Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Saturday, 31 January 2015

Semoga dalam lindungan Allah S.W.T.




Keje baik-baik ye..

Semoga Allah berkati rezeki yang dicari tu..

Insya Allah..

Thursday, 27 November 2014

Ohh handset ku! :(


Salam semua.

Dua hari lepas, Allah bagi ujian sikit pada hambaNya yang terleka ni.

Handphone S3 yang disayangi rosak. Cara dia rosak sangat la membuatkan diri ni rasa terkilan.

Pagi tu buat lab.  Dah pakai labcoat semua macam biasa handset S3 tu letak kat poket kanan dan handset yg satu lagi kat poket kiri.

Tengah duk buat eksperimen tu, tak tau la macam mana tangan tersangkut dengan wayar pH meter.  Time tu tangan tengah pegang bikar yang ada sulphuric acid.  Makanya tumpahlah acid tu terkena la kat tangan, labcoat dan kain sampai lah kaki yang sebelah kanan.

Dan bila tersedar yang dalam poket kanan tu ada handset S3 tu perasaannya.... Masya Allah.... Nak menangissss.. huhuhu

Cepat-cepat la amik tisu lap semua.  Try on tapi semua dah terlambat.  Dah tak boleh on dah handset tu.

Dah try jemur kat tempat panas.  Dah try keringkan dengan hairdryer.  Tapi buat masa sekarang tak berhasil lagi.

Rasa-rasanya kena hantar kedai jugak kot baiki.  Tapi tak tau la boleh dibaiki lagi ke tak.  Uwaaa.. Sedihnya.

Buat masa sekarang pakai no yg 013 tu je la satu. Takde wasap, takde internet.  Tak tau la bila nak hantar kedai baiki sebab nye duit takde.. haha.  Baru je lepas hantar format dan servis laptop pada hari yg sama handset tu rosak.  RM70 dah melayang untuk laptop.  So, nak baiki handset tu kena hold dlu la.

Semoga dapat diselamatkan lagi...

Ermm.. Tapi benda dah berlaku kan.  Dah tak boleh nak buat apa dah. Insya Allah ada hikmah disebalik semua ni. :)

Till then, bye.


Thursday, 20 November 2014

Kasihku Abadi



Sungguh kena lirik ni dengan rasa hati sekarang!

Semoga Allah mudahkan..

Semoga Allah kabulkan..

Semoga Allah redha..

Insya Allah..

Aamin..

Monday, 3 November 2014

Konvokesyen UTM yang ke 53


Assalamualaikum..

It had been a longggg time since my last entry..  Super busy.. haha.. Tiap-tiap minggu ada je aktiviti.. Macam dah lama tak duk sesaje melangut kat bilik during weekend.. huhu..

Sekarang ni kat UTM tengah musim konvo.. Konvokesyen yang ke 53 dah.. Semoga time Konvokesyen yang ke 54 atau 55 nanti nama aku adalah salah sorang yang tersenarai dalam list penerima ijazah tu.. Aamiin.. Insya Allah..


Kak Saadiah.. Geng lab.. Kami bawah supervisor yang sama..

Azack.. Geng dr time degree lagi.. Tahniah dh konvo master!

Del.. Kawan anis.. Last2 jadi satu geng dgn kitaorg jugak.. Arkitek ni tau!

Sayu je hati bila tengok orang lain dah habis study dan dah konvo.. Diri sendiri ni dah sem 5 dah ni.. Tak tau lagi bila nak habisnya.. Tapi takpe la.. Jangan pernah berputus asa dan menyesal dengan jalan yang kita pilih.. Jangan pernah mengeluh dengan apa yang terjadi dalam hidup kita.  Yakin lah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya..  Allah swt Maha Berkuasa dan Maha Adil terhadap hambaNya.. Teruskan berusaha.. Insya Allah kita semua boleh berjaya.. :)

Wednesday, 21 May 2014

Semangat baru


Salam..

Lama tak menulis. Last adalah cerita di musim autumn. Sekarang dah 3/4 musim spring. Dan rasanya cerita-cerita kenangan sewaktu di Jepun tak akan tertulis lagi di sini. Tapi doa-doakan la semoga akan ada kerana saya rasa ruginya kalau tak dapat nak abadikan pengalaman-pengalaman tu semua kat dalam blog ni. Huhu.

