Wednesday, 5 November 2014

Big Food Cafe


Assalamualaikum semua.

Alkisahnya semalam keluar makan2 dengan kawan. Sempena meraikan salah seorang kawan kitaorang yang baru konvo.  Ada yang bagi cadangan nak makan kat Big Food Cafe ni.  So, saya yang tak tau Big Food Cafe ni macam mana setuju je la.. Hihi..

So, lepas maghrib tu kitaorang pun gerak la ke sana.. Big Food ni terletak di Taman Nong Chik, Johor Bahru.  Cafe ni baru jugak la dibukanya.  Dia dua tingkat so boleh pilih nak duk bawah ke atas.  Deko cafe ni bagi saya biasa-biasa je.  Takde la gempak atau cantik sangat.  Tapi okey la kalau nak makan2 dengan kawan atau nge'date' kan.. Hehe

BigFood Cafe (gambar dari SINI)

Menu (gambar dari SINI)

Bagi saya harga makanan kat sini agak mahal la.. maklum la student lagi kan.. kedek sikit.. haha.. tapi makanan dia dalam portion yang agak besar..  so okey la kot dengan harga dia tu..

Semalam saya order spaghetti meatball bolognese.. Kawan ada jugak yang order spaghetti meatball cabonara.  Pastu ada yang order chicken chop dan nasi goreng jugak.. semua makanan dia sedap la.. licin je kitaorang makan semua walau pun in large portion.. haha..

Spaghetti meatball bolognese

Nampak tak besarnya portion dia tu? Haha

Geng dinner semalam.. Tengok la pinggan kitaorang licin semua.. Hihi

So, kesimpulannya Big Food Cafe ni okey la kalau nak makan-makan sekali sekala dengan kawan atau family.  Tempat dia selesa dan makanan pun ada western dan nasi jugak. Kek2 pun ada as dessert kalau nak.  Tapi kalau saya prefer Monster Cafe yang kat Bukit Indah tu lagi kot berbanding BigFood Cafe ni.  Sebab nya harga makanan kat 2 cafe ni lebih kurang je tapi deko dan suasana Monster Cafe lagi menarik dan hiasan makanan2 dia pun lagi cantik. Hehe

Oh, ye.. Ni full address cafe kalau korang nak pegi ya.

BigFood Cafe
Jalan Kolam Air 1, Taman Nong Chik, Johor Bahru.

Till then, bye.. :)

Monday, 3 November 2014

Konvokesyen UTM yang ke 53


Assalamualaikum..

It had been a longggg time since my last entry..  Super busy.. haha.. Tiap-tiap minggu ada je aktiviti.. Macam dah lama tak duk sesaje melangut kat bilik during weekend.. huhu..

Sekarang ni kat UTM tengah musim konvo.. Konvokesyen yang ke 53 dah.. Semoga time Konvokesyen yang ke 54 atau 55 nanti nama aku adalah salah sorang yang tersenarai dalam list penerima ijazah tu.. Aamiin.. Insya Allah..


Kak Saadiah.. Geng lab.. Kami bawah supervisor yang sama..

Azack.. Geng dr time degree lagi.. Tahniah dh konvo master!

Del.. Kawan anis.. Last2 jadi satu geng dgn kitaorg jugak.. Arkitek ni tau!

Sayu je hati bila tengok orang lain dah habis study dan dah konvo.. Diri sendiri ni dah sem 5 dah ni.. Tak tau lagi bila nak habisnya.. Tapi takpe la.. Jangan pernah berputus asa dan menyesal dengan jalan yang kita pilih.. Jangan pernah mengeluh dengan apa yang terjadi dalam hidup kita.  Yakin lah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya..  Allah swt Maha Berkuasa dan Maha Adil terhadap hambaNya.. Teruskan berusaha.. Insya Allah kita semua boleh berjaya.. :)

Wednesday, 21 May 2014

Semangat baru


Salam..

Lama tak menulis. Last adalah cerita di musim autumn. Sekarang dah 3/4 musim spring. Dan rasanya cerita-cerita kenangan sewaktu di Jepun tak akan tertulis lagi di sini. Tapi doa-doakan la semoga akan ada kerana saya rasa ruginya kalau tak dapat nak abadikan pengalaman-pengalaman tu semua kat dalam blog ni. Huhu.

Saya dah pulang ke Malaysia pada 31  March 2014 yang lalu. 1 April Alhamdulillah sampai di Kota Bharu. Dan 5 April pula selamat kembali ke UTM semula. Maksudnya dh sebulan setengah la saya start study balik. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Semoga saya dapat habiskan master saya ini dengan jayanya insya Allah. Aamiin.

