Di pagi hari yang tenang, tibe2 terbaca artikel ni plak..
- Dugaan Hawa Melamar Adam -
Menawarkan diri atau melamar lelaki yang SOLEH adalah tindakan terpuji lagi mulia, bahkan kalau tidak diterima sekalipun anda tidak perlu bersedih kerana itu petanda besarnya jiwa dan hebatnya cinta anda kepada agama.
Jika belum ada rezeki, teruslah ambil yang positif dari tempoh masa 'menunggu' yang diberikan Allah kepada anda.
Boleh jadi Allah mahu anugerahkan sesuatu kepada anda dalam tempoh tersebut. Boleh jadi juga Allah mahu elakkan sesuatu bencana atau musibah dari anda jika berkahwin dengan orang tersevut. Percaturan Allah sentiasa rahsia, dan tanggungjawab kita adalah untuk sentiasa berbaik sangka.
Lelaki ditolak oleh wanita, wanita ditolak oleh lelaki, kedua-duanya ada duka.
Namun motivasi diri siapa yang lebih tinggi, merekalah yang akan lebih dulu merasa bahagia!
0 comments :
Post a Comment