Thursday, 22 January 2015

Splendid Journey - Japan Escape Part 14 : Tokyo DisneySea


Salam semua.  Hari ni tetiba rasa nak tulis pasal cerita time pergi Tokyo Disneysea setahun yang lepas.. hehe

Sebenarnya saya pergi sana 29 Nov 2013 lepas.  Haha.. Lama giler dah kan..

Tokyo ada dua taman tema sebenarnya.  Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea.  Dua-dua ni dekat2 je.. Kalau banyak duit boleh la pergi dua-dua.. Hihi.. Saya pergi satu je.. Tokyo Disneysea.. Sebab tengok review ramai yang kata Disneysea lagi best dan permainan dia lagi extreme berbanding Disneyland.

Apa yang boleh saya kata, Tokyo Disneysea memang best! :)

Harga tiket masuk adalah 6400 yen (lebih kurang RM200). Boleh tengok SINI untuk harga tiket yang lebih details.

Kalau nak datang sini dari Tsukuba, boleh naik bas di Tsukuba Center.  Harga tiket bas sy dah lupa. Huhu. Tapi tiket kena beli awal skit. Dalam sehari dua sebelum tarikh kita nak pergi tu.  Nanti bas ni akan berhenti terus kat Disneysea ni. So tak perlu nak jalan jauh-jauh pun.

Okey, jom lah kita tengok gambar-gambar sepanjang sehari saya dan 2 orang kawan kat sana.. Hihi..



Harga tiket..

Orang beratur nak masuk Disneysea.. Ramaiiii.. Terkejut kitaorang tengok.. Haha

Beraturrr..

Tiket.. 6200 yen time kitaorang pergi tu..


Masuk je dalam tu tetiba rasa lost tak tau nak gi mana dulu..








Tengah-tengah lost tu kitaorang decide nak main Tower of Terror dulu.. Rasa nak tercabut jantung main benda alah ni..  Dah la games yang first.  Huhu






Gambar bawah ni games yang kedua kitaorang main rasa..


Raging Spirits.  Nak tercabut jantung jugak main ni.. Haha

Tak main yg ni sebab rasa comel sangat.. Haha..




Yang ni pun wajib pergi.. Theater 4D.. Besttt sangat..

Caravan Carousel - Rasa comelll sgt main benda alah ni.. hihi

Kitaorang seludup makanan masuk dalam Disneysea haritu.. Sebab dalam ni memang takde la makanan halal.  Dan harga makanannya pun agak mahal.

Lunch.  Lepas tu solat jamak zohor & asar skali. Kitaorang solat je kat tepi2 tu..




Triton's Kingdom - yang ni attractions yang paling comel yang kitaorang pergi.. haha.. Attractions ni cam tak berapa sesuai la untuk orang dewasa.  Kanak-kanak suka la kalau main ni..


The Whirpool..

The Jumping Jellyfish..

Blowfish Balloon Race


Ni kat luar Triton's Kingdom tu..

Flounder's Flying Fish Coaster..

Lepas dah main kat tempat comel-comel tu, kitaorang gi main kat tempat yang extreme skit.. Mysterious Island..





Time ni ada show kat air tu..



Journey to the Center of the Earth - Ni pun korang wajib main kalau datang Disneysea..




Hah, yang ni pun satu lagi yang korang wajib main.  Toy Story Mania!

Kitaorang beratur kat sini sejam lebih kot.  Gigih kan? Haha.. Tapi berbaloi la beratur lama-lama sebab memang best..



Toy Story Mania!



Keluar dari Toy Story tu dah lewat jugak. Ada masa sikit lagi..  So kitaorang decide nak main Tower Of Terror untuk kali kedua. Tower of Terror ni games yang first kitaorang main time sampai tu..





Dah habis main tu, kitaorang pun balik la. Balik tu kitaorang tak naik bas dah. Sebabnya kitaorang nak ke Tokyo Tower dan tido kat area Asakusa tu. So kitaorang amik train je pegi sana.  Cerita Tokyo Tower dan Asakusa ni nanti ye saya cerita lain kali.. Hehe..

Kat bawah ni saya bagi link untuk semua cerita saya kat Jepun yang saya dah tulis.. Silakan la membaca kalau berminat ye.. :)


Till then, bye.. :)

0 comments :