Thursday, 27 November 2014

Ohh handset ku! :(


Salam semua.

Dua hari lepas, Allah bagi ujian sikit pada hambaNya yang terleka ni.

Handphone S3 yang disayangi rosak. Cara dia rosak sangat la membuatkan diri ni rasa terkilan.

Pagi tu buat lab.  Dah pakai labcoat semua macam biasa handset S3 tu letak kat poket kanan dan handset yg satu lagi kat poket kiri.

Tengah duk buat eksperimen tu, tak tau la macam mana tangan tersangkut dengan wayar pH meter.  Time tu tangan tengah pegang bikar yang ada sulphuric acid.  Makanya tumpahlah acid tu terkena la kat tangan, labcoat dan kain sampai lah kaki yang sebelah kanan.

Dan bila tersedar yang dalam poket kanan tu ada handset S3 tu perasaannya.... Masya Allah.... Nak menangissss.. huhuhu

Cepat-cepat la amik tisu lap semua.  Try on tapi semua dah terlambat.  Dah tak boleh on dah handset tu.

Dah try jemur kat tempat panas.  Dah try keringkan dengan hairdryer.  Tapi buat masa sekarang tak berhasil lagi.

Rasa-rasanya kena hantar kedai jugak kot baiki.  Tapi tak tau la boleh dibaiki lagi ke tak.  Uwaaa.. Sedihnya.

Buat masa sekarang pakai no yg 013 tu je la satu. Takde wasap, takde internet.  Tak tau la bila nak hantar kedai baiki sebab nye duit takde.. haha.  Baru je lepas hantar format dan servis laptop pada hari yg sama handset tu rosak.  RM70 dah melayang untuk laptop.  So, nak baiki handset tu kena hold dlu la.

Semoga dapat diselamatkan lagi...

Ermm.. Tapi benda dah berlaku kan.  Dah tak boleh nak buat apa dah. Insya Allah ada hikmah disebalik semua ni. :)

Till then, bye.


Thursday, 20 November 2014

Kasihku Abadi



Sungguh kena lirik ni dengan rasa hati sekarang!

Semoga Allah mudahkan..

Semoga Allah kabulkan..

Semoga Allah redha..

Insya Allah..

Aamin..

Wednesday, 19 November 2014

Packaging baru untuk Kacip Fatimah Phyto Plus UTM


Assalamualaikum....

Hai semua..

Alhamdulillah, selamat kembali ke UTM semalam setelah 5 hari bermusafir ke utara Malaysia. Trip kali ni bersama dengan kawan-kawan satu lab. Nanti kita cerita ye pasal ni kat next entry insya Allah.

Disebabkan pergi bercuti tu, lambat la saya dapat pos order kacip fatimah ni pada customer. Maaf sangat-sangat tau. Huhu

Untuk pengetahuan semua, Kacip Fatimah Phyto Plus UTM ni dah guna packaging baru tau.

Packaging baru Kacip Fatimah Phyto Plus UTM

Packaging lama


Kat bawah ni saya senaraikan sekali lagi kebaikan ekstrak kacip fatimah keluaran IBD UTM ni untuk rujukan semua ye :
  • Mencegah pembiakkan sel prakanser
  • Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
  • Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
  • Melewatkan proses penuaan
  • Masalah keputihan
  • Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
  • Melancarkan proses kelahiran bayi
  • Mengembalikan kecergasan selepas bersalin
  • Membantu dalam pengecutan rahim
  • Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot
  • Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Mengurangkan simptom sakit buasir, penyakit sendi dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot
  • Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan
  • Mengembalikan rambut yang sudah rosak

Sesapa yang berminat nak cuba produk Kacip Fatimah Phyto Plus ni boleh la order dengan saya ya.  Saya jual RM80 je sebotol. RM80 tu tak termasuk postage ye. Postage biasanya RM6 untuk semenanjung, RM9 untuk Sabah dan Sarawak.

013-7931025 (Shahirah)

Terima kasih :)

Monday, 10 November 2014

Semangat, datanglah kepadaku!


