Wednesday, 8 January 2014

Splendid Journey - Japan Escape Part 12 : Mount Tsukuba


2 November 2013..

Berjaya sampai dan daki Mount Tsukuba..dah duk kat Tsukuba tapi kalau tak pergi mount tsukuba memang rugi la kan..Ni ada info pasal Mount Tsukuba kalau sesapa nak baca..KLIK SINI..

Sebenarnya pegi haritu kalau tak silap lapan orang semuanya..kitaorang naik bas dari Tsukuba Center..700 yen sehala..so, pergi balik 1400 yen..Kalau tak silap naik bas kat platform 2..dia ade tulis kat situ mount tsukuba..perjalanannya dalam 30-45 minit je..

Mt Tsukuba tourist information center



Sebelum start mendaki tu, supervisor belanja aiskrim dulu..hehe..sedap aiskrim ni! :)


Jom start mendaki semua.. :D


Xiao Bao.. 4 years old boy..
sama-sama mendaki jugak haritu..



Bersama supervisor (tengah) dan tutor (kanan)..they are very kind!

Densha railway..




Daki punye daki, maka sampai la sini..sebenarnya ni bukan la puncak mt tsukuba ni..puncak kena daki lagi 15minit..tapi sebab tak cukup masa, so xsempat la nak daki sampai ke puncak..singgah sini untuk lunch..

bangunan bulat tu restoran tempat kami lunch..






Lunch kali ni supervisor belanja..yeayy.. :)

Lunch..


Turun kami semua naik densha (train) je..xlarat dah nak jalan turun..hehe..kat sini sebenarnya ada densha dan cable car..cable car ni rasanya kat puncak kot..owh, ye..mt tsukuba ni ada 2 puncak tau..tapi dua dua puncak pun saya tak sampai haritu..haha..

Densha

Tiket densha.. 570 yen sehala..



My tutor..cantikkan die? :)

Geng mendaki haritu..

Kitaorang balik dalam kul 3 lebih-lebih rasanya haritu..

Sampai je Tsukuba Center, supervisor ajak makan sushi plak for dinner..Ni first time makan sushi kat Jepun ni..

Green tea..

Antara sushi yang dimakan..

F1 car yang hantarkan order..hehe..

banyakkan kan?hehe

Thanks prof belanja!

Ni adalah kedai sushi yang paling sedap kat tsukuba ni.. :)

First time makan sushi yang sedap..sedap sangat..terus jatuh cinta dengan sushi..hehe..

*haritu sebenarnya dah pernah tulis pasal mt tsukuba ni..sikit lg nak publish tetiba tak boleh nak save dan post tu hilang..:( terus takde mood nak tulis pasal journey2 kat japan ni..sekarang ni insya Allah dah ada mood balik..hehe..nanti kan ye post2 lain plak lepas ni.. :)

Bakwan


Haiiiii..

Harini nak share resepi BAKWAN..hehe..tau tak bakwan tu ape?sebenarnya bakwan ni panggilan bagi cucur kalau kat Indonesia..kalau kita kat Malaysia panggil cucur udang @ cucur bawang tu kan..kalau di Indonesia mereka panggil bakwan udang @ bakwan sayur..

Resepi ni sebenarnya saya dapat dari kawan-kawan Indonesia saya kat sini..So, ni memang resepi original dari Indonesia..hehe..dan rasanya memang sama dengan cucur udang yang dijual kat gerai-gerai Malaysia tu..

Makan dengan kuah kacang..memang terbaik laa!

