Showing posts with label heart. Show all posts
Showing posts with label heart. Show all posts

Friday, 12 June 2015

My E-Day Part 1 : The Overview


Assalamualaikum..

06.06.2015

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Syukur, Allah bagi aku peluang untuk merasai satu lagi nikmat dalam kehidupan ni.. Nikmat menjadi tunangan kepada orang yang dicintai..  Walaupun dah hampir seminggu berlalu, tapi suasana dan perasaan pada hari tersebut masih lagi tergambar dan terngiang-ngiang di hati.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku gembira dan bersyukur dengan kurniaan ini..

Majlisnya bagi aku sangat simple. Pelamin, gubahan hantaran, baju.. Semuanya simple saja. Tapi bagi aku tersangat cantik dah.  Alhamdulillah sangat dah dengan semua tu.  Mungkin sebab I'm just a simple person.  Tak suka yang jenis crowded sangat. Hehe..

Pelamin DIY sendiri
Hantaran dari pihak perempuan
Hantaran dari pihak lelaki
Sebelum sarung cincin
Sarung cincin
The crowds

Sedara mara daripada pihak lelaki

 

Terima kasih kawan-kawan yang sudi datang

Cukup la ni kan untuk part 1.. Hihi.. Dah berapa kali ntah duk ulang-ulang tengok gambar-gambar ni.. Ini lah Shahirah.. Insan yang susah nak move on.. Haha

Insya Allah ada peluang nak cerita pasal details yang aku buat untuk preparations majlis ni.. Mungkin boleh jadi panduan pada yang nak DIY dan berjimat untuk majlis masing-masing nanti..

Wednesday, 27 May 2015

Majlis Merisik


5/12/2014 (Jumaat)

Rentetan dari kisah NI sebenarnya.  Saja nak kenal-kenalkan antara dua family. Parents A bgtau nak datang jalan-jalan kenal rumah.  So kitaorang okey je la.. Tetiba mak A bagitau alang-alang datang tu terus merisik je la sebab benda sama je kan jalan-jalan kenal rumah and merisik tu..  So nanti tak yah la nak datang 2 3 kali kan.

Untuk majlis ni, aku tak prepare sangat sebab aku sampai rumah pagi khamis tu, sehari sebelum majlis. Tak sempat nak buat ape pun.  Tambah plak pagi khamis tu aku keluar ngedate jap kat KBMall.. Hihi

So malamnya baru start episod kekalutan aku kat dapur baking kek yang tak menjadi.. Haha.  Nasib baik pavlova jadi penyelamat.. :D

Untuk makan, mak tempah nasi dagang je.  Pastu goreng samosa sikit and buah sebagai pencuci mulut.



Cuba teka mana satu bakal mak mertua? Hihi




Ayah mertua? :)

Mereka datang tak ramai pun. Dalam 12 orang termasuk budak kecik 2 orang.  Dan takde pun acara sarung-sarung cincin tu. Mereka just bawak kain pasang je.  A pun tak datang sebab dia dah kena pegi keje petang khamis tu. Huhu

Pavlova kasih sayang untuk mereka

Dari mereka

Dari mereka

Dah jadi baju dah :)
Fuhh.. Dua stage dah lepas.. Banyak lagi yang mendatang ni.. Semoga segala perancangan yang dirancang dipermudahkan Allah insya Allah.. :)

Nota kaki ; 
Dah lama entry ni ditulis sebenarnya.. Tapi duk terperap dalam draft tak di publish sebab entah la.. Rasa segan nak publish.. Hihi

Sunday, 29 March 2015

Majlis bercukur


25/10/2014

Majlis bercukur anak buah yang ke empat.  Helmy Rakin Bin Ahmad Bustaman.



In memory sangat tarikh ni sebab A datang time majlis ni.  Kiranya ni first time la A jumpa mak, abah dan abang-abang aku. Neves dia tak yah cakap laa.. Sebab first impression untuk family aku kan.