Saya dah pulang ke Malaysia pada 31  March 2014 yang lalu. 1 April Alhamdulillah sampai di Kota Bharu. Dan 5 April pula selamat kembali ke UTM semula. Maksudnya dh sebulan setengah la saya start study balik. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Semoga saya dapat habiskan master saya ini dengan jayanya insya Allah. Aamiin.

Walau baru sebulan setengah balik UTM, tapi dah banyak yang saya buat dan yang terjadi. Antaranya :

- BBQ di Air Terjun Pulai dengan kawan-kawan
- Trip ke Universal Studio Singapore
- Trip Melaka dengan kawan-kawan satu lab
- Uruskan program fakulti (EndNote & Turn-it-in)
- Attend conference di UTM KL (IRCIL-2014)

Selepas balik dari Jepun tak tahu kenapa tapi semacam ada rasa dan semangat baru dalam diri. Rasa lebih menghargai status sebagai seorang pelajar dan juga status 'single'. Rasa macam rugi sangat sebab dah sia-siakan masa setahun master yang sebelum pergi Jepun tu. Sia-siakan tu adalah dalam konteks hanya mengfokuskan hidup dengan ulang-alik pergi lab tanpa aktiviti lain. Tak ada aktiviti kerohanian (majlis-majlis ilmu & agama), tak ada aktiviti berpersatuan dan lain-lain. Bagi saya, menjadi seorang pelajar ni kita perlu jadi pelajar yang versatile, yang ada nilai tambah, yang ada kelebihan berbanding pelajar-pelajar lain. Makanya, dari kesedaran ni saya mengambil keputusan untuk terlibat dalam Post-Graduate Student Society  (PGSS) FKK.  Semoga ianya dapat memberi manfaat insya Allah.  Dan semoga sy lebih rajin untuk menghadiri majlis-majlis ilmu selepas ni.

Dayah.. Muda 4 tahun dari saya.
Beruntung dia dapat peluang study degree kat Jepun.

Dalam konteks menghargai status 'single' pula, sy tersedar yang sy perlu grab sebanyak mungkin peluang yang ada untuk enjoy my single life. Sepanjang di Jepun, sy berkenalan dengan ramai orang-orang yang berjaya dan hebat-hebat belaka. Ada yang dah berkahwin, dah ada anak, dan ada juga yang dah bercucu. Dari pengalaman-pengalaman yang mereka kongsi, memberikan saya satu rasa yang saya perlu menggunakan masa yang saya ada sebelum berkahwin ini dengan lebih bermanfaat. Perlu mempersiapkan diri dengan ilmu perkahwinan dan keibubapaan sebelum memasuki gerbang perkahwinan itu. Perlu mempersiapkan diri dengan sifat sabar yang tinggi (sangat penting sbb sy kan garang orangnya nnt kesian suami dan anak-anak sy).  Selain itu, saya nak enjoy my life dengan beraktiviti bersama kawan-kawan dan keluarga tercinta. Selepas berkahwin, semestinya la keutamaan seorang isteri adalah suami dan anak-anaknya.  Kawan-kawan dah tak tahu berada nombor berapa dalam list time tu kan.  So, selagi boleh spend time dengan kawan-kawan ni sy nak buat macam-macam aktiviti dengan mereka. Travel, backpacking, picnic, bbq, makan-makan, masak-masak, menjahit dan semua la saya nak buat. Saya pasti kenangan bersama kawan-kawan ni sangat berharga dan manis untuk dikenang sepanjang masa.

Acik Su @ Dr Suhaidah (bertudung hitam sebelah saya).
Anaknya 11 orang dan sudah bercucu.
Saya sangat kagum dengan dia. Hebat orangnya.

Antara gambar bunga Sakura yang sempat di 'snap' sebelum balik haritu

Erm, rasanya cukup la bebelan saya untuk kali ni kan. Panjang sangat dah ni. Hehe. Insya Allah kita jumpa lagi di next entry. :)

Tuesday, 12 November 2013

Random post 3 :)


Assalamualaikum..