Okey, ni resepinya ye.. :-)

Bahan-bahan :
- kubis
- carrot
- udang
- bawang putih
- cili merah
- tepung gandum
- serbuk lada sulah @ serbuk lada hitam
- garam
- air

Cara-cara :
- hiris kubis dan carrot halus-halus.
- tumbuk bawang putih dan cili hingga lumat.
- bancuh tepung gandum, serbuk lada sulah, garam dan air.  Bancuhan ni biar agak cair ye.
- kemudian masukkan hirisan lobak dan kubis serta bawang putih dan cili yang dah ditumbuk       tadi ke dalam bancuhan tepung gandum tadi.
- kemudian, sendukkan adunan tadi ke dalam minyak yang panas dengan api yang sederhana   dan letakkan udang diatasnya.
- goreng hingga kekuningan dan siap!

nyum nyum.. :-)

Selamat mencuba semua! :-)

Thursday, 2 January 2014

Selamat tinggal 2013, selamat datang 2014


Assalamualaikum semua..

Tadi blogwalking semua duk review memories 2013 kan..so, nak review jugak la kite..hihi

Overall 2013 takde la byk sgt benda-benda besar yg terjadi dalam hidup saya..tapi semuanya sangat berharga bagi diri ni..



Kenangan ICOST 2013..penuh suka duka..sangat perit time buat preparation utk attend conference ni..bertungkus lumus siapkan experiment dan resultnya..siapkan paper dan slide juga..sekali dah lepas alhamdulillah syukur sangat-sangat..


Tahun 2013, 3 orang bff bertunang dan 2 darinya dah selamat dinikahkan..alhamdulillah..First time ni attend majlis tunang sahabat sendiri..happy sangat rasanya dapat share moments bahagia mereka bersama.. (^_^) Harap-harap di tahun 2014 ni dapat merasa majlis bertunang diri sendiri la plak.. :-)


Dan pengalaman paling berharga, paling manis dan paling segala-segalanya untuk tahun 2013 semestinya la pengalaman datang ke Jepun ni..hehe..sekali lagi Alhamdulillah ya Allah..kenangan sepanjang kat sini sangat la berharga..hanya yang melaluinya akan faham perasaan ini..

Apepun, semua yang dah berlaku di tahun 2013 sudah tinggal kenangan..hanya gambar-gambar sahaja yang mampu ditatap andai rasa rindu itu hadir..

Pinta ku untuk tahun baru 2014 ini semoga dapat dilalui dengan sebaik mungkin..bertambah iman dan semakin dekat denganNya..semoga tahun ni dapat menghabiskan pengajian master dengan jayanya..dan semoga bakal suamiku akan muncul dan melamar aku menjadi isterinya yang sah..Aamiin..Insya Allah.. ♥♡♥♡♥

Wednesday, 25 December 2013

Splendid Journey - Japan Escape Part 11 : Okonomiyaki


Ini adalah cerita 3 November 2013 yg lalu ye kawan2..

Maaf laa..lambat beno updatenye..huhu..

Ni xde ape pn sebenarnya..just cerita saya pegi makan okonomiyaki dengan kawan-kawan je..ni first time saya dengar pasal okonomiyaki ni..haha..jakun sangat kan?huhu

Bawah ni ada info psl okonomiyaki ni..dari en wikipedia.. :)

Okonomiyaki is a Japanese savoury pancake containing a variety of ingredients. The name is derived from the word okonomi, meaning "what you like" or "what you want", and yaki meaning "grilled" or "cooked" (cf. yakitori and yakisoba). Okonomiyaki is mainly associated with the Kansai or Hiroshima areas of Japan, but is widely available throughout the country. Toppings and batters tend to vary according to region. Tokyo okonomiyaki is usually smaller than a Hiroshima or Kansai okonomiyaki.

Okonomiyaki ni die macam2 jenis tau..yg first kitaorang order tu inti kat dalam die sayur2 dengan seafood..yang second order ada mee lagi..haha..tapi dua dua pun sedap..

Satu lagi keunikan okonomiyaki ni kita kena masak sendiri..mula-mula tu kita order nak yang macam mana..lepas tu diaorang akan bagi bahan2nya dan kita masak laa..steps untuk masak tu die ada bagi la..just follow the steps.. :)















Sekian..see you in next entry! :-)