Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Saturday, 31 January 2015

Semoga dalam lindungan Allah S.W.T.




Keje baik-baik ye..

Semoga Allah berkati rezeki yang dicari tu..

Insya Allah..

Thursday, 2 January 2014

Selamat tinggal 2013, selamat datang 2014


Assalamualaikum semua..

Tadi blogwalking semua duk review memories 2013 kan..so, nak review jugak la kite..hihi

Overall 2013 takde la byk sgt benda-benda besar yg terjadi dalam hidup saya..tapi semuanya sangat berharga bagi diri ni..



Kenangan ICOST 2013..penuh suka duka..sangat perit time buat preparation utk attend conference ni..bertungkus lumus siapkan experiment dan resultnya..siapkan paper dan slide juga..sekali dah lepas alhamdulillah syukur sangat-sangat..


Tahun 2013, 3 orang bff bertunang dan 2 darinya dah selamat dinikahkan..alhamdulillah..First time ni attend majlis tunang sahabat sendiri..happy sangat rasanya dapat share moments bahagia mereka bersama.. (^_^) Harap-harap di tahun 2014 ni dapat merasa majlis bertunang diri sendiri la plak.. :-)


Dan pengalaman paling berharga, paling manis dan paling segala-segalanya untuk tahun 2013 semestinya la pengalaman datang ke Jepun ni..hehe..sekali lagi Alhamdulillah ya Allah..kenangan sepanjang kat sini sangat la berharga..hanya yang melaluinya akan faham perasaan ini..

Apepun, semua yang dah berlaku di tahun 2013 sudah tinggal kenangan..hanya gambar-gambar sahaja yang mampu ditatap andai rasa rindu itu hadir..

Pinta ku untuk tahun baru 2014 ini semoga dapat dilalui dengan sebaik mungkin..bertambah iman dan semakin dekat denganNya..semoga tahun ni dapat menghabiskan pengajian master dengan jayanya..dan semoga bakal suamiku akan muncul dan melamar aku menjadi isterinya yang sah..Aamiin..Insya Allah.. ♥♡♥♡♥

Saturday, 21 December 2013

Rinduuu


Mak rindu sangat kat anak dara die rupenya..

Anak dara die pun sbnrnya lagiii la rindu..

Huhuhu..

3 bulan setengah lagi nk balik..

Tak sabarnyaaa..


Notakaki : kak linda is my mum's officemate. :)

Tuesday, 17 December 2013

Dysania



Now I know that I'm suffering this disease..

Huhu..

Ingatkan masalah biasa-biasa je..




Sekarang ni tido la awal ke lambat ke tetap susah jugak nak bangun..

Pernah tido sampai 12 jam..dahsyat sangat!

Uwaaa..

Help me !!!



Thursday, 12 December 2013

Bila?


Suhu malam ni..wuwuwu

Bila snow nak turun?

Tak sabar nak mengalami keadaan tu..

maklum laa orang tak pernah lagi merasa snow kan..

Jakun laa..

hehe...

at 1 pm on last tuesday..

Gloomy..but I love this weather.. :)

Dua gambar kat atas tu adalah gambar hari selasa hari tu..

Kat sini dah lama tak hujan di siang hari..

Hampir sebulan kot..

Dan itu laa suasana sekarang ni..

Pokok-pokok dah tak de daun dah..

Semua sudah makin bersedia menghadapi winter..

Menunggu kedatangan snow dengan sabarnya..

(^_^)v

Tuesday, 3 December 2013

Welcome December!


Pejam celik pejam celik sekarang ni dah sampai bulan terakhir untuk tahun 2013 ni..lagi 28 hari akan melangkah ke tahun 2014..cepatnya masa berlalu..

Datangnya December juga bermaksud daun-daun merah dan kuning akan mula gugur..pokok-pokok mostly tak berdaun..

So, we can say good bye to autumn and welcome winter.. :)

Jalan dari bus stop nak ke hostel..


Selain tu, bulan December ni banyak perkara yang perlu dilalui..due date kerja-kerja semuanya pun nak letak dalam bulan ni..siap ada exam lagi..huhu..

Semoga Allah permudahkan segalanya bagi aku..

Selain tu, kalau sebut je December mesti terbayang musim winter..kalau winter semestinya laa sejuk.. huhu..dan tahun ni macam tak percaya aku sedang melalui keadaan tu..setiap hari perlu menempuh rasa kesejukkan yang teramat..nak buat pape kerja yang berkaitan dengan penggunaan air macam mandi atau masak memang kene fikir 7 8 kali laa..air kat sini sejuk sangat..boleh cramp tangan ni..huhu..

Disember punya planner..