Gedebukkk kena kat batang hidung sendiri..

Hurmm..

Berapa ramai lelaki yang cuba mendekati aku?
- 1, 2, 3, 4...rahsiaa..hehe

Berapa ramai yang aku katakan "Saya minta maaf bla bla bla...."?
- 1, 2, 3, 4..rahsiaa jugak..hehe

Berapa kali aku solat istikharah dalam hal ni?
- Sejujurnya, diri ini tak pernah solat istikharah berkenaan hal ni.. ;(

Berapa kali khatam al-Quran?
- Biarlah rahsia..huhu

Berusaha menutup aurat?
- Masih merangkak and I'm trying hard on this..Semoga aku istiqamah..Doakan!

Berapa kuat aku berusaha menolak nafsu dan perasaan sendiri demi menjaga diri dan cinta hanya untuk yang halal?
- Yang ni juga masih berusaha sekuat mungkin..tapi kadang kala tewas juga..sesungguhnya amat berat untuk menjaga batas pergaulan ni terutama bab chatting di fb dan whatsapp..Tapi whatsapp dah terkawal sebab kat sini tak boleh nak online kat phone sangat..

Bila tengok semua ni nampak la yang diri ni sebenarnya tak bersedia lagi untuk memikul tanggungjawab yang besar tu..mungkin sebab tu Allah tak izinkan lagi untuk aku bertemu dengan jodoh aku..

So, Shahirah..Silalah berubah..Silalah perbaiki diri..Bukan untuk bertemu dengan jodoh tapi yang paling utama adalah untuk meraih redha Illahi..Doakan diri ini ya wahai sahabat sekalian.. :-)

Saturday, 14 September 2013

Miss SA


Tertarik dengan kata-kata ni..

Dan saya tujukan khas ianya kepada that one person..

"Cinta dalam diam begitu menyakitkan tapi apakan daya aku hanyalah 
Miss Secret Admirer.."

gambar dari en google

Yang setia menunggumu,
-saya-             
  

Wednesday, 4 September 2013

uwaaaa...


About 2 weeks left..and i'm so stress out with all the things..uwaaaaaaaa...

Paling merunsingkan adalah berkenaan ICoST 2013..seriously, rasa nak tarik diri..rasa cam tak sempat dan kalut sangat nak prepare semua benda..Paper untuk conference tu tak start buat lagi..Experiment pun tak siap lagi..Analysis pun tak tau lagi nak buat kat mana..uwaaaa...camne ni?? :( Registration fee dah bayar..kalau tarik diri rugi la RM600 fee yang dah dibayar tu..huhu


Pasal pinjaman MARA pun menyerabutkan kepala jugak..pening kepala fikir nak tangguhkan atau nak teruskan pinjaman tu..kenapa la orang-orang dekat pejabat mara ni susah sangat nak dihubungi??nak isi borang untuk sambung pinjaman tu pun banyak benda jugak nak kene buat..entah sempat ke idok tak tau la..huhu.. :(


Barang-barang pun tak siap packing lagi ni..kalau ICoST tu dh start, tak sempat dah nak uruskan pasal packing2 barang ni..so, kene siap packing sebelum 19hb ni la..tapinya, barang-barang pun banyak lagi yang tak beli..camne nak start packing nye kan..uwaaaa...sedih-sedih.. :(

So, kesan dari semua benda-benda ni, saya jadik stress..serabut..geram..mudah marah..mudah bad mood..mudah nangis..

Touch me and you die! haha..

so, tolong laa..at least sehingga 23hb ni, jangan la carik masalah dengan saya..jangan la pm2 dkt fb mesej macam-macam..please jangan nak masuk campur sangat dengan hal-hal peribadi saya..sekali awak mesej sy tak reply, paham-paham la..tak payah tunggu sampai saya blocked fb baru nak sedar kan..pastu mesej marah-marah orang plak..awak yang mulakan, then you deserve it..bila sampai sy blocked2 orang tu maksudnye i'm on my limit..