Tapi alhamdulillah sangat-sangat.  Semuanya berjalan lancar.  Allah mudahkan urusan kami.  Family semua berkenan dan setuju je.  Takde la drama-drama macam dalam tv tu yang ada tentangan family bagai tu.. Hihi.. Pandai ye awak amik hati diaorang. :D

Cuma satu yang terkilan. Lupa nak amik gambar dia time datang rumah tu. Huhu. Kemain lagi handsome tau siap pakai kemeja lengan panjang, stokin and kasut bagai.  Nasib baik tak pakai necktie je.. Hahaha. :p

Friday, 27 March 2015

Keep Calm

70 days to go.. :)

Saturday, 31 January 2015

Semoga dalam lindungan Allah S.W.T.




Keje baik-baik ye..

Semoga Allah berkati rezeki yang dicari tu..

Insya Allah..

Tuesday, 12 November 2013

Random post 3 :)


Assalamualaikum..


Gedebukkk kena kat batang hidung sendiri..

Hurmm..

Berapa ramai lelaki yang cuba mendekati aku?
- 1, 2, 3, 4...rahsiaa..hehe

Berapa ramai yang aku katakan "Saya minta maaf bla bla bla...."?
- 1, 2, 3, 4..rahsiaa jugak..hehe

Berapa kali aku solat istikharah dalam hal ni?
- Sejujurnya, diri ini tak pernah solat istikharah berkenaan hal ni.. ;(

Berapa kali khatam al-Quran?
- Biarlah rahsia..huhu

Berusaha menutup aurat?
- Masih merangkak and I'm trying hard on this..Semoga aku istiqamah..Doakan!

Berapa kuat aku berusaha menolak nafsu dan perasaan sendiri demi menjaga diri dan cinta hanya untuk yang halal?
- Yang ni juga masih berusaha sekuat mungkin..tapi kadang kala tewas juga..sesungguhnya amat berat untuk menjaga batas pergaulan ni terutama bab chatting di fb dan whatsapp..Tapi whatsapp dah terkawal sebab kat sini tak boleh nak online kat phone sangat..

Bila tengok semua ni nampak la yang diri ni sebenarnya tak bersedia lagi untuk memikul tanggungjawab yang besar tu..mungkin sebab tu Allah tak izinkan lagi untuk aku bertemu dengan jodoh aku..

So, Shahirah..Silalah berubah..Silalah perbaiki diri..Bukan untuk bertemu dengan jodoh tapi yang paling utama adalah untuk meraih redha Illahi..Doakan diri ini ya wahai sahabat sekalian.. :-)

Saturday, 14 September 2013

Miss SA


Tertarik dengan kata-kata ni..

Dan saya tujukan khas ianya kepada that one person..

"Cinta dalam diam begitu menyakitkan tapi apakan daya aku hanyalah 
Miss Secret Admirer.."

gambar dari en google

Yang setia menunggumu,
-saya-             
  

Thursday, 18 April 2013

random post 2 :)


The best love ever.. :)




Thursday, 14 March 2013

Random post :)


Di pagi hari yang tenang, tibe2 terbaca artikel ni plak..
- Dugaan Hawa Melamar Adam -




Menawarkan diri atau melamar lelaki yang SOLEH adalah tindakan terpuji lagi mulia, bahkan kalau tidak diterima sekalipun anda tidak perlu bersedih kerana itu petanda besarnya jiwa dan hebatnya cinta anda kepada agama.

Jika belum ada rezeki, teruslah ambil yang positif dari tempoh masa 'menunggu' yang diberikan Allah kepada anda.

Boleh jadi Allah mahu anugerahkan sesuatu kepada anda dalam tempoh tersebut.  Boleh jadi juga Allah mahu elakkan sesuatu bencana atau musibah dari anda jika berkahwin dengan orang tersevut.  Percaturan Allah sentiasa rahsia, dan tanggungjawab kita adalah untuk sentiasa berbaik sangka.

Lelaki ditolak oleh wanita, wanita ditolak oleh lelaki, kedua-duanya ada duka.

