Thursday, 2 January 2014

Selamat tinggal 2013, selamat datang 2014


Assalamualaikum semua..

Tadi blogwalking semua duk review memories 2013 kan..so, nak review jugak la kite..hihi

Overall 2013 takde la byk sgt benda-benda besar yg terjadi dalam hidup saya..tapi semuanya sangat berharga bagi diri ni..



Kenangan ICOST 2013..penuh suka duka..sangat perit time buat preparation utk attend conference ni..bertungkus lumus siapkan experiment dan resultnya..siapkan paper dan slide juga..sekali dah lepas alhamdulillah syukur sangat-sangat..


Tahun 2013, 3 orang bff bertunang dan 2 darinya dah selamat dinikahkan..alhamdulillah..First time ni attend majlis tunang sahabat sendiri..happy sangat rasanya dapat share moments bahagia mereka bersama.. (^_^) Harap-harap di tahun 2014 ni dapat merasa majlis bertunang diri sendiri la plak.. :-)


Dan pengalaman paling berharga, paling manis dan paling segala-segalanya untuk tahun 2013 semestinya la pengalaman datang ke Jepun ni..hehe..sekali lagi Alhamdulillah ya Allah..kenangan sepanjang kat sini sangat la berharga..hanya yang melaluinya akan faham perasaan ini..

Apepun, semua yang dah berlaku di tahun 2013 sudah tinggal kenangan..hanya gambar-gambar sahaja yang mampu ditatap andai rasa rindu itu hadir..

Pinta ku untuk tahun baru 2014 ini semoga dapat dilalui dengan sebaik mungkin..bertambah iman dan semakin dekat denganNya..semoga tahun ni dapat menghabiskan pengajian master dengan jayanya..dan semoga bakal suamiku akan muncul dan melamar aku menjadi isterinya yang sah..Aamiin..Insya Allah.. ♥♡♥♡♥

0 comments :