Dan sekian sahaja bebelan saya untuk kali ini..haha :D

Thursday, 14 March 2013

Random post :)


Di pagi hari yang tenang, tibe2 terbaca artikel ni plak..
- Dugaan Hawa Melamar Adam -




Menawarkan diri atau melamar lelaki yang SOLEH adalah tindakan terpuji lagi mulia, bahkan kalau tidak diterima sekalipun anda tidak perlu bersedih kerana itu petanda besarnya jiwa dan hebatnya cinta anda kepada agama.

Jika belum ada rezeki, teruslah ambil yang positif dari tempoh masa 'menunggu' yang diberikan Allah kepada anda.

Boleh jadi Allah mahu anugerahkan sesuatu kepada anda dalam tempoh tersebut.  Boleh jadi juga Allah mahu elakkan sesuatu bencana atau musibah dari anda jika berkahwin dengan orang tersevut.  Percaturan Allah sentiasa rahsia, dan tanggungjawab kita adalah untuk sentiasa berbaik sangka.

Lelaki ditolak oleh wanita, wanita ditolak oleh lelaki, kedua-duanya ada duka.

Namun motivasi diri siapa yang lebih tinggi, merekalah yang akan lebih dulu merasa bahagia!


Perancangan Allah adalah perancangan yang paling hebat. Sentiasalah kita berlapang dada menerima segala dugaan yang mendatang..dan paling penting, redha dengan segala ketentuan setelah kita berusaha sehabis mungkin..Mari jadi lebih bermotivasi agar lebih cepat merasa bahagia itu! :))

Tuesday, 12 March 2013

Ikhlas


Assalamualaikum.. :)



Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya. Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan. Semua ini tak mudah. Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan aku?  Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana?
seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita. Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”. Ya, ikhlas lah. Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini. Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan. Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini.
Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita. Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita? Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya? Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”.
- dipetik dari artikel ini -



di akhir artikel di atas, ada diselitkan dengan maksud ayat Surah At-Talaq ini..banyak kelebihan ayat ini..marilah kita beramal dengannya..insya Allah..
boleh klik di sini untuk membaca antara kelebihan-kelebihan ayat Seribu Dinar ni..

So, word of the day untuk hari ini adalah IKHLAS.. :)


Friday, 1 February 2013

Bercinta sebelum kahwin?



Saya yakin, kita semua bersetuju cinta adalah haram, berdosa, apabila mengganggu ibadah dan kehidupan.
Adakah kita harus memadamkan terus perasaan cinta? Tidak.
........
Bagaimanapun, perasaan cinta digerakkan ke arah perkahwinan.  Berusaha secara serius mempersiapkan diri.  Berusaha menyegerakan perkahwinan dengan berusaha menyegerakan pemantapan peribadi.  Berusaha mencapai mampu.  Berusaha menggapai matang.  Itu adalah bukti cinta.
........
Saya sentiasa percaya yang cinta sebelum kahwin itu halal dan ada.
Batasnya adalah ia mesti membawa ke syurga dan apa-apa yang membawa ke neraka itu bukan dinamakan cinta.
-hilal asyraf-sebelum aku bernikah-

Apakah terlarang bercinta sebelum kahwin?
Jom baca kat sini untuk lebih kefahaman..klik SINI ye.. :')

Thursday, 24 January 2013

mawar berduri


Jadilah mawar berduri
















"orang perempuan tu depend pada dia nak berkawan seberapa ramai..
by chance akan ada la salah sorang dari ramai-ramai tu yang minat kat dia..
tapi orang lelaki biasanya cari perempuan yang tak sosial sangat..so pandai-pandai la.."

a nice advice and reminder from a friend of mine..
laju-laju check balik diri sendiri..
hurmmm..
where did I stand?
sama-sama muhasabah diri balik..