Namun motivasi diri siapa yang lebih tinggi, merekalah yang akan lebih dulu merasa bahagia!


Perancangan Allah adalah perancangan yang paling hebat. Sentiasalah kita berlapang dada menerima segala dugaan yang mendatang..dan paling penting, redha dengan segala ketentuan setelah kita berusaha sehabis mungkin..Mari jadi lebih bermotivasi agar lebih cepat merasa bahagia itu! :))

Tuesday, 12 March 2013

Ikhlas


Assalamualaikum.. :)



Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya. Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan. Semua ini tak mudah. Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan aku?  Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana?
seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita. Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”. Ya, ikhlas lah. Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini. Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan. Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini.
Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita. Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita? Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya? Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”.
- dipetik dari artikel ini -



di akhir artikel di atas, ada diselitkan dengan maksud ayat Surah At-Talaq ini..banyak kelebihan ayat ini..marilah kita beramal dengannya..insya Allah..
boleh klik di sini untuk membaca antara kelebihan-kelebihan ayat Seribu Dinar ni..

So, word of the day untuk hari ini adalah IKHLAS.. :)


Friday, 1 February 2013

Bercinta sebelum kahwin?



Saya yakin, kita semua bersetuju cinta adalah haram, berdosa, apabila mengganggu ibadah dan kehidupan.
Adakah kita harus memadamkan terus perasaan cinta? Tidak.
........
Bagaimanapun, perasaan cinta digerakkan ke arah perkahwinan.  Berusaha secara serius mempersiapkan diri.  Berusaha menyegerakan perkahwinan dengan berusaha menyegerakan pemantapan peribadi.  Berusaha mencapai mampu.  Berusaha menggapai matang.  Itu adalah bukti cinta.
........
Saya sentiasa percaya yang cinta sebelum kahwin itu halal dan ada.
Batasnya adalah ia mesti membawa ke syurga dan apa-apa yang membawa ke neraka itu bukan dinamakan cinta.
-hilal asyraf-sebelum aku bernikah-

Apakah terlarang bercinta sebelum kahwin?
Jom baca kat sini untuk lebih kefahaman..klik SINI ye.. :')

Sunday, 27 January 2013

Selamat hari lahir bibie ♥


Salam awak semua..

Hari ni, 27 Januari 2013..hari lahir sahabat saya yang disayangi..Bibie Narhayu..Julai 2008 pertama kali kite kenal..time forecast, saya tak kenal awak bibie..sebab kita seksyen lain-lain time tu..hihi..pejam celik pejam celik, dah 4 tahun setengah kita kenal..

sepanjang kita kenal, awak banyak tolong saya..terutamanya time saya kena 'dump' dulu..time tu saya rasa lost sangat..dah la dalam masa 2 minggu tu kita akan menghadapi final exam untuk sem 6..seminggu tu saya tak mampu nak buat pape pun..menangis saje sepanjang hari..dan awak la tempat saya mengadu tu..sampai la kita habis degree..kalau ade je masalah berkaitan perasaan ni, bibie la yang setia mendengar bersama roomatenya, iela..hihi..thanks a lot ye kamu berdua..sekarang ni dah tak boleh dah nak meluahkan perasaan kat korang..huhu.. :'(

Okey, jom kita tengok balik gambar-gambar sepanjang kita kat UTM terchenta ni..haha :D

15 Disember 2008 -Kami dinner- *serius teruk muka ku dalam gambar ni*haha


10 Oktober 2009 -Kami berhari raya-

16 Januari 2010 -Kami ber'bowling'-

8 Julai 2010 -Kami di pantai-

12 Mac 2011 -Kami pengantin yang cantik- :)

22 Mei 2012 -Kami ber'steamboat'-

20 Jun 2012 -Kami ber'bbq'-
12 Oktober 2012 -Kami konvo-

in this 4 years time, all of us are changing in being  a better person..everybody is heading to a more mature life..everybody is struggling to have a better life..but one thing will remain forever..FRIENDSHIP..it will last forever..until Jannah..ukhwah fillah abadan abada..insya Allah.. :))

"Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku (Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku (Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)" (HR Ahmad)

To bibie..
Happy birthday my dear..May Allah always shower your life with joy and happiness..and also His blessing.. kuatkan semangat mu dalam menempuhi dugaan hidup ini..insya Allah, kebahagian menanti mu di hadapan sana..
p/s:nanti dah sampai masa jangan lupa bagi saya kad kahwin awak ye..hihihi..rindu bibie.. :'( 

Wednesday, 23 January 2013

5 minit


Seandainya cinta ini bisa membahagiakan
pastinya dunia ini akan ku miliki
walau ku tidak mampu untuk meluahkan
harapan cintaku ada dihatimu

seharusnya aku dapat diberi peluang
untuk menyayangimu sepenuh hati
mungkinkah kau kan terima ku seadanya
kerna ku belum tahu kau mencintaiku



Siang malam ku menunggu
kau buat ku huru hara

Oh sayang kini engkau perlu tahu
ku tak ingin menjadi pemuja rahsia
mencintaimu satu saat yang bermakna
ku menanti lafaz cinta tiga kata

Andai kau sang pencinta wanita
kau pasti kan dapat melihat aku di mata mu
jujurnya adakah kau sudah berpunya
membiarkan hatiku dalam dilemma



Tiba waktu saat ku nanti akhirnya pasti
kau lafazkan cinta seribu pengertian
lima minit yang ku tunggu saat bermakna
kau kini menjadi milikku selamanya

Antara bintang-bintang
di kau saja yang berkilauan
ku sentiasa di awan nano nano

Wrong Secret Admirer Rage

-dipetik dari lirik lagu 5 minit-
-gambar dari en. google-
-and if only I can dedicated this song-

Tuesday, 11 December 2012

Istikharah cinta



Tibe-tibe playlist lagu tadi play lagu ni..dah hampir setahun dah aku tau kewujudan lagu ni..tapi dah tak ingat camna aku blh tau pasal lagu ni..rasa2 nye sebab terbaca kat notes salah seorang kawan kat facebook..but i'm not very sure..huhu




Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta
 beskan lirik dia..penuh bermakna..

notakaki:
-pada aku, bukan senang nak buat keputusan untuk mendirikan masjid..bukan senang jgk untuk seseorang tu buat keputusan untuk terima si dia menjadi teman hidup..it is a very big decision in life kan..sebab tu istikharah ni salah satu perkara yang penting untuk diamalkan..
-sangat belum bersedia lagi untuk membuat keputusan itu..maaf pada semua pihak yang terlibat..

Saturday, 1 December 2012

Origami


Assalamualaikum..

tibe2 mood berorigami muncul..dan terhasil laa benda2 kat bawah tu..hihi..

Origami traditional lotus

Lotus ni mencabar jugak nak buat..banyak sangat kene lipat-lipat nya..nak hancur kertas tu saya kerjakan.. :D

Origami paper crane

Crane ni origami yang mula-mula saya blaja buat..orang cakap kalau kita buat seribu paper crane ni, our wish will be granted..hahaha..jangan percaya tau..berdosa..yang ni untuk beginner susah jugak laa..tapi dah lama-lama buat senang jer.. :)

Origami box

Origami box ni senang jer..tapi bagi saya bentuk dia tak cantik sangat..tak menarik hati..hehe

Origami heart

Origami yang keempat adalah origami heart..yang ni saya paling sukaaa...sebab nya dia cantik..pastu senang plak tu nak buat..paling senang dalam banyak-banyak origami ni.. 

 u


♥ u lagiii

untuk sapa-sapa yang nak blaja buat origami macam yang kat atas tu, boleh la tengok kat website ni ..saya suka website ni sebab dia ajar step by step..pastu siap ade video lagi..origami nya plak macam-macam ada..pilih je nak buat bentuk apa..

So, selamat ber'origami' kawan-kawan... :))