Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Wednesday, 9 September 2015

Hutan Lipur Gunung Belumut


5 September 2015

Plan yang agak tiba-tiba dengan labmates.  Alhamdulillah menjadi jugak.

Air terjun Gunung Belumut ni terletak di Kluang. Kalau dari UTM ni dalam 2 jam jugak la drive.

Bayaran masuk adalah RM2 seorang dan RM2 untuk parking kereta. Dan toilet adalah 50sen setiap kali masuk.. Haha

Sebelum gerak dari UTM

Ni sebelum mula trekking

Ada jambatan gantung kat sana

Dah jumpa port yang sesuai untuk picnic

Lepas makan terus mandi

Main susun2 batu jangan bagi jatuh









Mencabar jugak sebenarnya picnic kami kali ni.  Macam-macam haiwan kitaorang jumpa. Mula-mula sampai tu tetiba ternampak babi hutan.  Time tu kitaorang tengah breakfast.  Risau takut dia datang dekat tapi nasib baik la tak.  Huhu..

Tengah-tengah berendam pulak jumpa katak.  Terus rasa geli geleman nak berendam sebab aku memang anti dengan katak. Geliiii.. T_T

Lepas tu paling kelakar tetiba datang seekor babun mengganggu ketenteraman kami.  Dah la time tu tengah syok duk selfie.  Memula datang babun tu amik ais kitaorang satu plastik.  Kitaorang dah lega dah sebab takpe la just ais kan..  Tetiba babun tu datang balik amik plastik lain plak.  Kali ni plastik tu ada roti.  Habis la sebungkus roti kitaorang.  Tak sempat pun kitaorang nak makan roti tu. Huhu.. Tapi nasib baik jugak la dia tak amik barang-barang lain.  Lepas babun tu pegi kitaorang terus naik dan kemas-kemas barang dan terus balik.  Sebabnya takut babun tu datang lagi.. Haha

Babun tengah mencuri.. Haha

Sebelum balik kitaorang sempat singgah minum petang kat Kluang RailCoffee ni. Kedai ni sangat famous dengan menu roti bakarnya.  Roti nya simple je.. Just roti bakar disapu dengan butter atau margerine dan kaya.  Tapi sedappp.. Roti dia sangat lembut dan garing.


Roti bakar yang sedap

Kitaorang gerak balik dalam pukul 5 petang dan sampai UTM dalam pukul 7.  Penat.. Tapi besttt..  Terima kasih kawan-kawan for this nice trip.. :)

Monday, 13 April 2015

Pots n Pans Kafe, Johor Bahru


Hye..

Cafe hunting lagi semalam..



Kali ni ke Pots n Pans Cafe.. Lokasinya adalah di Johor Bahru.  Berdekatan dengan Suria City Hotel dan Grand Blue Wave Hotel..

Kalau tak tahu jalan, boleh waze..  Search je Pots n Pans Johor Bahru.. Insya Allah jumpa..

Jom layan gambar dulu jom.. :)

Spagetti bolognese (RM6.00)

Sizzling Lamb Chop (RM17.00)

Sizzling Chicken Chop (RM16.00)

Carbonara Pasta (RM6.00)
Strawberry milkshake


Brownies with Ice Cream (RM6.00)




Overall, bagi saya makanan sini sedap! Spagetti carbonara yang RM6 tu memang sedap.. Portion dia cukup-cukup. Sangat sesuai untuk saya yang makan sedang-sedang ni.. Brownies dia pun sangat sedap.. Sizzling chicken dan lamb chop pun sedap.. Semua sedap la senang! Hihi..

Ni alamat cafe ni ye kalau ada yang mencari :

Pots & Pans Cafe
No 15, Jalan Bukit Meldrum,
80300 Johor Bahru,
Johor.

*Sorry ada gambar makanan yang tak ada harga sebab saya lupa dah harganya.. Hihi

Wednesday, 5 November 2014

Big Food Cafe


Assalamualaikum semua.

Alkisahnya semalam keluar makan2 dengan kawan. Sempena meraikan salah seorang kawan kitaorang yang baru konvo.  Ada yang bagi cadangan nak makan kat Big Food Cafe ni.  So, saya yang tak tau Big Food Cafe ni macam mana setuju je la.. Hihi..

So, lepas maghrib tu kitaorang pun gerak la ke sana.. Big Food ni terletak di Taman Nong Chik, Johor Bahru.  Cafe ni baru jugak la dibukanya.  Dia dua tingkat so boleh pilih nak duk bawah ke atas.  Deko cafe ni bagi saya biasa-biasa je.  Takde la gempak atau cantik sangat.  Tapi okey la kalau nak makan2 dengan kawan atau nge'date' kan.. Hehe

BigFood Cafe (gambar dari SINI)

Menu (gambar dari SINI)

Bagi saya harga makanan kat sini agak mahal la.. maklum la student lagi kan.. kedek sikit.. haha.. tapi makanan dia dalam portion yang agak besar..  so okey la kot dengan harga dia tu..

Semalam saya order spaghetti meatball bolognese.. Kawan ada jugak yang order spaghetti meatball cabonara.  Pastu ada yang order chicken chop dan nasi goreng jugak.. semua makanan dia sedap la.. licin je kitaorang makan semua walau pun in large portion.. haha..

Spaghetti meatball bolognese

Nampak tak besarnya portion dia tu? Haha

Geng dinner semalam.. Tengok la pinggan kitaorang licin semua.. Hihi

So, kesimpulannya Big Food Cafe ni okey la kalau nak makan-makan sekali sekala dengan kawan atau family.  Tempat dia selesa dan makanan pun ada western dan nasi jugak. Kek2 pun ada as dessert kalau nak.  Tapi kalau saya prefer Monster Cafe yang kat Bukit Indah tu lagi kot berbanding BigFood Cafe ni.  Sebab nya harga makanan kat 2 cafe ni lebih kurang je tapi deko dan suasana Monster Cafe lagi menarik dan hiasan makanan2 dia pun lagi cantik. Hehe

Oh, ye.. Ni full address cafe kalau korang nak pegi ya.

BigFood Cafe
Jalan Kolam Air 1, Taman Nong Chik, Johor Bahru.

Till then, bye.. :)