Wednesday, 23 January 2013

5 minit


Seandainya cinta ini bisa membahagiakan
pastinya dunia ini akan ku miliki
walau ku tidak mampu untuk meluahkan
harapan cintaku ada dihatimu

seharusnya aku dapat diberi peluang
untuk menyayangimu sepenuh hati
mungkinkah kau kan terima ku seadanya
kerna ku belum tahu kau mencintaiku



Siang malam ku menunggu
kau buat ku huru hara

Oh sayang kini engkau perlu tahu
ku tak ingin menjadi pemuja rahsia
mencintaimu satu saat yang bermakna
ku menanti lafaz cinta tiga kata

Andai kau sang pencinta wanita
kau pasti kan dapat melihat aku di mata mu
jujurnya adakah kau sudah berpunya
membiarkan hatiku dalam dilemma



Tiba waktu saat ku nanti akhirnya pasti
kau lafazkan cinta seribu pengertian
lima minit yang ku tunggu saat bermakna
kau kini menjadi milikku selamanya

Antara bintang-bintang
di kau saja yang berkilauan
ku sentiasa di awan nano nano

Wrong Secret Admirer Rage

-dipetik dari lirik lagu 5 minit-
-gambar dari en. google-
-and if only I can dedicated this song-

Friday, 11 January 2013

Bersama kesulitan, ada kemudahan..


Sekiranya kita ditolak, 
kemudian Allah datangkan pula orang lain, 
tandanya orang itu adalah yang terbaik..

Sekiranya kita diuji,
tandanya ujian itu adalah yang terbaik untuk kita..


Kita tidak tahu.. 
Namun, Allah Maha Tahu..

Allah menyatakan dalam surah al-Baqarah, ayat 216,

"Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu adalah perkara yang kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 

Bersangka baik kepada Allah. Apa yang Dia beri, itu yang terbaik buat kita sebagai insan..
-Hilal Asyraf-Sebelum Aku Bernikah-


So, be chill!
I'm greatful with my life now...
terima kasih Allah atas segala yang Engkau berikan kepada aku selama ini..
terima kasih untuk keluarga, sahabat dan rezeki yang Engkau kurniakan kepada aku..
Alhamdulillah.. :)

Tuesday, 1 January 2013

Welcome 2013



sudah menginjak ke tahun baru 2013..semoga segala nya bertambah baik dari sebelum nya..semoga keimanan kita juga dapat ditingkatkan..

harapan 2013?sangat banyak..

paling utama semestinya untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik..lebih baik bagaimana?biar lah Dia dan daku sahaja yang tahu..

kedua..semoga aku dapat mengharungi dugaan dunia research ini dengan penuh ketabahan..diberi kekuatan luar biasa untuk bertahan dan menamatkan pengajian dengan jayanya..berdoa juga supaya dapat dihabiskan dalam lingkungan masa setahun setengah..

ketiga..urm,something yang agak nampak macam gatal..haha..biasa laa bila umur sudah menginjak 23 tahun..sahabat2 kiri dan kanan juga sudah memulakan fasa kehidupan baru..hati ini juga terdetik untuk merasai saat itu..dan daku berdoa semoga dipertemukan dengan insan yang akan menemani hidupku ini dunia akhirat..

papepun, kita hanya hamba yang mampu merancang sahaja..berusahalah sehabis daya..kemudian serahkan kebergantungan kita pada yang Maha Esa..

"Put your utmost trust in Allah and seek for his guidance..Remember that Allah is the best planner.."


Semoga 2013 membawa keberkatan buat saya dan anda semua..insya Allah.. :)


Tuesday, 11 December 2012

Istikharah cinta



Tibe-tibe playlist lagu tadi play lagu ni..dah hampir setahun dah aku tau kewujudan lagu ni..tapi dah tak ingat camna aku blh tau pasal lagu ni..rasa2 nye sebab terbaca kat notes salah seorang kawan kat facebook..but i'm not very sure..huhu




Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta
 beskan lirik dia..penuh bermakna..

notakaki:
-pada aku, bukan senang nak buat keputusan untuk mendirikan masjid..bukan senang jgk untuk seseorang tu buat keputusan untuk terima si dia menjadi teman hidup..it is a very big decision in life kan..sebab tu istikharah ni salah satu perkara yang penting untuk diamalkan..
-sangat belum bersedia lagi untuk membuat keputusan itu..maaf pada semua pihak yang terlibat..

Monday, 3 December 2012

Wake up shahirah!


