dah dapat semua barang yang dihajati tu terus bayar dan balik hostel la..sampai-sampai bilik terus bukak botol susu tu, tuang dalam gelas dan minum..guest whatt??Nak tersembur balik tau time minum tu sebab MASAM sangat..rupa-rupanya,salah beli..tu bukan fresh milk tapi air yogurt yang macam nestle bliss tu..uwaaaa..sedih giler rase.. :( 

Ku sangkakan fresh milk..tapi....hurmmm..
padahal die dh tulis kat situ "nomu yo-guruto"..maksudnya minuman yogurt..
tapi tak perasan pun..huhu

Tapi, tak kira..nak jugak buat puding roti..

Dan tadaaaa...

Sebelum dikukus


Selepas dikukus dan ready untuk dimakan..


Walaupun salah bahan, tapi menjadi jugak puding roti saya..haha..sedappp..
 
Tinggal ni je lagi..sempat ke tak ntah nk simpan breakfast esk ni..

Resepi puding roti
1 keping roti
1 biji telur
1 sudu kecil marjerin
Gula (depends pada anda..sy guna banyak sbb nak cover rasa masam air yogurt tu..)
Air yogurt/fresh milk

- Roti direndam dengan air yogurt secukupnya sehingga kembang..
- Pukul telur dan gula menggunakan hand mixer comel seperti di atas..
- Masukkan marjerin kedalam campuran telur dan gula dan pukul lagi..
- Tuangkan campuran telur ke dalam roti yang telah kembang tadi..
- Gaul sebati dan boleh la nak tabur pape yang disukai (kismis,coklat chips, buah-buahan)..
- Kukus sehingga masak..

Saya guna pisang untuk tabur kat atas tu..sedap sebab saya memang suka pisang..tapi pisang kan die cepat bertukar jadi kaler hitam-hitam tu..oxidize ke ape ntah orang panggil..tapi ade aku kisah?asal makan sedap belasah je..haha :D

Till then, bye.. :-)

Wednesday, 4 September 2013

Scrambled eggs


Ni menu breakfast weekend haritu..tetiba tekak ni mintak nak breakfast ala-ala american style..so, kite layankan aje la kan..haha..

bukan susah sangat pun..sandwich sardin..scrambled eggs..dan sosej..laksa tu ade orang bagi..haha

bila makan scrambled egg ni, teringat sangat-sangat kenangan time duk hostel dulu-dulu..saya suka sangat scrambled eggs dekat dewan selera tu..haha..


Ni nak share skali resepi untuk scrambled eggs tu..sonang ajor..hehe

SCRAMBLED EGGS

5 biji telur ayam
sedikit carrot (dipotong dadu)
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
marjerin

1) Pecahkan telur..masukkan serbuk lada hitam dan garam..
2) Cairkan marjerin..gorengkan carrot sehingga separuh masak..
3) Masukkan carrot ke dalam telur tadi dan kacau sedikit..
4) Cairkan sedikit marjerin lagi di dalam kuali dan tuangkan campuran telur dan carrot td..
5) Kacau sehingga telur masak dan berketul-ketul..jangan sampai telur tu kering sangat tau..biar lembap-lembap basah gitu..
6) Siap dan sedia untuk dimakan..

Selamat mencuba ye kawan-kawan..hehe.. :-) 

Friday, 8 March 2013

Puding Triffle


Hai hai hai...lama nye kita tak bersua kan..maaf kalau ada yang rindu..*perasan*..haha

walaupun dh lama tak bersua, tapi still tak ada ape yang berubah pun..masih di UTM tercinta..masih meneruskan pengajian di sini..dan paling penting, masih single mingle..muahahahaha :D

tapi masuk sem 2 ni semakin busy..tak sempat nak ber'blog'..blogwalking pun dah jarang..

hari ni tak tau kenapa..tapi rasa rindu sangat nak menulis.. :)

tak tau pun nak tulis pasal ape sebenarnya..

kebetulan semalam buat puding triffle ni..so, kali ni saya nak share resipi puding triffle yg sedap tapi cara nak buat nye sesenang ABC ni ngan kawan-kawan semua..sharing is caring la katakan..hihi


Puding Triffle

okey, jom kita tengok resipi dan cara-caranya..

BAHAN-BAHAN
1 kek gulung
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair
1 tin air 
3 sudu besar penuh tepung kastard
2 sudu besar gula
1 paket agar-agar NONA (original)
400 ml air (untuk masak agar-agar) 

CARA-CARA

1) Potong kek gulung dan susun dalam bekas.
2) Lembabkan kek dengan sedikit air fruit cocktail.
3) Satukan susu cair, 1 tin air dan tepung kastard di dalam periuk. kacau hingga tepung kastard larut dan tidak berketul.  Masukkan 2 sudu gula dan 3 sudu besar air fruit cocktail.  Masak di atas api yang perlahan.  Kacau sehingga bancuhan ini menjadi pekat dan berkilat.
4) Curahkan bancuhan ini ke atas kek gulung tadi.
5) Sementara kastard masih belum keras, susun buah-buahan cocktail di atas nya mengikut kreativiti anda.
6) Untuk lapisan yang paling atas, masakkan agar-agar NONA mengikut arahan seperti dibelakang pek.  Masukkan 3 sudu besar air cocktail ke dalam bancuhan ini.
7) Biarkan sejuk lebih kurang seminit dan curahkan agar-agar ini ke atas kastard yang dah disusun dengan buah-buahan tadi.
8) Sejukkan dan masukkan ke dalam fridge..tadaaa...sedia untuk dimakan.. :)

Sebelum dipotong..

Setelah dipotong.. :)

Selamat mencuba kawan-kawan.. :)