Thursday, 22 March 2012

4 tahun yang lalu


semalam semua riuh rendah pasal result spm kan..aku je la yg sunyi sepi..sebab nak riuh rendah jgk pn tak ade adik..hehe..teringat pengalaman 4 tahun yang lalu..walaupun result aku xde la gempak mana pun, tapi syukur alhamdulillah..hasil usaha aku selama 2 tahun kat mrsm pc tu terbayar la jgk..xde la kecewa sgt bila tengok result tu mybe sbb result trial spm aku dulu pn cmtu jgk..plus aku memang x target pn nak dapat straight A tu..aku tahu kemampuan aku setakat mana..so, xde la aku frust bila dapat result tu..bak kata orang berpijak di bumi yang nyata..:)

sebenar nya aku tak guna pun result spm aku tu..kadang2 rase cam sia2 pn ade amik spm tu..rase nye klu aku guna, mungkin saat ni aku dh ade kat oversea jgk kot cam kawan2 aku yang len..sebab ramai je kawan2 aku yang dapat result kurang skit dari aku dulu tapi skang tengah blaja kat oversea..tapi aku tak ralat pun x mohon study kat oversea tu..sama cam tadi..aku tahu kemampuan aku..dan Allah lebih2 lagi mengetahui..mungkin Allah tahu yang aku xmampu nak bawa dan sesuaikan diri dengan budaya baru di oversea..mungkin Allah juga tahu aku tak mampu nak 'adapt' dengan cara pembelajaran kat sana juga..atau mungkin ada hikmah2 lain yang Allah lebih mengetahui..insya Allah, utm adalah tempat terbaik yang Allah dah tetap kan untuk aku dalam membina masa hadapan dan hidup aku dunia dan akhirat..

mesti ada yang tertanya2 kan cmne aku boleh ade kat utm ni tapi tak guna result spm..huhu..sebenarnya, aku masuk utm ni hanya dengan result trial spm aku je..time tu, just suka2 isi borang..kat borang tu boleh pilih sama ada nak pegi oversea atau dalam negara je..time tu ada jugak perasaan untuk pilih pegi oversea..tapi keluarga kurang menyokong dan saya hanya menerima tanpa bantahan..last2 isi la utm..dan alhamdulillah, tak lama selepas abis exam spm tu, aku terima surat yang menyatakan aku diterima untuk masuk program foundation kat utm selama lbh kurang 5 bulan bermula januari kalau tak silap..time tu berbelah bahagi jugak nak pegi ke tak..tapi family cam semua menyokong suh terima tawaran tu..dan aku dengan rela hati pun terima laa..maka nya, awal bulan januari tu aku dah start foundation kat utm..disebabkan dh start blaja, aku tak dapat la nak menikmati cuti berbulan2 duk kat umah goyang kaki gemuk kan badan yang mcm semua org yang tengah tunggu result spm tu lalui..lepas habis foundation tu, alhamdulillah boleh terus sambung degree dalam chemical engineering yang awesome ni...:) 

lepas dapat result spm tu sebenar nya aku boleh je kalau nak apply kat mana2..tapi saje tak apply sbb aku malas nak pegi interview..ditambah plak aku ada kat johor n sgt2 busy struggle utk final exam yang foundation tu..selain tu, aku rasa rugi sangat3 kalau aku quit foundation yang kat utm n lepaskan peluang untuk sambung degree tu..bukan semua orang dapat peluang ni..aku perlu bersyukur..sebenar nya aku apply jugak yang upu tu..first choice aku adalah TESL..aku dipanggil untuk interview tapi tak pegi atas sebab2 tertentu..

skang ni aku dah final sem student..tinggal lagi 3 bulan je nak abis kan degree ni..dan aku sangat2 bersyukur dengan jalan yang aku pilih ni..terima kasih Allah atas qada' dan qadar Mu ini..terima kasih kerana Engkau tetapkan hatiku dengan keputusan ini..saya suka dengan kos yang sy sedang belajar ini walaupun ia nya sangat2 la tough bagi diri ini..kalau ada yang berminat dengan kos ni, sila kan lah untuk join..insya Allah anda tidak akan menyesal kerana seorang chemical engineer adalah sgt universal dan versatile...peluang kerja pun sangat luas..

eh2, panjang plak mengarang malam ni ek..hihi..pape pun,tahniah untuk adik2 yang baru dapat result tu ek..good luck dalam memilih jalan hidup kalian..insya Allah, semua yang berlaku ada hikmah yang Allah dah tetap kan untuk kita..redha dan kuat lah dalam menempuhi hidup ini..dan ingatlah

Bila Allah makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu,
Bila Allah lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu,
Bila  Allah  tak makbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu yg terbaik untukmu...

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pd ALLAH dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang itu mendahului kemurkaanNYA.. :)

0 comments :