Assalamualaikum semua.. :)

Hari ni pagi-pagi lagi saya dah pegi jumpa my sv..sebab hari rabu ritu Dr dah pesan nak saya jumpa beliau hari ni..so, start hari rabu tu saya dah duadapdupdap laa..hehe..dupdapdupdap pun, hari ahad tu baru start study betul-betul and prepare ape2 yang perlu..haha..tapi semalam kul 2.30pagi baru tidur..pastu pagi tadi pun bangun awal..semata-mata nak prepare betul2 tu laa..

so, kul 10 tadi saya pun muncul la kat bilik Dr..tung tang tung tang tung tang discuss ngan Dr, sampai laa conclusion nya and kitaorang decide laa ape2 yang perlu..

and guess what?

sebelum saya keluar bilik Dr tu Dr cakap GOOD....!saya sangat sangat sangat happy laa...rase nak senyum sampai ke telinga time tu jugak...bukan sekali je tau Dr cakap good tu..TIGA kaliiii...haaa, sape tak hepi kan bila kerja yang kita buat tu dihargai.. :))



Nak tau ape rahsia kejayaan hari ni??hee..meh saya share..

sebenarnya last week sy tersangat laa down..banyak sangat masalah..pertamanya, mesin grinder yang saya nak guna tu rosak..pastu, nak jumpa Dr tapi takut sebab tak siapkan task yang Dr bagi..progress pun tak de nak tunjuk kat Dr..time tu plak ade masalah skit dgn sponsor..semua tu mix up and sy sangat stress fikir pasal masalah-masalah ni..Last-last call mak menangis giler-giler tersedu-sedan..buat malu sajor dah besar panjang nangis sebab benda-benda kecil camni ni..haha..tapi ni laa saya..saya akan menangis bila saya terlampau takut dan risau.. ;(

Dalam takut tu, saya tetap jumpa jgk dengan my sv hari rabu lepas..okey je sebenar nya time jumpa tu..sy je yang takut melebih nya..haha..ape daa..

Disebabkan tak nak dah benda yang sama berulang, so saya amik laa pengajaran dari semua tu..lepas jumpa Dr tu, saya tekad yang saya akan try my best untuk fulfill apa yang Dr suruh saya buat lepas ni..apa je task yang Dr suruh, saya akan try buat sehabis baik and berusaha untuk siapkan sebelum deadline nya..Dan, alhamdulillah...berhasil...

So, moral of the story sila prepare betul-betul sebelum nak jumpa sv..dan kita kena yakin yang kita boleh buat kerja tu..jangan mudah cakap tak boleh..kalau sv set the date suruh anta pape, try our best untuk siapkan dan anta kerja-kerja tu on that date..sentiasa berfikiran positif..dan jangan mengelak atau segan nak jumpa dengan sv kita..mak cakap, anggap laa Dr tu macam mak jugak..walaupun mak marah ke ape ke, mak tetap sayang kita..same goes to Dr..kalau Dr tegur apa-apa, terima dengan positif.. :))


sekian bebelan untuk hari ni..till we meet again ya! :)

Friday, 30 November 2012

Sedih




sangat berkecil hati dengan orang-orang di sekeliling waktu ini...berkecil hati sampai menangis sendiri..tak mampu di tahan rasa sedih tu..Ya Allah, kenapa?

try google2..mana la tahu kot2 terjumpa apa2 yang boleh mengubat rasa itu..

dan terjumpa ayat di bawah....


tersentak...terima kasih ya Allah kerana memberi aku peringatan...

mungkin saya bukan sahabat yang baik..ya..saya mengaku..


maaf atas segala keterlanjuran bicara ku selama perkenalan kita..maaf..maaf..dan maaf... :(

notakaki:sangat merindui sahabat2 ku yang dulu..i need you so much now...

Saturday, 10 November 2012

aku terima nikahnya



Kadangkala orang yang menyintaimu
adalah orang yang tak pernah menyatakan
cintanya padamu...
Kerana orang itu takut kau berpaling
dan menjauhinya...
Dan bila di suatu masa dia hilang dari
pandanganmu...
Kau akan menyedari dia adalah cinta
yang tidak pernah kau sedari...