Salam.

Baru lepas jumpa SV tadi.. Dah dua hari duk blurr, gelap dan kelam tak tau nak buat apa.. So, kena la jumpa SV utk dapatkan cahaya yang terang untuk menerangi jalan ini.

Asbab jumpa dan duk bincang-bincang dengan SV tadi, Allah bagi peluang untuk hati rasa sedikit tenang.. Nampak dengan jelas la sikit jalannya.. Tau la apa yang kena buat, dan apa yang tak perlu..

Tak sabarnya nak habiskan study master ni.. Banyak sangat dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi.. Dan sekarang ni bila dah semester 5 tapi still tak grad lagi, mulut orang sekeliling pun dah mula berbicara..  

Wahai hati, bertabahlah.. Insya Allah, tak lama dah..






Disebabkan rasa rindu sangat nak konvo, tadi belek-belek la gambar konvo time degree dulu.. Sayu je hati tengok senyuman mak abah dalam gambar-gambar tu.. Gembiranya mereka tengok anak bongsu dia ni konvo..  Mak Abah, insya Allah, tahun depan mak abah datang lagi tau Nor konvo..

Mohon doa dari semua ye.. Insya Allah.. Aamiin..

Wednesday, 5 November 2014

Kacip Fatimah Phyto Plus


Salam semua.

Harini nak promote sikit pasal sesuatu yang sangat baik untuk kesihatan.  Kacip Fatimah Phyto Plus. Ia adalah produk keluaran Institute of Bioproduct Development (IBD) UTM dan hasil penyelidikan dari penyelidik UTM sendiri.  Insya Allah kualitinya terjamin.

Kalau dengar je orang sebut Kacip Fatimah apa yang ada dalam fikiran korang semua? Ermmm. Ok, takpe.. Simpan jawapan korang tu tau.. Ni saya nak cerita khasiat dan kebaikan yang kita orang perempuan boleh dapat dari Kacip Fatimah ni.

Antara kebaikan Ekstrak Kacip Fatimah:
  • mengatur semula kitaran haid bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur
  • mengurangkan keputihan atau lendiran yang melampau dari faraj
  • merawat kecederaan dan mengecutkan rahim/faraj selepas bersalin atau keguguran
  • menambah tenaga selepas bersalin
  • menambah tenaga dan syahwat semasa hubungan intim bersama suami
  • melancarkan proses kelahiran bayi (diambil semasa minggu kehamilan ke-38)
  • melansingkan badan dan menegangkan otot-otot
  • melancarkan perjalanan darah haid sekaligus mengurangkan sakit sengugut
  • mengatasi masalah kemurungan (meroyan) selepas bersalin
  • mengurangkan risiko 'turun rahim' atau utirine prolapse 
  • mengurangkan masalah menopause seperti rasa panas, kekeringan dan kegelisahan.


Untuk khasiat-khasiat lain dan testimoni dari mereka yang dah mencuba Kacip Fatimah Phyto Plus ni, korang boleh je google tau.. sebab memang dah banyak dah kat internet tu maklumat pasal ni..

So, kalau ada yang berminat nak mencuba, saya boleh tolong belikan dan pos kat korang tau.  Korang boleh contact saya kat no ni :

013-7931025 (Shahirah)

Tentang harga, jangan risau.. ada diskaun. Sebotol ada 60 kapsul. Setiap hari kena makan sebiji je selepas makan.. Sebaiknya diambil di waktu pagi.. Nanti kalau makan waktu malam, tak tido nanti korang sebab terlebih energy.. Hehe.. Sebotol ni harga dia RM90 tau biasanya orang jual.. Tapi disebabkan saya bukan lah nak berniaga sangat pun and just nak tolong korang untuk dapatkan ubat yang sangat baik ni.. So saya just bagi harga RM80 (tak termasuk postage) sebotol je untuk korang and postage biasanya RM6 untuk semenanjung dan RM9 untuk Sabah dan Sarawak.  Kalau amik banyak, insya Allah harga boleh nego lagi.. Apa-apa just contact saya tau.. Terima kasih.

