Showing posts with label Conference. Show all posts
Showing posts with label Conference. Show all posts

Wednesday, 21 May 2014

Semangat baru


Salam..

Lama tak menulis. Last adalah cerita di musim autumn. Sekarang dah 3/4 musim spring. Dan rasanya cerita-cerita kenangan sewaktu di Jepun tak akan tertulis lagi di sini. Tapi doa-doakan la semoga akan ada kerana saya rasa ruginya kalau tak dapat nak abadikan pengalaman-pengalaman tu semua kat dalam blog ni. Huhu.

Saya dah pulang ke Malaysia pada 31  March 2014 yang lalu. 1 April Alhamdulillah sampai di Kota Bharu. Dan 5 April pula selamat kembali ke UTM semula. Maksudnya dh sebulan setengah la saya start study balik. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Semoga saya dapat habiskan master saya ini dengan jayanya insya Allah. Aamiin.

Walau baru sebulan setengah balik UTM, tapi dah banyak yang saya buat dan yang terjadi. Antaranya :

- BBQ di Air Terjun Pulai dengan kawan-kawan
- Trip ke Universal Studio Singapore
- Trip Melaka dengan kawan-kawan satu lab
- Uruskan program fakulti (EndNote & Turn-it-in)
- Attend conference di UTM KL (IRCIL-2014)

Selepas balik dari Jepun tak tahu kenapa tapi semacam ada rasa dan semangat baru dalam diri. Rasa lebih menghargai status sebagai seorang pelajar dan juga status 'single'. Rasa macam rugi sangat sebab dah sia-siakan masa setahun master yang sebelum pergi Jepun tu. Sia-siakan tu adalah dalam konteks hanya mengfokuskan hidup dengan ulang-alik pergi lab tanpa aktiviti lain. Tak ada aktiviti kerohanian (majlis-majlis ilmu & agama), tak ada aktiviti berpersatuan dan lain-lain. Bagi saya, menjadi seorang pelajar ni kita perlu jadi pelajar yang versatile, yang ada nilai tambah, yang ada kelebihan berbanding pelajar-pelajar lain. Makanya, dari kesedaran ni saya mengambil keputusan untuk terlibat dalam Post-Graduate Student Society  (PGSS) FKK.  Semoga ianya dapat memberi manfaat insya Allah.  Dan semoga sy lebih rajin untuk menghadiri majlis-majlis ilmu selepas ni.

Dayah.. Muda 4 tahun dari saya.
Beruntung dia dapat peluang study degree kat Jepun.

Dalam konteks menghargai status 'single' pula, sy tersedar yang sy perlu grab sebanyak mungkin peluang yang ada untuk enjoy my single life. Sepanjang di Jepun, sy berkenalan dengan ramai orang-orang yang berjaya dan hebat-hebat belaka. Ada yang dah berkahwin, dah ada anak, dan ada juga yang dah bercucu. Dari pengalaman-pengalaman yang mereka kongsi, memberikan saya satu rasa yang saya perlu menggunakan masa yang saya ada sebelum berkahwin ini dengan lebih bermanfaat. Perlu mempersiapkan diri dengan ilmu perkahwinan dan keibubapaan sebelum memasuki gerbang perkahwinan itu. Perlu mempersiapkan diri dengan sifat sabar yang tinggi (sangat penting sbb sy kan garang orangnya nnt kesian suami dan anak-anak sy).  Selain itu, saya nak enjoy my life dengan beraktiviti bersama kawan-kawan dan keluarga tercinta. Selepas berkahwin, semestinya la keutamaan seorang isteri adalah suami dan anak-anaknya.  Kawan-kawan dah tak tahu berada nombor berapa dalam list time tu kan.  So, selagi boleh spend time dengan kawan-kawan ni sy nak buat macam-macam aktiviti dengan mereka. Travel, backpacking, picnic, bbq, makan-makan, masak-masak, menjahit dan semua la saya nak buat. Saya pasti kenangan bersama kawan-kawan ni sangat berharga dan manis untuk dikenang sepanjang masa.

Acik Su @ Dr Suhaidah (bertudung hitam sebelah saya).
Anaknya 11 orang dan sudah bercucu.
Saya sangat kagum dengan dia. Hebat orangnya.

Antara gambar bunga Sakura yang sempat di 'snap' sebelum balik haritu

Erm, rasanya cukup la bebelan saya untuk kali ni kan. Panjang sangat dah ni. Hehe. Insya Allah kita jumpa lagi di next entry. :)

Monday, 21 October 2013

ICoST 2013


Assalamualaikum..hari nak bercerita pasal conference yang saya join haritu..conference ni start 19 september 2013..beberapa hari sebelum saya datang ke Jepun..sebab tu la saya busy dan stress sangat hujung-hujung nak datang jepun tu..hehe..

untuk conference kali ni, semua nye saya buat last minute..huhu..paper dan slide semua siap hanya pada hari kejadian..sebelum present tu rehearsal sekali je kat bilik..tapi Alhamdulillah..semua nya okey2 je.. :)

Participant..

Ni sebelum present..tengah nervous tu..

with mardhiah..

 dan tiba laa masa yang ditunggu-tunggu..presentation time..fuhhh..ketaq lutut..

tengah present..

Present nye sekejap je..15 minit kot..lupa dah..lepas dah present and Q&A session tu, masya Allah..rasa legaaaa sangat2..rasa cam terangkat beban yang besar sangat..ringan terus rasa bahu ni..

lepas present tu terus dapat sijil ni..

bergambar bersama presenters lain dan lecturer serta profesor yang hebat2..
yang paling kanan adalah professor dari satu universiti di jepun..

muka lega lepas habis present.. :D

Ni adalah dayang-dayang saya haritu..kak saadiah dan mardhiah..terima kasih awak berdua-dua teman saya seharian haritu..at least xde la saya terkontang-kanting menahan debaran sorang-sorang..hehe

Kak Saadiah dan mardhiah..

 Malam nya semua peserta-peserta ICoST dijemput untuk menghadiri majlis makan malam..saya mesti la join kan..makan free kat hotel plak tu..haha

bergambar memang feveret kami.. :)

Gala dinner ICoST 2013


makanan kami..


dalam lif pun bolehhh..haha

Erm, rasanya ni je kot coretan untuk cerita ICoST 2013 saya..jumpa lagi di next entry ya! :-)