Walau baru sebulan setengah balik UTM, tapi dah banyak yang saya buat dan yang terjadi. Antaranya :

- BBQ di Air Terjun Pulai dengan kawan-kawan
- Trip ke Universal Studio Singapore
- Trip Melaka dengan kawan-kawan satu lab
- Uruskan program fakulti (EndNote & Turn-it-in)
- Attend conference di UTM KL (IRCIL-2014)

Selepas balik dari Jepun tak tahu kenapa tapi semacam ada rasa dan semangat baru dalam diri. Rasa lebih menghargai status sebagai seorang pelajar dan juga status 'single'. Rasa macam rugi sangat sebab dah sia-siakan masa setahun master yang sebelum pergi Jepun tu. Sia-siakan tu adalah dalam konteks hanya mengfokuskan hidup dengan ulang-alik pergi lab tanpa aktiviti lain. Tak ada aktiviti kerohanian (majlis-majlis ilmu & agama), tak ada aktiviti berpersatuan dan lain-lain. Bagi saya, menjadi seorang pelajar ni kita perlu jadi pelajar yang versatile, yang ada nilai tambah, yang ada kelebihan berbanding pelajar-pelajar lain. Makanya, dari kesedaran ni saya mengambil keputusan untuk terlibat dalam Post-Graduate Student Society  (PGSS) FKK.  Semoga ianya dapat memberi manfaat insya Allah.  Dan semoga sy lebih rajin untuk menghadiri majlis-majlis ilmu selepas ni.

Dayah.. Muda 4 tahun dari saya.
Beruntung dia dapat peluang study degree kat Jepun.

Dalam konteks menghargai status 'single' pula, sy tersedar yang sy perlu grab sebanyak mungkin peluang yang ada untuk enjoy my single life. Sepanjang di Jepun, sy berkenalan dengan ramai orang-orang yang berjaya dan hebat-hebat belaka. Ada yang dah berkahwin, dah ada anak, dan ada juga yang dah bercucu. Dari pengalaman-pengalaman yang mereka kongsi, memberikan saya satu rasa yang saya perlu menggunakan masa yang saya ada sebelum berkahwin ini dengan lebih bermanfaat. Perlu mempersiapkan diri dengan ilmu perkahwinan dan keibubapaan sebelum memasuki gerbang perkahwinan itu. Perlu mempersiapkan diri dengan sifat sabar yang tinggi (sangat penting sbb sy kan garang orangnya nnt kesian suami dan anak-anak sy).  Selain itu, saya nak enjoy my life dengan beraktiviti bersama kawan-kawan dan keluarga tercinta. Selepas berkahwin, semestinya la keutamaan seorang isteri adalah suami dan anak-anaknya.  Kawan-kawan dah tak tahu berada nombor berapa dalam list time tu kan.  So, selagi boleh spend time dengan kawan-kawan ni sy nak buat macam-macam aktiviti dengan mereka. Travel, backpacking, picnic, bbq, makan-makan, masak-masak, menjahit dan semua la saya nak buat. Saya pasti kenangan bersama kawan-kawan ni sangat berharga dan manis untuk dikenang sepanjang masa.

Acik Su @ Dr Suhaidah (bertudung hitam sebelah saya).
Anaknya 11 orang dan sudah bercucu.
Saya sangat kagum dengan dia. Hebat orangnya.

Antara gambar bunga Sakura yang sempat di 'snap' sebelum balik haritu

Erm, rasanya cukup la bebelan saya untuk kali ni kan. Panjang sangat dah ni. Hehe. Insya Allah kita jumpa lagi di next entry. :)

Wednesday, 8 January 2014

Splendid Journey - Japan Escape Part 13 : Momiji-gari & Ibaraki Aquaworld


16 November 2013

Biasa laa kan backdated post lagi..hihihi..gomennasai tomodachi! :D

Kali ni cerita pergi tengok maple leaf kat Takahagi's Hananuki Valley, Hitachi..

Momiji = Maple leaves
Momiji-gari = Autumn leaf viewing

Pegi kali ni dengan kawan-kawan Malaysia yang ada kat Tsukuba.. ada la dalam 12 orang kot yang pergi..

Tempat ni jauh jugak sebenarnya dari Tsukuba..dalam dua jam perjalanan kalau tak silap..

Jom tengok gambar-gambar 'momiji' jom..














Potluck..





Momiji..








On the way balik tu singgah plak kat aquarium. Ibaraki Prefectural Oarai Aquarium..tapi tak masuk pun..sebab fee nya mahal.. 1800yen/person..











Malam tu kami semua dinner kat Tsukuba Garden..sedap dan murah..teringin nak pergi lagi..hehe


satu set ni baru 1000yen..murah sangat-sangat..
 
My dinner that night.. :)


Tengok balik gambar-gambar musim autumn ni terus rasa rindu nak tengok maple leaves yang cantik-cantik tu..huhu..tapi sekarang dah winter pokok-pokok semua takde daun dah..