Sunday 13 October 2013

Splendid Journey - Japan Escape Part 3 : New place..New things..Settle down the life..


Konichiwaaa.. :D

okey, jom terus sambung ceritanya ye..

Dekat PART 2 sebelum ni sy ada mention pasal tutor kan..semua international student yang datang haritu diberikan seorang tutor untuk setiap student.. tutor ni student phD dekat uni ni dan diaorang akan bantu student-student baru untuk mulakan hidup mereka dekat sini..saya dapat tutor perempuan dari China..baik sangat-sangat..

Turun je dari bas, tutor terus bawa kitaorang pergi dormitory office untuk amik kunci bilik..lepas dh siap isi borang semua and dapat kuncinya, tutor bawak la ke bilik tu..terkejut jugak bila tau bilik di tingkat 4 dan tak de lif..uwaaa..kene exercise naik turun tangga lagi la untuk 6 bulan ni nampaknya..and thanks to my tutor coz tolong sama-sama angkat beg yang berat macam ape tu..huhu..kesian dia..sorryyy.. :(


bangunan hostel saya

Lepas dah angkat beg masuk bilik, tutor bawak plak pegi tempat untuk amik comforter, cadar, bantal, mattress cover dan etc..semua ni diaorang bagi pinjam free je sebab rasanya dah termasuk sekali dalam hostel fee kot untuk bayaran ni..yang best nye cadar, sarung bantal dan sarung comforter tu boleh ditukar 3 kali dalam sebulan..just hantar je kat diaorang, dan diaorang bagi yang baru kat kita..yang tukar-tukar ni pun free jugak..so, xyah la nak susah-susah basuh semua tu sendiri..hehe 

Okey, jom tengok gambar bilik saya yang comel ni.. :p

langsir die tak bagi..so gune je selimut dr japan airlines sbg langsir sliding door tu..haha

depan rak tu adalah toilet..dan pintu oren tu adalah pintu masuk bilik ni..

bilik air : toilet, sink, bath tub dan ada air panas dan air sejuk jgk..

Bilik ni x luas mana pun..ade katil, meja study, almari dan bilik air..dapur kat luar kena share dengan orang-orang lain..tapi okey la..hostel fee sebulan 17100yen..bersamaan lebih kurang RM552..mahal kan?klu kat utm RM552 tu dh sewa untuk satu sem dah..huhu..pastu bil elektrik dan bil air kena bayar sendiri tak termasuk dalam hostel fee tu tau..dahsyat tak? :( 

Dapur

Dapur
 
mesin basuh..yang atas 1 tu dryer..

koridor luar bilik..yang kaler oren tu pintu bilik..haha

Petang tu tutor bawak pegi jumpa SV yang kat sini kejap..pastu balik bilik rehat je malam tu..esok nye tutor bawak pegi city hall untuk register residence status dan health insurance..pastu pegi bank bukak account kat jepun untuk duit scholar..

Pegi survey handset jugak dengan tutor..tapi mahal..pastu kat sini tak boleh beli simcard sahaja..dia pakej beli handset sekali dengan simcard terus..sebab tu jenama handset tu akan sama dengan service provider..service provider kat sini ade tiga..softbank, docomo dan AU..docomo tu samsung kalau sini..time survey tu nset paling murah yang boleh dapat adalah 23800 yen (RM767)..ni bukan nset yang canggih pun tau..just normal phone yang boleh send sms and call tu je..last-last tutor bagi pinjam handset die (ke kawan die punye tak sure la) and saya just beli simcard sahaja..disebabkan tutor pakai no softbank, so die pun suruh la amik no softbank jgk..so pasrah je la..kebanyakkan orang-orang kat jepun gila iphone..rata-rata semua guna iphone..saya tak mampu la nak beli iphone tu..haha..

handset yang orang bagi pinjam
Dulu-dulu ingatkan simcard tu x leh guna kat phone kita..pastu try la masukkan simcard tu kat nset nokia sy..rupa-rupanya boleh je..lepas tu terus guna nset sendiri je la..risau la nak guna nset orang ni..kang rosak tak pasal je..huhu

Erm, rasanye saya akan stop kat sini dulu untuk cerita kali ni.. lain kali saya tulis lagi ye.. bye.. :-)

7 comments :

Jom Masak Channel said...

bestnye gi jepun. hehe. leh speaking jepun la pasni..

shahirah said...

@Nur Hidayah Isa : haha..xtau la sempat ke x pndai bahasa die..complicated sgt..blaja tulisan die pun merangkak-rangkak..

Anonymous said...

Salam hi nak tanya, sim card dekat jepun sama ke dengan mcm malaysia. Boleh compatible ke dgn hp malaysia?
Tq :)

shahirah said...

W'salam.. simcard jepun sama dgn simcard malaysia yg besar tu.. bukan yg saiz skg yg micro simcard tu.. tp xsure la kan kot kita boleh request utk micro size jgk.. hehe :)

Anonymous said...

So kalau kita bawak hp malaysia yg memg guna simcard size besar tu kira ok jelah kn nk masukkn simcard jepun??

shahirah said...

A'ah, ok je.. tapi syarat nak beli simcard jepun kena bawak nset jepun skali.. maksudnya kita xleh klu nak beli simcard shja..

shahirah said...

A'ah, ok je.. tapi syarat nak beli simcard jepun kena bawak nset jepun skali.. maksudnya kita xleh klu nak beli simcard shja..