Semoga Disember berlalu dengan jayanya..Semoga aku dapat siapkan semua kerja-kerja tu juga dengan jayanya..insya Allah..

Pray for me ya!

Tuesday, 12 November 2013

Random post 3 :)


Assalamualaikum..


Gedebukkk kena kat batang hidung sendiri..

Hurmm..

Berapa ramai lelaki yang cuba mendekati aku?
- 1, 2, 3, 4...rahsiaa..hehe

Berapa ramai yang aku katakan "Saya minta maaf bla bla bla...."?
- 1, 2, 3, 4..rahsiaa jugak..hehe

Berapa kali aku solat istikharah dalam hal ni?
- Sejujurnya, diri ini tak pernah solat istikharah berkenaan hal ni.. ;(

Berapa kali khatam al-Quran?
- Biarlah rahsia..huhu

Berusaha menutup aurat?
- Masih merangkak and I'm trying hard on this..Semoga aku istiqamah..Doakan!

Berapa kuat aku berusaha menolak nafsu dan perasaan sendiri demi menjaga diri dan cinta hanya untuk yang halal?
- Yang ni juga masih berusaha sekuat mungkin..tapi kadang kala tewas juga..sesungguhnya amat berat untuk menjaga batas pergaulan ni terutama bab chatting di fb dan whatsapp..Tapi whatsapp dah terkawal sebab kat sini tak boleh nak online kat phone sangat..

Bila tengok semua ni nampak la yang diri ni sebenarnya tak bersedia lagi untuk memikul tanggungjawab yang besar tu..mungkin sebab tu Allah tak izinkan lagi untuk aku bertemu dengan jodoh aku..

So, Shahirah..Silalah berubah..Silalah perbaiki diri..Bukan untuk bertemu dengan jodoh tapi yang paling utama adalah untuk meraih redha Illahi..Doakan diri ini ya wahai sahabat sekalian.. :-)

Monday, 11 November 2013

Cuai


Alkisah harini adalah kisah kecuaian diri ini..huhu..

Pagi tadi rebus nasi impit sambil-sambil tengah breakfast dan layan movie..Lepas dah letak kat dapur nasi impit tu, saya pun masuk la bilik nak breakfast..Sambil breakfast layan movie and konpem korang tau kan ape yg terjadi kan bila dah layan movie tu..

Saya lupaaa..lupa terus pasal nasi impit yang tengah saya rebus kat dapur tu..huhu

Bila dah teringat tu, terus lari-lari pegi dapur dan tengok api dapur gas tu dah padam..lega jap..tapi rupenyaaa, dah rentung dah nasi impit tu..uwaaa..terkejut giler..

Tapi terima kasih la kat sapa yang tolong padamkan api dapur gas tu..kalau tak, tak tau laa ape yang akan terjadi..huhu..

Sebenarnya, ni dah second time berlaku..sebelum ni saya masak air..lepas letak kat atas dapur tu saya masuk bilik..lepas sejam macam tu saya baru teringat..keluar bilik tengok air dh nak kering..tinggal sikit je..huhu..

Nasi impit versi baru.. :p
Ni kalu ada secret admire aku yang baca cerita ni konpom lepas ni dh xde hati kat aku..hahahaha :D

Tapi walaupun hangus nasi impit tu, tetap ku makan jua sebagai dinner malam ni..hihi

Nasi impit + serunding + sambal terung..

Dan ni plak supper untuk malam ni..hohoho..kalau dah gemuk tu memang gemuk laa..xpayah nak kata duk oversea jadi kurus la.. :p

Potato fries..
Hurmmm..harap-harap lepas ni dah tak terjadi dah perkara macam ni..dan memang lepas ni kena set alarm bila masak tu..hihihi.. :D

Friday, 12 July 2013

Happy fasting!


Assalamualaikum..

Semalam balik dari lab tengok ada kertas A4 terselit di pintu bilik..ingatkan kertas apa..sekali tengok tak menarik pun untuk dibaca..just hitam putih dan penuh dengan perkataan..dalam kepenatan tu amik je kertas tu dan campak atas katil je..balik terawih malam nye baru tergerak hati nak baca..dan alhamdulillah isinya menarik sangat..

so, saya scan dan nak share dengan anda semua..semoga bermanfaat.. =)



Lastly, selamat berpuasa sahabat-sahabat sekalian..semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat semua..insya Allah.. :-)

Wednesday, 3 July 2013

Teaser


Assalamualaikum.. :-)

This is teaser for our short trip last two weekend..haha..

Lame giler kan baru nak bagi teaser..muahahaha :D



Full entry akan menyusul nanti ye.. :)

Thursday, 18 April 2013

random post 2 :)


The best love ever.. :)