Till then, bye.. :)

Big Food Cafe


Assalamualaikum semua.

Alkisahnya semalam keluar makan2 dengan kawan. Sempena meraikan salah seorang kawan kitaorang yang baru konvo.  Ada yang bagi cadangan nak makan kat Big Food Cafe ni.  So, saya yang tak tau Big Food Cafe ni macam mana setuju je la.. Hihi..

So, lepas maghrib tu kitaorang pun gerak la ke sana.. Big Food ni terletak di Taman Nong Chik, Johor Bahru.  Cafe ni baru jugak la dibukanya.  Dia dua tingkat so boleh pilih nak duk bawah ke atas.  Deko cafe ni bagi saya biasa-biasa je.  Takde la gempak atau cantik sangat.  Tapi okey la kalau nak makan2 dengan kawan atau nge'date' kan.. Hehe

BigFood Cafe (gambar dari SINI)

Menu (gambar dari SINI)

Bagi saya harga makanan kat sini agak mahal la.. maklum la student lagi kan.. kedek sikit.. haha.. tapi makanan dia dalam portion yang agak besar..  so okey la kot dengan harga dia tu..

Semalam saya order spaghetti meatball bolognese.. Kawan ada jugak yang order spaghetti meatball cabonara.  Pastu ada yang order chicken chop dan nasi goreng jugak.. semua makanan dia sedap la.. licin je kitaorang makan semua walau pun in large portion.. haha..

Spaghetti meatball bolognese

Nampak tak besarnya portion dia tu? Haha

Geng dinner semalam.. Tengok la pinggan kitaorang licin semua.. Hihi

So, kesimpulannya Big Food Cafe ni okey la kalau nak makan-makan sekali sekala dengan kawan atau family.  Tempat dia selesa dan makanan pun ada western dan nasi jugak. Kek2 pun ada as dessert kalau nak.  Tapi kalau saya prefer Monster Cafe yang kat Bukit Indah tu lagi kot berbanding BigFood Cafe ni.  Sebab nya harga makanan kat 2 cafe ni lebih kurang je tapi deko dan suasana Monster Cafe lagi menarik dan hiasan makanan2 dia pun lagi cantik. Hehe

Oh, ye.. Ni full address cafe kalau korang nak pegi ya.

BigFood Cafe
Jalan Kolam Air 1, Taman Nong Chik, Johor Bahru.

Till then, bye.. :)

Monday, 3 November 2014

Konvokesyen UTM yang ke 53


Assalamualaikum..

It had been a longggg time since my last entry..  Super busy.. haha.. Tiap-tiap minggu ada je aktiviti.. Macam dah lama tak duk sesaje melangut kat bilik during weekend.. huhu..

Sekarang ni kat UTM tengah musim konvo.. Konvokesyen yang ke 53 dah.. Semoga time Konvokesyen yang ke 54 atau 55 nanti nama aku adalah salah sorang yang tersenarai dalam list penerima ijazah tu.. Aamiin.. Insya Allah..


Kak Saadiah.. Geng lab.. Kami bawah supervisor yang sama..

Azack.. Geng dr time degree lagi.. Tahniah dh konvo master!

Del.. Kawan anis.. Last2 jadi satu geng dgn kitaorg jugak.. Arkitek ni tau!

Sayu je hati bila tengok orang lain dah habis study dan dah konvo.. Diri sendiri ni dah sem 5 dah ni.. Tak tau lagi bila nak habisnya.. Tapi takpe la.. Jangan pernah berputus asa dan menyesal dengan jalan yang kita pilih.. Jangan pernah mengeluh dengan apa yang terjadi dalam hidup kita.  Yakin lah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya..  Allah swt Maha Berkuasa dan Maha Adil terhadap hambaNya.. Teruskan berusaha.. Insya Allah kita semua boleh berjaya.. :)