Hai semua.
Harini terasa nak cerita pasal trip ke utara sebulan yang lalu.. hehe.. tapi cerita secara ringkas je la sebab nanti panjang berjela-jela plak kalau nak cerita semua..
Trip kali ni bersama dengan kawan-kawan satu lab. Kiranya ni geng dekat lab la. Kitaorg pergi berlima. Guna kereta Kak Ida. Kereta myvi putih tu.
Hari 1 (13 November 2014)
Kitaorang bertolak dari UTM dalam kul 8.45 am selepas sarapan kat cafe Pak Lah. Tengah hari tu berhenti kat RnR (lupa dah RnR mana) untuk makan dan solat. Harini jugak sebenarnya birthday Kak Ida. So kitaorg dah prepare kek sesiap utk sambut birthday Kak Ida ni. hihi
Lepas tu kitaorang teruskan perjalanan sampai la ke Perlis. Just berhenti sekejap-sekejap je untuk isi minyak, tukar driver dan pegi toilet. Kali ni saya drive dari area Perak yang dekat2 dengan sempadan Kedah yang mula-mula tu sampai la ke Perlis. Kami sampai Perlis dalam kul 7.30 pm. Kat Perlis kitaorang tumpang rumah kawan kitaorang, Kak Mira.
Hari 2 (14 November 2014)
Hari ni kitaorang ke Langkawi. Plan nya nak amik feri yang first kul 7 am tu. Tapi angan-angan je la sebab gerak dari rumah Kak Mira nak ke jeti Kuala Perlis tu pun dah nak kul 7. Hihi
Jadinya kitaorang amik la feri kedua. Sepatutnya kul 8.15 am. Tapi delay dlm 8.45 am baru gerak. huhu. Tiket feri RM18 seorang untuk sehala. Kitaorang booked kereta sesiap dekat jeti ni lagi sebab nak jimatkan masa. Kereta Wira auto dengan harga RM50 untuk sewa sampai petang.
Kat Jeti Kuala Perlis tgh tunggu feri |
Dalam feri |
Sampai Langkawi dalam kul 10 am dah. Cepat-cepat pergi kaunter tiket untuk beli tiket balik. Kitaorang beli tiket feri yang paling last, kul 7 pm. Sebenarnya dalam plan kitaorang nak pergi mangrove tour. Tapi sayangnya sebab sampai dah lambat bot yg pergi sana dah gerak. Bot nak ke sana hanya ada kul 9 je.
So kitaorang tukar plan la. Just pergi Dataran Lang, pastu Cable Car, Pantai Cenang dan shopping coklat kat Haji Ismail Group.
Dataran Lang |
Kereta Kabel Langkawi ni terletak di Gunung Mat Chinchang. Time kitaorang pergi ni tak de la ramai orang sangat. Maybe sebab hari Jumaat dan bukan cuti sekolah.
Tiket cable car. tak ingat dah brapa harganya. |
Beratur untuk naik cable car |
Selfie dalam cable car |
Pemandangan dari cable car |
Turun dari tempat cable car ni kitaorang terus pergi Pantai Cenang. Dekat je dua tempat ni. Dalam 10-15 minit dah sampai.
Last sekali kitaorang pergi ke Haji Ismail Group ni untuk beli souvenir Langkawi dan semestinya coklat la kan.
Lepas dah habis beli barang kat sini, kitaorang solat jamak zohor dan asar pastu terus gerak ke jeti kuah dan hantar kereta balik. Nasib baik la feri yang balik ni tak delay. hehe.
Bersambung....
0 comments :
Post a Comment