Wednesday, 27 May 2015

Majlis Merisik


5/12/2014 (Jumaat)

Rentetan dari kisah NI sebenarnya.  Saja nak kenal-kenalkan antara dua family. Parents A bgtau nak datang jalan-jalan kenal rumah.  So kitaorang okey je la.. Tetiba mak A bagitau alang-alang datang tu terus merisik je la sebab benda sama je kan jalan-jalan kenal rumah and merisik tu..  So nanti tak yah la nak datang 2 3 kali kan.

Untuk majlis ni, aku tak prepare sangat sebab aku sampai rumah pagi khamis tu, sehari sebelum majlis. Tak sempat nak buat ape pun.  Tambah plak pagi khamis tu aku keluar ngedate jap kat KBMall.. Hihi

So malamnya baru start episod kekalutan aku kat dapur baking kek yang tak menjadi.. Haha.  Nasib baik pavlova jadi penyelamat.. :D

Untuk makan, mak tempah nasi dagang je.  Pastu goreng samosa sikit and buah sebagai pencuci mulut.



Cuba teka mana satu bakal mak mertua? Hihi




Ayah mertua? :)

Mereka datang tak ramai pun. Dalam 12 orang termasuk budak kecik 2 orang.  Dan takde pun acara sarung-sarung cincin tu. Mereka just bawak kain pasang je.  A pun tak datang sebab dia dah kena pegi keje petang khamis tu. Huhu

Pavlova kasih sayang untuk mereka

Dari mereka

Dari mereka

Dah jadi baju dah :)
Fuhh.. Dua stage dah lepas.. Banyak lagi yang mendatang ni.. Semoga segala perancangan yang dirancang dipermudahkan Allah insya Allah.. :)

Nota kaki ; 
Dah lama entry ni ditulis sebenarnya.. Tapi duk terperap dalam draft tak di publish sebab entah la.. Rasa segan nak publish.. Hihi